UMno Gadai Melayu

April 23, 2009

Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.

Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara. Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?

Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.

i

Hari buhsan …

April 23, 2009

Dah seminggu x nulis. Buhsan pelbagai tahap gaban. Baca kisah memualkan mainan politikus hancing. Cheh… kalau sbb x leh nk amik balik keter MB tu, xknlah sampai nk dijual kesemua keter tu. Betoike cinta sangat kat produk tempatan??? Cuba cek balik keter² lanun perampas kejaan kudeta Perak nih. Kesemua pakai keluaran tempatan ke? Atau dibeli semata-mata nak mengaburi mata rakyat. Biar rakyat tau aku pun cintakan produk tempatan walhal kereta itu nanti hanya digunapakai oleh orang gaji dan tukang kebun mereka sahaja utk dibawa kepasar.

i

Persoalannya??? Bagaimana pula dengan tuanku sultan pemerintah negeri kudeta Perak ini? Adakah dengan memakai Rolls Royce dan Merc mewah bermakna tuanku sultan Perak dan Raja Muda jugak gilakan produk luar dan bencikan produk tempatan? Leh kata gitu? Sah x beraninya…

i

Apapun aku harap pasnih, bila dah mula pakai Proton Perdana tu balik, jangan la harapnya kuar citer bukan² pasal nak selenggara keter ni. Pihak Proton patu amik port akan masalah yang pernah menjadi topik hangat di negeri ini suatu waktu dahulu. Harga selenggara kereta Proton Perdana yang lebih mahal dari harga kereta itu sendiri. Ya, lebih mahal. Diulang, lebih mahallll.

Kalau x berubah, sumthin wrong la with this national car. Che det patut malu la ngan produk yang dipeloporinya ini. Tapi nak buat camne, Che Det ni pn dh tak tau malu. Makin kerap lak kuar media pas Najib ni pegang kuasa. Meluat lak aku. Nasib hang la Najib. Pandai²la hang nk manage si tua kematot tu. Selembik-lembik Pak Lah, x dilayannya Che Det tu. Xkn Najib yang ada C4 (Rosmah lew) ni x mampu kot???

Satu jek yang buat aku kembali bersemangat bila tau keputusan Barclays Premiere League antara pasukan feberet aku, Man U yang berjaya mengalahkan Portsmouth 2-0. Bermakna Man U kembali ke landasan untuk menjulang kejuaraan liga BPL. Terima kasih Man U kerna membangkitkan semula rasa ghairah aku untuk menulis. Go Man U.

i