Jom Mabuk…

April 25, 2009

Pesta maksiat telah bermula. Zambri mulai melanggari janjinya kepada SS Mufti Perak untuk berlaku lebih baik dari Nizar dalam memerintah Perak. Tangan mufti yang diciumnya itu seakan-akan telah dilupakan sebaik disahkan memegang jawatan utama kerajaan negeri Perak ini. Begitu juga ciuman mesra dipipi yang telah dihadiahkan oleh pak Mufti kepada mamak kudeta ini juga tidak meninggalkan kesan apa-apa malah dilanggarnya terang-terangan nasihat pak Mufti tersebut. Malanglah buat pak Mufti kerana apa yang dihajatinya untuk tidak melihat karnival Jom Heboh di negeri Perak ini tidak tercapai. Kemungkinan beliau sekarang ini tengah menyamak muncung mulutnya dek kerana telah tercium najis yang melekat di pipi mamak kudeta itu. Bagi mamak kudeta itu pula, tiada apa yang merugikannya. Lagipun umum tahu bahawa pak Mufti itu yang gilakan jawatannya yang masih disandangnya sekarang. Tanyalah bekas-bekas imam atau ustaz-ustaz di area pekan Ipoh ini.

Persoalannya, adakah pak Mufti ini akan mengeluarkan kenyataan berbaur amaran kepada mamak kudeta ini?  Sekiranya beliau berani berbuat demekian, adakah beliau sanggup kehilangan kerusi emasnya itu? Ataupun dia mengambil sikap berdiam kerana baginya kurang bercakap itu kurang berbuat dosa? Begitu barangkali sifir yang akan digunakan oleh pak Mufti ini apabila menerima serangan demi serangan masyarakat yang bencikan mungkar. Bagi mamak kudeta ini pula, sudah tentu hasil dari sikap berdiam diri pak Mufti ini bakal digunakan hujah bagi menghalalkan tindakannya. Alahhh apa nak heran, kalau Nizar pun boleh ditendang, inikan pak Mufti tua yang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Lagipun mana  mungkin pak Mufti itu berani mengeluarkan kenyataan kerana sekarang ini kerna dikhabarkan terlalu ramai pemuka agama pro UMno BN yang mengintai-intai kerusi empuk itu. Mesti Najmudin tersenyum-senyum keseorangan ketika ini.

Cuma satu yang aku salute tang pak Mufti ni, bila dia bertindak segera fakskan garis panduan tatacara berhibur menurut Islam yang diminta oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan aku seperti dalam kenyataan akhbar di sini

i