Celaru Bahasa

April 29, 2009

Sebentar menonton Buletin 1.30 TV3, pembaca berita membawakan perkembangan terkini terbaru  virus ‘Selsema BABI’. Melekat ayat BABI tu. Sedap pulak aku dengar ayat BABI tu. Nostalgia…

Tapi kenapa x disebut Selsema KHINZIR??? Dulu kata kasar sangat kalau guna ayat BABI ni. So kena guna ayat yang lebih halus dan berseni lalu digantikan dengan ayat KHINZIR.  Nak jaga hati kaum lain kununnya??? Atau nk  jaga undi yang sebenarnya???

Mungkin penggunaan BABI buat waktu sekarang lebih sesuai bagi menunjukkan tahap merbahaya yang ada pada virus tersebut.

Jangan lak pasnih ada teguran orang politik mengatakan penggunaan BABI itu terlalu kasar dan mengguris hati dan perasaan kaum lain di negara kita ini lalu ditukar namanya kembali kepada KHINZIR.

Bertuahnya menjadi kaum lain dibumi Malaysia nih

i

Selesai satu babak, masuk satu babak baru pulak. PRK Penanti terpaksa juga diberikan laluan oleh SPR setelah usaha demi usaha menggagalkannya tidak berhasil. Maka 23 Mei ini diisytiharkan hari penamaan calon dan 31 Mei pula hari pembuangan undi. PKR juga telah memperkenalkan calonnya semalam iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri, Dr. Mansor Othman. Mudah-mudahan calonnya kali ini tidak bermasalah dan dapat diterima. Begitulah harapan kebanyakan rakyat. Ditakuti rakyat mulai bosan dan hilang kepercayaan andai ADUN² PKR ini sering meletak jawatan ataupun melompat parti. Dikhabarkan beliau juga akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 P. Pinang yang baru seandainya memenangi PRK kali ini. So 2 ADUN yang diwar-warkan memiliki peluang untuk menjawat jawatan tersebut jangan pula berkecil hati @ merajuk. Sabar bebanyak naaa…

What next??? Kuala Nerang, Kedah juga dikhabarkan bakal berlakunya PRK. Cuma ADUNnya tidak akan meletakkan jawatan walaupun telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tinggi Alor Setar selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. Nampak gayanya ADUN Kuala Nerang ini bertindak berani demi mencapai aspirasi PM yang baru, yang sebelum ini mencadangkan agar tiada ADUN sesuka hati meletakkan jawatan. Maka bolehlah kita jangka selepas ini walau besar mana pun jenayah yang akan dilakukan oleh ADUN atau AP dari parti UBN, tidak akan adanya desakan untuk mereka ini mengosongkan kerusi. Andai di Jepun wakil rakyatnya baru disiasat melakukan jenayah sahaja sudah meletakkan jawatan, di Malaysia pula sudah terbukti melakukan jenayah tidak dipaksa meletakkan jawatan malah dibela pula kelakuan buruknya itu. Satu petanda kehancuran buat sistem demokrasi negara kita.

Apa kata Che Det kita?

i