PENANTI @ BUKIT NERANG???

April 29, 2009

Selesai satu babak, masuk satu babak baru pulak. PRK Penanti terpaksa juga diberikan laluan oleh SPR setelah usaha demi usaha menggagalkannya tidak berhasil. Maka 23 Mei ini diisytiharkan hari penamaan calon dan 31 Mei pula hari pembuangan undi. PKR juga telah memperkenalkan calonnya semalam iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri, Dr. Mansor Othman. Mudah-mudahan calonnya kali ini tidak bermasalah dan dapat diterima. Begitulah harapan kebanyakan rakyat. Ditakuti rakyat mulai bosan dan hilang kepercayaan andai ADUN² PKR ini sering meletak jawatan ataupun melompat parti. Dikhabarkan beliau juga akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 P. Pinang yang baru seandainya memenangi PRK kali ini. So 2 ADUN yang diwar-warkan memiliki peluang untuk menjawat jawatan tersebut jangan pula berkecil hati @ merajuk. Sabar bebanyak naaa…

What next??? Kuala Nerang, Kedah juga dikhabarkan bakal berlakunya PRK. Cuma ADUNnya tidak akan meletakkan jawatan walaupun telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tinggi Alor Setar selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. Nampak gayanya ADUN Kuala Nerang ini bertindak berani demi mencapai aspirasi PM yang baru, yang sebelum ini mencadangkan agar tiada ADUN sesuka hati meletakkan jawatan. Maka bolehlah kita jangka selepas ini walau besar mana pun jenayah yang akan dilakukan oleh ADUN atau AP dari parti UBN, tidak akan adanya desakan untuk mereka ini mengosongkan kerusi. Andai di Jepun wakil rakyatnya baru disiasat melakukan jenayah sahaja sudah meletakkan jawatan, di Malaysia pula sudah terbukti melakukan jenayah tidak dipaksa meletakkan jawatan malah dibela pula kelakuan buruknya itu. Satu petanda kehancuran buat sistem demokrasi negara kita.

Apa kata Che Det kita?

i

One Response to “PENANTI @ BUKIT NERANG???”

  1. ibnu marwi Says:

    UMNO memang pengecut & bacul


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: