Mansor menang, PKR kekalkan Penanti

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Apa lagi yang perlu diperkatakan. Semuanya telah jelas. Bagi politik semenanjung buat ketika ini, ternyata tiada ruang untuk UMNO Be End bangun semula. 5 PRK yang telah diadakan sejurus selesai PRU ke 12 yang lepas, rata-rata telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya Sabah dan Sarawak kekal tempat paling selamat buat UMno Be End buat masa ini dimana satu-satunya PRK yang dimenangi oleh mereka di Batang Ai, Sarawak. Masa hadapan belum tentu. Ada angin mengatakan kedua-dua negeri Malaysia Barat itu juga bakal menerima tempias yang sama seperti di semenanjung ini sekiranya pilihanraya DUN diadakan dalam tempoh sekarang ini.

Apa yang menarik untuk kita kongsikan hasil dari keputusan PRK di Penanti ini? Bagi aku sudah tentunya suasana aman yang TIDAK PERNAH berlaku sekiranya ianya turut disertai oleh parti UMno Be End. Yang jelas, perlu ada satu kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sains politik mahupun Kementerian Dalam Negeri berkaitan dengan perkara ini. Sudah terang lagi bersuluh, hasil dari keputusan UMno Be End untuk tidak bertanding membolehkan pelbagai masalah dalam setiap PRK sebelum ini diatasi. Ternyata tenaga pihak keselamatan juga berjaya diminimumkan penggunaannya hasil dari ketiadaan SAMSENG POLITIK ini.

Aku juga mengharapkan agar Khairy dapat disiasat kerana mengeluarkan kenyataan mengarahkan pengundi UMno Be End memboikot PRK Penanti ini. Bukankah ianya satu kesalahan kerana menganggu proses undang-undang berjalan. Seandainya kenyataan Kak Min berkaitan salah laku pimpinan PKR tempohari dipandang serius oleh pihak keselamatan dan disiasat dengan segera oleh mereka, kenapa tidak kepada kenyataan Khairy ini. Mungkin Akta Hasutan sesuai dikenakan kepadanya. Mungkin beliau boleh berkawan dengan sdr Mat Sah di Kamunting selepas ini. Biar sdr Mat Sah mengajarnya kehidupan di sana nanti.

Jadi apa pula yang menanti selepas Penanti ini? Sudah tentulah pengundi Manek Urai ternanti-nantikan kehadiran petugas-petugas di sana. Kalau sebelum ini, Najib yang merasai betapa peritnya menerima kegagalan, kali ini tugas itu digalas pula oleh Muhyiddin Yassin. Apa yang pasti, secara sedar atau tidak, kesemua PRK yang telah diadakan berlaku di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Aku teringin untuk melihat bagaimana pula seandainya PRK akan datang berlaku di negeri yang dikuasai oleh parti UMno Be End, terutamanya di Negeri Sembilan, Melaka mahupun Johor Darul Umno. Sekiranya di situ juga mereka tewas, maka perjalanan ke Putrajaya makin menjadi kenyataan. Yang penting, doakan sahaja ianya berlaku.

Ayuh ke Manek Urai, Kelantan. Aku dah terhidu keharuman ayam panggang Nasi Kerabunya. Kalau di Penanti terkenal dengan kari Kak Min nya, mungkin di Manek Urai pula terkenal dengan Sup Katak Beghahim Ali.

*sumber berita MStar

i

Mat Sah Satray

Tiada kesedihan yang dapat diterjemahkan dari gambar ini. Moga ALlah menambahkan lagi kesabaran buatmu duhai pejuang. Untuk kisah sedih tersebut, sila klik di sini.

i

p/s- thanks 2 Perisik Rakyat yang menemukan aku dengan kisah tersebut.

i

Tahniah

May 30, 2009

Zul

AlhamduliLLah arinih rasmilah sahabat baikku Sdr. Zulqurnain memegang ‘title’ seorang suami kepada suri hidupnya, Pn. Khayati. Majlis akad nikah telah berlangsung pagi tadi di rumah pihak perempuan, di Bagan Datoh. Malangnya aku tidak dapat turut serta dalam majlisnya pagi tadi kerana bertembung dengan program rasmi di Ipoh. So x dapatla tau baper kali akad yang dia buat. Tapi kalau ikutkan gayanya, mungkin sekali nafas je dh lepas coz dia nih bukanlah terdiri dari kalangan orang-orang ‘gagap’.
Apapun aku ucapkan tahniah kepadanya kerana telah selamat melangsungkan pernikahan jam 11 pg tadi. Aku doakan dia menjadi seorang suami yang baik dan moga jodoh mereka berkekalan hingga kesyurga, insyaALlah.

Akhir kata, Selamat Pengantin Baru buat Zul dan Khayati dari aku, Budak Ipoh Timor. Semoga dengan ikatan ini akan dapat memberikan lebih ketenangan dalam hati kalian berdua.

i

Tanam Pokok

Tanam Pokok2

Tanam Pokok3

i

Sumbangan Amal…

May 27, 2009

Nizar Hero Rakyat

untuk digantung di kereta tuan-tuan

Sebagai menghargai usaha sahabat-sahabat, aku memanjangkan mesej Tn. Al-Husseyn yang mintak tlg promotekan barangan jualan cawangannya. Setiap RM yang disumbang atas pembelian barangan akan disumbangkan kedalam Tabung Pilihanraya PAS Cawangan Sg. Rokam. Untuk beramal, sila hubungi Tn. Al-Husseyn di talian 019-573 5751 @ emel alhusseyn471@yahoo.com.my. Pesan beliau, kalau boleh beli dalam kuantiti yang banyak supaya urusan pengeposan menjadi lebih murah. Jumlah minimum tempahan sebanyak 10 keping bernilai RM 6 sekeping (termasuk kos pos). Deghah yob, nanti licin licap, nyesa x sudah.

i

p/s-teman dah terkena tadi. nak nolak segan. leboh RM6. Bijak betoi strategi dia niaga. Dibuatnya cam polis depan bangunan DAP semalam. Kene kepung weh. Keh keh keh

i

Cap Ayam…

May 27, 2009

klik gambar utk berita

klik gambar utk berita

Haji Husam yang sepatutnya muncul bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Hj. Ahmad Zahid Hamidi dalam rancangan Hujah @ Tv9 membatalkan penyertaannya setelah mendapat tahu Zahid tidak hadir. Tidak diketahui apakah alasan untuk Zahid menguzurkan diri dari menyertai rancangan bual politik yang agak menarik itu. Namun kemungkinan tajuk rancangan tersebut yang menfokuskan perihal amalan politik wang dalam parti-parti politik di negara ini menjadi penyebabnya. Tindakan Tv9 menggantikan Zahid dengan Ezam juga amat dikesali. Kenapa tidak diganti dengan Menteri ataupun personaliti yang mempunyai jawatan kanan dalam kerajaan ataupun UMno? Sapa Ezam??? Apa jawatannya dalam politik UMno? Hanya budak suruhan setiapkali adanya pilihanraya-pilihanraya kecil. Selain itu apa fungsinya?

Adakah dengan penyertaan Ezam itu nanti mampu membawa perubahan yang sangat-sangat diperlukan oleh UMno? Sudah tentu tidak. Maka tindakan Hj. Husam untuk turut membatalkan penyertaannya semalam wajar dipuji. Ternyata Zahid memang mempunyai sifat cap ayam. Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal pertahanan negara, seharusnya beliau mesti mewarisi sifat-sifat berani sepertimana nama kementerian yang dijaganya itu. Maknanya Najib memilih seorang penakut untuk menjaga hal-hal pertahanan negara kita. Bayangkan sekiranya negara kita diserang oleh pihak musuh nanti? Apakah yang akan dilakukan oleh Zahid nanti agaknya? Menyediakan pesawat untuk melarikan diri?

Kesian Malaysia. Dapat menteri cap ayam. Apapun aku rasa aku dah dapat jawapan apa sebab Zahid xnak datang semalam tu di sini. Ataupun kalau maleh, cuba korang klik kat gambo kat atas tuh. Agak-agak jibauk mana yang beriringan dengan polis tu.

Pada sesiapa yang nak baca surat Hj Husam kepada Zahid semalam boleh baca di sini

i

Tahniah DPPP…

May 26, 2009

Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding. Ust Nasruddin Tantawi telah memenangi jawatan tersebut yang diputuskan secara syura walaupun sebelum ini terdapatnya ura-ura bekas Ketua Pemuda Kelantan, YB Zaki akan mencabar beliau bagi jawatan tersebut.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula diisi oleh Azman Syafawi manakala jawatan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah di atas perlantikan Ust. Din. Moga pemuda PAS akan lebih unggul dalam mendepani permasalahan ummah di bawah kepimpinan ust, insyaALlah.

i

Lagi kes rogol…

May 26, 2009

Hupdate

Peserta yang ditangkap semasa program Puasa Sunat @ Mogok Lapar di bangunan DAP pagi tadi telah dibebaskan selepas ‘Asar tadi. Kesemua mereka yang dibawa ke bangunan IPK Perak, bersebelahan Masjid Negeri sihat walafiat walaupun cuba dirasuahkan dengan makanan yang sedap-sedap supaya puasa @ mogok lapar mereka itu tidak berjaya. Namun menurut sumber, usaha-usaha terdesak pihak terbabit menemui kegagalan kerana peserta yang ditangkap telah bersahur terlebih dahulu. Antara yang turut dibebaskan ialah pekerja penghias majlis yang sedang meniup belon bagi menyerikan lagi program tersebut. Kesemua pekerja tersebut merupakan warga asing.

Sementara itu kepada sesiapa yang ingin melihat para peserta puasa sunat @ mogok lapar hari ini bolehlah berbuat demikian di bangunan pejabat DAP Perak, berhadapan dengan SUK Perak, Medan Istana.

Depan DAP

Dan lagi

Lagi

Cha kena tangkap

Cha, aktivis Unit Amal Malaysia yang turut ditahan atas dakwaan mengiringi YB Sivakumar ke parking kereta

Demokrasi di Perak terus-terusan dirogol buat kali ke berapa ntah, aku pun x ingat. Yang aku ingat, perogolnya ialah yang berautoriti dan terdiri dari pasukan keselamatan, yang sepatutnya menjalankan kewajipan menjaga keselamatan rakyat negeri Perak ini. Peristiwa pelancaran mogok lapar dihadapan bangunan DAP Perak sebentar tadi mengesahkan lagi pencemaran terhadap institusi keselamatan itu. Turut rakus merogol hak rakyat Perak sebentar tadi termasuklah pihak berkuasa tempatan MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) yang bertindak menanggalkan khemah yang digunakan bagi tujuan pelancaran program tersebut. Belum pernah aku melihat perbuatan dajal seperti ini berlaku hatta dizaman Tajol Rosli dahulu. Nampak gayanya, pemerintahan Mahatma Nelson Zambry Kadeer lebih kejam. Hanya baru diisytharkan kembali berkuasa, Mahatma Nelson Zambry Kadeer ini sanggup mengarahkan pihak keselamatan melakukan tindakan seperti ini, anda bayangkanlah hari-hari yang mendatang. Zaman gelap kerajaan Perak telah bermula sepertimana warna kulit MB haram itu.

i

Anak siapakah agaknya?

May 25, 2009

Anak ahli politik edar pil kuda

MACHANG: Polis menahan anak lelaki seorang pemimpin politik bahagian Machang dan merampas 1,056 biji pil kuda dan 120 biji pil Eramin 5 bernilai hampir RM50,000 di dalam kereta miliknya dalam satu serbuan di sini, semalam.

Pemangku Ketua Daerah Polis Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lay berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 1.30 pagi sebaik keluar dari rumah rakannya di sini dan berada di sisi kereta berkenaan.

“Tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,” katanya, semalam.

Beliau berkata siasatan polis mendapati dadah itu dibawa dari negara jiran untuk pasaran tempatan terutama di daerah ini. – Bernama

Anak pemimpin parti PAS kah atau AMENO Be End kah???

i

Jangkitan virus…

May 25, 2009

Parti Kayveas ada dua presiden




PUTRAJAYA – Kemelut politik Parti Progresif Penduduk (PPP) terus meruncing apabila satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T. Murugiah (gambar) sebagai presiden baru.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam juga dipersoalkan kesahihannya mengikut perlembagaan parti itu.

Nampaknya apa yang berlaku di negeri Perak telah menjangkiti parti komponen Be End. Semalam ketika Presiden PPP, M. Kayveas mengadakan pertemuan dengan ahlinya di JB, satu perhimpunan agung luar biasa (EGM) PPP telah diadakan di PICC, Putrajaya. Satu usul undi tidak percaya telah dibuat ke atas kepimpinan PPP sedia ada. Hasilnya, Senator T. Murugiah telah dilantik sebagai Presiden PPP yang baru berkuatkuasa semalam.
Kayveas nampak gayanya telah menerima nasib yang sama seperti dialami oleh Hj. NIzar di Perak. Kemungkinan selepas ini nasib Samy Vellu pula berada dalam keadaan tidak menentu. Sekiranya iniah cara yang akan digunakan oleh pihak parti komponen Be End dalam mengubah kepimpinannya,Samy Vellu patut berasa bimbang. Giliran anda akan tiba. The time will come.

Selepas ini pastinya akan ada yang bersuara bukan Perak aja yang ada 2 Ketua. PPP pun ada, malah sket lagi MIC pun juga ada. X mustahil sekarang ini di Malaysia. Maca-maca boleh jadi.

*berita dipetik di sini   

i