Kan Dah Kata …

May 2, 2009

Seperti yang sudah aku jangka dalam entry aku sebelum ini di sini, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan supaya jangan dikaitkan atau disebut virus membunuh terbaru yang melanda dunia ketika ini sebagai ‘Selsema Babi’ tetapi hendaklah disebut ‘influenza A (H1N1)’ seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Alasannya nama baru ini diperkenalkan bertujuan penyeragaman istilah berbanding istilah ‘Selesema Babi’ ketika ini. Adalah dipercayai penukaran istilah ini juga dilihat berkait rapat dengan makanan asasi kaum Cina. Tafsiran yang aku boleh ambil dari tegahan Menteri Kesihatan ini ialah kemungkinan wujudnya desakan dari para penternak haiwan tersebut yang mulai terkesan dengan kewujudan wabak penyakit baru ini.Dengan perkembangan terbaru ini, adalah dipercayai permintaan daging tersebut jatuh mendadak dan sudah pastinya penggemar makanan haiwan tersebut beralih mencuba makanan yang lebih selamat untuk dimakan. Siapa yang paling beruntung akibat dari wabak ini? Sudah tentulah pembekal @ penjual haiwan selain dari binatang bernama BABI.

Sumber berita –> di sini

Parti pejuang kaum Melayu terbesar didunia, UMno semalam telah mengisytiharkan pencalonan bagi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang baru iaitu Datuk R. Ganesan, ADUN Sungkai. UMno yang sebelum ini bermati-matian mempertahankan kerusi speaker DUN Perak mestilah dikalangan kaum Melayu.Usul bertarikh 29 April lalu itu dicadangkan oleh ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir dan disokong pula olejh ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman. Nampak gayanya UMno menjilat ludahnya sendiri apabila sanggup menggadaikan kerusi speaker untuk diberi kepada kaum lain. Betulkah UMNO bersungguh-sungguh ingin mempertahankan kedudukan kaum Melayu dinegeri Perak ini. Sudah tentu pencalonan ini mengguris hati Raja Muda Perak, yang begitu risaukan kedudukan ADUN bukan melayu dalam barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini. Tidak cukup mengguris hati pak mufti dengan penganjuran Karnival Jom Heboh minggu lepas, mamak kudeta ini sekali lagi mengguris hati pembesar istana Perak ini dengan mengemukakan pencalonan kerusi speaker yang baru ini. Malang memang malang. Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah perumpamaan yang boleh aku berikan buat kedua-duanya. Ura-ura kedengaran satu memorandum akan diserahkan oleh Gagasan Melayu Perak (GMP) bagi mempertikaikan tindakan mamak kudeta dalam hal ini.

Apapun kita tunggu dan lihat apakah sidang DUN 7 Mei ini akan berjaya diadakan. Sumber berita –> di sini

i

Rebut…

May 2, 2009

Mata masih segar. Samada penangan bihun tomyam yang likat perisa mak ajinya ataupun Radix o panas yang kulahap sebentar tadi. Semenjak rumahku dimasuki pencuri api a.k.a streamyx nih, aku sudah tidak memerlukan lagi masa senggang dipejabat untuk menulis entri-entri terbaru. Cukup memerlukan kekuatan daya tahan mata untuk disengkangkan. Mudah bukan??? Dunia dihujung jari aku. Anytime anywhere…

Masih terngiang-ngiang lagi ngomelan (kejamnya bahasa) Ust. Salleh, s/u Dewan Ulamak PAS Perak ketika memberi pengisian Liqa’ Pemuda yang agak hambar kehadirannya sebentar tadi. Mujur pengisian kali ini agak menyejukkan jiwa buat sang pejuang agama ALlah. Moga pengalamannya sewaktu ditahan ISA dahulu mampu mencorakkan perjalanan hidup buat kami sebentar tadi. Sarat dengan isi yang berharga. Kemana perginya wakil Unit Amal Perak dalam liqa’ tadi?

Mungkin ada urusan yang lebih penting dari ini untuk dihadiri. Aku cuba berbaik sangka dengan sahabat-sahabatku yang ikhlas ataupun yang berkeinginan nama dalam berjuang ini. Cuma sedih sket bagi aku, pengisian malam ini agak special dari bulan-bulan sebelumnya. Bukan sebarang orang yang memberi pengisian. Orang yang sudah di uji. Memang sungguh bermanfaat buat pejuang-pejuang. Malang buat yang malas hadir (dibaca penuh ilmu didadanya).

Andai cadangan pengomen di entry aku sebelum ini yang bersungguh-sungguh menyuruh aku menegur mereka ini di dalam majlis usrah, nampak gayanya hajat aku akan terus tidak tercapai.Aku gagal dan mereka jua gagal. Bukan aku dan mereka sahaja gagal, tapi 2 pimpinan tertinggi juga gagal menampakkan diri. Mungkin juga memikirkan had umur yang sudah tamat walau pengisian ilmu tidak akan tamat sampai bila-bila hingga kehujung hayat. Hanya 2 pimpinan harian dan 2 exco pemuda yang hadir. Selebihnya pemuda kawasan yang aku rasa kurang ilmunya. Hebat (dibaca malang) bukan ???

Inikah pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan ulamak seperti yang hangat diperbahaskan didunia maya sekarang ini? Jauh panggang dari api. Nik Abduh kena sound sket pemuda Perak ni nampak gayanya. Makin terserlah ciri-ciri pejuang mee celup sekarang ini, aku cuba meminjam istilah beliau. Korang nak maki aku??? Cukuplah korang maki Nik Abduh sorang jek. Aku sekadar peminjam istilah. Hehe…

Sambil meneruskan perbincangan di warung berhadapan Bank Islam, group pemuda kawasan aku tertumpu kepada 2 program besar akan datang. Pertamanya Muktamar Pemuda pada 10 Mei ini manakala program kedua sesi pecah otak a.k.a brainstorming pada 16 & 17 Mei.

Untuk Muktamar kali ini, perbincangan hanya menfokuskan kepada persediaan membahaskan ucaptama KP dan usul sekiranya tidak ditolak. Mangsa yang aku nampak kali ini tidak lain tidak bukan TKP aku yang baru. Aku harap kali ini kawasan aku bersedia membuat homework bagi lebih menghidupkan suasana muktamar yang aku lihat agak suram kali ini, tidak seperti tahun sebelum-sebelumnya. Mungkin juga disebabkan venuenya kembali ke Yellow Water Inn (kembali ke asal weh). Atau mungkin juga disebabkan beberapa pimpinan yang telah bersara kerana had umur. Patutnya muktamar kali ini panas pasai ianya merupakan tahun rebut jawatan (dibaca tahun pemilihan). WaLlahua’lam.

Satu yang pasti, aku harapkan para perwakilan kali ini lebih menunjukkan sikap berhati-hati dalam memilih pimpinan sesi baru. Kalau dulunya disebabkan populariti kali ini berilah pada yang mampu untuk memberi sumbangan pada jemaah. Jangan disebabkan orangnya boleh berceramah berapi-api, maka dia dilihat layak untuk menjadi pimpinan sedangkan dalam mengatur strategi berpolitik, dia bolehlah dikategorikan hampeh. Kalau boleh seperti yang diluahkan oleh penyampai liqa’ tadi, carilah yang tidak berkepentingan. Jangan sebab dia bawak honda cup, kita kata dia x layak memimpin. Jangan pula sebab dia bawak merc baru, kita kata dia layak memimpin.

Seadilnya pada pandangan aku, gunakanlah ilmu yang dah kita belajar sebagai neraca penimbang dalam memilih. X kisahlah dia bawak honda cup ataupun merc baru, andai layak berilah peluang kepadanya.

Semoga barisan baru kepimpinan pemuda kali ini lebih terkehadapan dalam menjuarai isu-isu marhaen. Kalau dahulu alasan membantu kerajaan digunakan bagi menutup isu kelesuan untuk bertindak, nah sekarang kerajaan sudah berpindah milik. Ayuh, kembali garang duhai pemudaku.

i