Fitnah???

May 4, 2009

Kenalkah sapa personaliti diatas ni? Mesti semuanya sudah maklum akan mereka berdua ini. Seorang mahu bergelar ‘ustis’ gabungan ustaz dan artis manakala seorang lagi merupakan penyanyi nasyid popular. Akhil Hayy  (maap aku dah x tergamak nak gelar dia ni ustaz dah) dan Waheeda memang acapkali mengisi ruang gosip akhbar dan majalah tanahair tika ini. Sebelum ini agak riuh rendah mereka berdua ini dihujani kontrobasi  kes menonton wayang di panggung berdua-duaan, tetapi dinafikan.

Ape ke heynye ustaz g nengok wayang weh oii. Nengok ngan org betina lak tuh. Isk isk isk.

Kemudian timbul pula kenyataan dari kenalan mereka bahawa mereka berdua mmg benar sudah bernikah, cuma tidak dipertontonkan kepada khalayak umum kerana ditakuti mengguris hati isteri pertama Akhil ni. Akhirnya untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar menimpa ke atas diri mereka berdua, maka mereka mengambil jalan selamat dengan mengaku sudah ‘bernikah’ di sini. AlhamduliLlah fitnah yang selama ini melanda mereka berdua, sudah hilang disebalik pengakuan mereka ini. Apapun tahniah dari aku atas perlakuan sumbang hangpa berdua nih. Pasni aku akan pastikan xdak sapa berani usulkan nama Akhil untuk berceramah kat kampung aku.

i

* moral of da story – jadik ustaz pun banyak dugaan, klu jadik ustis dah tentu berpuluh ganda ujiannya.

i

SPR lagik…

May 4, 2009

Aku x tau, apa la yang ada pada otak kepala pengerusi SPR nih. Mungkin sbb trlampau terkejut tengok gelombang manusia di hari penamaan calon PRK P059 Bukit Gantang aritu, maka dia pun mengusahakan agar satu usaha mengurangkan kehadiran penyokong pada hari penamaan calon pada setiap PRK mahupun PRU akan datang. Pada aku nampak sangat x logiknya undang-undang tersebut.

Kenapa aku kata x logik? Cuba kita fikir secara mudah, andai ada satu sekolah swasta menyediakan prasarana dan sistem pembelajaran yang lebih baik dari sekolah menengah kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran,  adakah kerajaan akan merangka satu dasar yang akan menyekat ibu-bapa dari menghantar anak-anak mereka belajar disekolah swasta tersebut sedangkan keperluan pendidikan bagi rakyat negara ini sudah dijamin dalam perlembagaan negara kita. Kenapa tidak dikaji sahaja sebab musabab sekolah menengah kebangsaan itu gagal menarik pelajar-pelajar untuk belajar disekolah mereka ini?

So camtu jugakla kalau nk dihubungkaitkan ngan undang-undang baru SPR nih. Patutnya dia p bgtau kat Be End tu pasai apa kehadiran penyokong dia kurang sesangat masa hari penamaan calon tuh. Sebab orang dh meluat ngan Be End. Itu yang patutnya jadi tugas utama pengerusi SPR yang baru nih. Itupun nyaris Bukit gantang ngan Bukit Selambau jek di semenanjung ni buat PRK serentak. Kalau di Bukit Lanjan pun buat, Bukit Kepong pun buat, ntah baper org je la penyokong Be End yang turun. Mau kena import polis tuk ramaikan. Pasang poster Be End pun polis dah tolong buatkan, ape sangat la nak ramaikan penyokong Be End tu nanti.

Aku rasa kalau camni la tindakan SPR demi nak lindungi kemaluan Be End nih, memang aku kompom pasnih akan ada undang-undang lak yang SPR akan buat halang terus para penyokong dari hadir dihari penamaan calon. Cukup tengok dalam tv @ dengaq dari radio jek. Aku rasa cara yang ni mungkin dah ada dalam cadangan kot. Haha

* sumber berita –> di sini

i