Sensitip…

May 5, 2009

Salam 2 all,

Arinih aku ke pejabat agak awal dr biasa. x tido pas subuh seperti kebiasaan. Sedang bersiap-siap, satu ‘sms’ dari TKP merangkap Ketua Urusan Ulamak (KUU) kawasan aku yang baru menerjah kedalam kotak sms h/p aku.

“Salam. Mohon masa utk hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh jam 9.00 pagi ini sokongan kepada kes saudara RIDZUAN ABDULLAH v/s INDRA (hak penjagaan 3 anak)”

Niat nk awal ke pejabat trpaksa ditangguhkan melencong ke Masjid Negeri mencari parking free. Cut cost. Then menapak ke Mahkamah Tinggi Ipoh (MTI). AlhamduliLLah tepat sampai 2 mnt sebelum jam 9 pagi. Sampai di MTI aku terus mencari papan kenyataan yang ‘publish’ kes yang akan berlangsung arinih. AlhamduliLLah pengalaman sebagai despatch opis loyer dulu memudahkan tugasan aku. Sapa kata keje despatch xde masa depan???

Dah tahu biliki brape , aku panjat tangga. X susah sgt nk jumpa bilik no. 1 nih. Aku harap perbicaraan terbuka¬† dijalankan. Kalau tertutup, aku rasa mst x dpt masuk. AlhamduliLLah mmg ‘open trial’. Masuk dalam, ekon lak x berfungsi. Spoil tol. Habis juta-juta buat bangunan, ekon leh rosak??? Kompom rasuahhhhhh…

Masuk¬† je dalam bilik tu, perbicaraan masih belum berjalan. Sampai ngantuk-ngantuk aku tunggu. At last dapat gak aku bertemu ‘Blogyer’ (Blogger + Lawyer) Haris. Selama ni berselisih, main jelin-jelin jek. Arinih barule dapat berbual-bual. AlhamduliLLah pertemuan yang menyenangkan. Mungkin next time leh mengeteh sesama pei hong n dugong darat tuh.

Punyalah lama menunggu, akhirnya jam 12 baru nak mula. Aduhhh tangguh tarikh lain lak. Xpela, xde masalah pun. Mungkin bukan rezki aku nak dengo kes nih arini. Hari lain lum tentu lagi. So aku pn nak salute jugak kat abg Mat Lazim Tambun bersama isteri dan sahabatnya juga bersama isteri yang aku x kenal kerna prihatin dengan isu ini. Selebihnya pada perbicaraan akan dtg harapnya ramai lagi penyokong dari kalangan umat Islam akan hadir mengikuti kes ini sepertimana mereka hadir di hadapan gereja Silibin suatu waktu dahulu. Mungkin wakil Badan Pehubungan PAS Negeri dan NGO juga dapat menghantar wakil mereka bagi menunjukkan solidariti kita di atas isu ini , insyaALlah. Mudah-mudahan ALlah selamatkan keluarga Ridzuan Abdullah ini. ALlahuakbar

i