Perbezaan 2 Merah…

May 6, 2009

Seperti yang telah dimaklumi semua pihak, kekuatan Man U ketika ini sukar disekat hatta kepala bertopi merah yang mulai ramai kelihatan dipersekitaran Bandar Ipoh Raya sekarang ini. Walaupun kedua-dua pihak dilihat memiliki kekuatan fizikal yang setara cuma perbezaannya pasukan Man U menggunakan kekuatan fizikal bersama akal sedangkan kepala bertopi merah itu menggunakan kekuatan fizikal tanpa akal. Nah sudah tentu nampak perbezaannya sekarang ini bukan?

Man U memenangi perlawanan separuh akhir pertandingan Kejuaraan Juara-Juara Eropah (Champions League) awal pagi tadi apabila membelasah pasukan Arsenal di Stadium Emirates, Arsenal dengan jaringan 3-1. Ini menjadikan pasukan itu layak ke akhir dengan aggregat 4-1 setelah memenangi perlawanan pertama di Old Trafford dengan jaringan 1-0.

Persoalannya, esok juga akan ada satu perlawanan tetapi membabitkan kepala bertopi merah pula. Bukan distadium tapi digelanggang terbuka Bangunan SUK Perak. Adakah mereka juga akan memenangi perlawanan itu esok? Sama-sama kita saksikan. Kalau lihat dari segi persiapannya, ada harapan mereka membelasah rakyat. Harapnya mereka juga memenangi perlawanan itu dengan akal sepertimana yang dilakukan oleh pasukan Man U tu.

Buat Cenangau & Nik Abduh, kalau sudi temankan aku menonton perlawanan akhir CL di Rome, Italia nanti. Kita naik ketapi jek g sana.  Hik hik

i