Perbezaan 2 Merah…

May 6, 2009

Seperti yang telah dimaklumi semua pihak, kekuatan Man U ketika ini sukar disekat hatta kepala bertopi merah yang mulai ramai kelihatan dipersekitaran Bandar Ipoh Raya sekarang ini. Walaupun kedua-dua pihak dilihat memiliki kekuatan fizikal yang setara cuma perbezaannya pasukan Man U menggunakan kekuatan fizikal bersama akal sedangkan kepala bertopi merah itu menggunakan kekuatan fizikal tanpa akal. Nah sudah tentu nampak perbezaannya sekarang ini bukan?

Man U memenangi perlawanan separuh akhir pertandingan Kejuaraan Juara-Juara Eropah (Champions League) awal pagi tadi apabila membelasah pasukan Arsenal di Stadium Emirates, Arsenal dengan jaringan 3-1. Ini menjadikan pasukan itu layak ke akhir dengan aggregat 4-1 setelah memenangi perlawanan pertama di Old Trafford dengan jaringan 1-0.

Persoalannya, esok juga akan ada satu perlawanan tetapi membabitkan kepala bertopi merah pula. Bukan distadium tapi digelanggang terbuka Bangunan SUK Perak. Adakah mereka juga akan memenangi perlawanan itu esok? Sama-sama kita saksikan. Kalau lihat dari segi persiapannya, ada harapan mereka membelasah rakyat. Harapnya mereka juga memenangi perlawanan itu dengan akal sepertimana yang dilakukan oleh pasukan Man U tu.

Buat Cenangau & Nik Abduh, kalau sudi temankan aku menonton perlawanan akhir CL di Rome, Italia nanti. Kita naik ketapi jek g sana.  Hik hik

i

6 Responses to “Perbezaan 2 Merah…”

  1. uma Says:

    awat lu punye muka wa mcm kenai je…hahaha

  2. uma Says:

    lu kasi sound skit kat pimpinan ,
    pimpinan wat cara pimpinan..
    jgn lah jadi ala macai bawahan…haha
    klu nak sound geng seperjuangan tu biorlah sesuai dgn tmptnya.

    klu rasa nak hentam pimpinan & teman seperjuangan ala macai,
    meh lah ke forum terbukak di TKO,DD,UO.

    • shamsuleffendey Says:

      wah, lu nak wat wa jadik macai lak ke? main arah-arah. Lu buat sendiri la beb.

      TKO???? Web cap ayam tu? wakakaka… allergic la beb. wa x main forum-forum kat web cap ayam nih.

      • uma Says:

        wa dah sound dah… kat blog diaorg, ada komen yg lepas
        ada komen x lepas…haha
        kat shoutbox diaorg pon wa myalak…haha
        jarang wa myalak kat blog pimpinan ni..
        tp dah diaorg pon taraf ala macai gak..
        maka cara macai gak wa guna pakai..hahaha

        lu x payah main forum2 ni..
        forum2 ni macai bawahan je yg main…haha

        tp dah ada pimpinan gaya ala macai gak,
        elok meh turun ke forum terbukak.

  3. uma Says:

    lupoo wa nak tanye,
    dah sedia utk berlari tak tu..
    takut semput kene kejo pale merah lak nanti…haha

    apa2pon
    selamat bjuang wat semua sahabatku.

  4. Cenangau Says:

    Aku tak jadi laa pi Rome, tak best mana pun pi Rome tu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: