Memelihara adab jamaah…

May 7, 2009

Husam tulis buku khas jawab tuduhan

KOTA BHARU 6 MeiNaib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan menulis sebuah buku bagi menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya sejak kebelakangan ini untuk diedarkan sebelum muktamar tahunan parti itu bulan depan.

Beliau berkata, buku kecil itu juga akan mengandungi catatan mengenai beberapa individu dari dalam dan luar Pas bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu isu.

“Saya sedang menulis sebuah buku kecil untuk jelaskan beberapa tuduhan dan jangan ada mana-mana pihak rasa tersinggung jika nama mereka dicatatkan nanti.

“Saya duduk dalam Pas Kelantan dan dalam kerajaan negeri ini sejak 1990, saya tahu dalam dan luarnya. Mungkin selepas atau sebelum muktamar buku ini diedarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi dan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai peringkat pimpinan parti itu tentang pencalonannya sebagai Timbalan Presiden Pas.

Baru-baru ini, Husam membayangkan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden parti itu sekiranya keraguan tentang hala tuju perjuangan terutama melibatkan ‘hubungan sulit’ Pas-UMNO tidak dijelaskan.

Beberapa tokoh lain turut menawarkan diri, namun Dewan Ulama Pas menegaskan jawatan nombor satu dan dua parti itu mesti disandang golongan ulama bagi memastikan parti itu tidak lari daripada perjuangan Islam.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan membidas golongan pro-Anwar dalam Pas yang hanya menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa kerana mencadangkan kerajaan perpaduan.

Ekoran itu juga, Husam mengambil pendekatan untuk ‘berpuasa’ daripada bercakap kepada media mengenai perkembangan yang berlaku dalam parti itu.

Beliau mengakui sememangnya mempunyai ‘ilham’ untuk bertanding, namun apa yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah menjaga perpaduan parti.

Mengulas saranan sinis Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan yang meminta beliau bertanding jawatan presiden, Husam berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan dalam perjumpaan parti itu sahaja.

“Saya sudah sebut dengan media, saya ‘berpuasa’ tetapi untuk penjelasan dalam parti, saya bersedia, jadi untuk Nasruddin, kalau dia bersedia, saya bersedia untuk jumpa dia, saya ada maklumat untuk disampaikan kepadanya.

“Kalau mahu jumpa dalaman, boleh, tetapi tidak payahlah kita pergi kepada media untuk memberikan penjelasan,” katanya.

*sumber berita di sini

Dah lama sangat hati aku terbuku nak sentuh bab nih. Cuma aku memang x pandai nak mengulasnya. Aku dah khaskan isu ni utk diisi oleh opismet aku, malangnya dia pun x jumpa ilham. Kalau dah sejuk bedi (kata oghang peghak) baru nak menulis, baik x yah.

Tulisan ini seharusnya berligar pada permulaan isu yang dicetuskan oleh Nik Abduh dalam blognya di sini dan disambungnya di sini.

Salahkah isu yang dibangkitkan oleh Nik Abduh itu?

Pada aku x salah. Memang dia layak membangkitkannya.

  • Pertamanya atas dasar dia sebagai Timb. Ketua Pemuda DPPN Kelantan, sayap kanan PAS di Kelantan.
  • Keduanya sebagai anak kepada ayahanda yang bertitlekan Menteri Besar Kelantan merangkap al- Mursyidul Am PAS, yang punyai lebih masa untuk bertemu dan membincangkan apa jua isu politik dan agama dengan ayahandanya itu berbanding orang lain.
  • Ketiga dan terakhir atas dasar sayangnya beliau kepada jemaah yang menaungi perjuangannya.

Lagipun ulasan berkaitan isu yang disentuhnya itu tidak spesifik ditujukan kepada individu-individu tertentu. Bijaknya dia, menggunakan bahasa kiasan. Sapa yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya. Begitulah lebih kurang. Aku yakin beliau bertanggungjawab dengan tulisannya itu. Xkan anak ulamak tersohor nusantara ini mahu berbuat fitnah? Aku yakin peribadinya cemerlang buat masa sekarang ini. Hadapan? WaLLahua’lam, mudah-mudahan kekal begini atau lebih baik lagi, insyaALlah.

Masalahnya yang aku nampak bilamana campurtangan dari pihak media yang memang bertujuan melaga-lagakan pimpinan PAS ni. Bukan harus lagi, dah jadi hukum WAJIB bagi media arus perdana ini melaga-lagakan pimpinan PAS ini demi survival politik parti masing-masing, yang dilihat semakin hanyut akhir-akhir ini.

Kemudian, angin xda, ribut pun xda ada lak sorang pimpinan pemuda berasal dari Pahang nih cuba mengulas juga isu ini. Aduh, perfomance PAS di Pahang aku rasa x la sebaik 5 negeri PR ni. Hancus beb. Kalau KP negeri aku or Kedah or S’ngor, aku x kisah sangat pun. Dah terbukti pun.

Mesti ada yang kata x semestinya kemenangan itu bukti perjuangan itu berjaya. Barangkali benar, tapi salahnya juga ada.

Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Timb. Ketua DPPP merangkap Ketua Pemuda PAS Pahang dalam blognya mengupas isu yang dibangkitkan oleh sahabat baiknya itu di sini. Dengan beraninya, beliau menyebut nama orang yang ingin diserangnya tidak lain tidak bukan, Naib Presiden PAS, Tn. Hj. Husam Musa. Samada kemungkinan beliau mendapat maklumat terus mengenai orang yang telah menjadi duri dalam daging kepada Mursyidul ‘Am PAS itu dari sahabat baiknya, wALlahua’lam. Dalam memberikan hujahnya, Ust. Din lebih tertarik kepada alasan kedua dari 3 alasan yang diberi oleh Hj. Husam dalam memperkatakan mengenai pencalonannya untuk jawatan Timb. Presiden PAS itu. Mungkin beliau bersetuju dengan 2 alasan yang diberikan. Maknanya dari 3 alasan, Ust. Din setuju 2 dan x stuju 1 je.

Apa alasan yang Ust. Din x suka tu aku malas nk ulas. Bukan xnk, tapi x pandai. Kang aku jadik org ketiga lak selepas Nik Abduh dan Ust Din ni. Jenuh nak menjawab pertanyaan press nnt. Haha.

Apa yang aku nak bangkitkan ialah… Wajarkah tindakan Ust. Din, seorang ahli yang ditarbiyah dengan hebat, bukan saja di dalam tetapi juga di luar negeri, seorang yangbertitle ulamak muda paling menonjol sekarang ini menyindir Hj. Husam, yang merupakan pimpinannya sendiri di dalam parti? kalau aku barangkali tiada masalah menerbitkan entry tersebut kerana bukan dikenali sangat pun, kecuali anggota² Unit Amal. Ust. Din ni Timbalan Ketua DPP Pusat. Bukan pemeriksa kira-kira, jawatan yang paling menonjol untuk direbut pada muktamar DPPN Perak nanti. Ust. Din ni dijangka akan memenangi jawatan Ketua DPPP selepas ketua DPPP sekarang telah membuat kenyataan untuk tidak mempertahankan jawatannya sekarang ini. Maknanya selepas ini kemungkinan Ust. Din akan diangkat menjadi pemimpin kepada pemuda PAS. Tentunya sesuatu yang agak memalukan seorang yg bergelar ulamak dan naqib kepada ahli-ahli pemuda PAS membuat kenyataan sindiran yang aku rasa TERAMAT KURANG ADAB kepada seorang bosnya sendiri. (walaupun aku pun x da adab kadangkala).

Apa perlu Ust. Din menjuarai isu ini? Adakah dia mahu dilihat ingin menjadi penyelamat kepada parti PAS, yang pada fikirannya nanti, seandainya Hj. Husam terpilih menjadi Timb. Presiden, beliau mahu membawa PAS kearah kehancuran barangkali? Cuba kita lihat andai kata Hj. Husam memenangi jawatan Timb. Presiden manakala Ust. Din pula memenangi jawatan Ketua DPPP. Bolehkah kita fikirkan bagaimana nanti sekiranya wujud persengketaan antara mereka berdua, adakah Ust. Din sanggup duduk dalam majlis Muktamar DPPP sekiranya perasmi muktamar itu nanti ialah Hj. Husam yang ketika itu sudah sebagai Timb. Presiden PAS? Itulah praktikal yang dilakukan oleh PAS Pusat sebelum² ini yang mana Timb. Presiden pastinya akan merasmikan Muktamar DPPP. Adakah Ust. Din akan mencemek muka mendengar ucaptama yang diberi oleh Hj. Husam nanti? Marah? Geram? Malu? Haha, aku rasa mau jugak berpeluh barangkali.

Ataupun selaku Ketua DPPP, Ust. Din tidak mahu menjemput Hj. Husam merasmikan muktamar DPPP nanti? Jemput saja selain dari Hj Husam walaupun hanya pemeriksa kira-kira yang akan merasmikan muktamar DPPP nanti. Haha, maknanya pemuda zaman Ust. Din menjadi ketuanya nanti bakal melakar sejarah baru parti. Kalau benar tilikan aku, syabas dan tahniah aku ucapkan padanya.

Oleh itu, andai ada apa-apa yang tidak kena sesama pimpinan, janganlah keluarkan kenyataan kurang bijak dalam blog (khas utk pimpinan popular mcm Ust. Din ni). Kan lebih molek pergi bertemunya secara 4 mata? Itu lebih beradab pada pendapat aku. Janganlah nilai orang itu tiada ilmu seperti kita walaupun orang itu tiada bertitlekan ulamak seperti kita. X salah pun merendah diri sepertimana kenyataan yang dibuat Hj Husam dalam utusan meloya arinih (walaupun pasti ada yg akan kata itu Hj Husam bermain politik). Kalaulah Hj Husam sanggup turun bertemu Ust. Din, xkanlah Ust. Din x boleh? Sifat merendah diri bagi aku satu keperluan buat pimpinan. Bukan tertumpu pada ahli semata².

Ust. Din kena ingat bahawa Ust. Din memimpin satu lajnah yang sangat penting dalam DPPP iaitu Akademi Kepimpinan Pemuda. Mahukah pemimpin yang lahir dari akademi ini nanti mempunyai sifat tidak beradab dengan pimpinan seperti Ust. Din (termasuk juga diri aku sendiri)? Sudah tentu Ust. Din tidak mahu. Aku lebih² lagi menentangnya.

Serahkanlah urusan kepimpinan itu kepada perwakilan. InsyaALlah PAS ini parti keramat kata Ust. Deghih, antara mas’ul Ust. Din tu. ALlah akan jaga parti PAS ini dari pemimpin yang tidak jujur, insyaALlah. Aku yakin dan Uts. Din pun kena yakin yang tu. Aku harap lepas ni jangan keluarkan lagi kenyataan² kurang bijak tu. Kalau boleh, belajarlah dengan Ketua DPPP sekarang ini. Masih ada masa. Buang jauh-jauh sifat merasa aku lebih bagus dari terus bersarang dalam diri kita ni sepertimana kisah Nabi Musa ketika bermusafir dengan Nabi Khidzir a.s dahulu.Sudah tentu Ust. Din hadam kisah ini.

Akhir kata, ,maafkan aku atas teguran ini. Aku juga cintakan jemaah ini sebagaimana yang lain² nya. Mudah-mudahan boleh dijadikan muhasabah yang berguna buat diriku sendiri pada masa-masa akan datang, insyaALlah.

i

10 Responses to “Memelihara adab jamaah…”

  1. haris Says:

    perghh..serius kome ari ni..muktamar pemuda nanti kita zahirkan pendirian kita mllui undi. amacam? ada brran?

    • shamsuleffendey Says:

      teman punye pemuda memang bran maut punya. Agi idup agi ngelaban kata orang putih. takot demenye pemuda le lentok liuk ditiup angin sepoi-sepoi PPSMI.

      Banzaiiiiiiii… hik hik

      • sgnibung Says:

        berani maut apa..UA bkt gantang nak kena maki pun tak tahan…cakap tak serupa bikin..buat malu kompeni aje…nanti ust din naik lagi teruk UA..dibawah DP…

  2. uma Says:

    maap bro,
    wa tgk lu org punye pimpinan dah jadi ala macai bawahan lak,
    bede dalaman dihentam keluar…
    klu blogger ala nyamuk wa tarak hal lg,
    tarak sapa mau layan.
    tp klu anak org tertentu.
    dan mamat ada jawatan tertentu..
    utusan pon support baik punye…hahaha

    ni wat cara ala macai bawahan,
    hentam di blog
    klu nak sgt jadi macai bawahan,
    meh turun ke forum terbukak..
    kita sama2 hentam pimpinan yg lu org tarak puas ati tu.
    bior terbukak biji mata diaorg..

    bila media perdana main kan issue
    lu org salahkan media..
    senang kan lu org yg kureng cerdik..
    jgn salahkan musuh
    utk cover lu org punye kureng cerdik tu.

    buat anak pd pihak tertentu
    dan mamat ada jawatan.
    klu nak hentam pimpinan & teman seperjuangan,
    meh kita turun ke forum terbukak..
    kita hentam mereka2 yg lu org tarak puas ati.
    bior pimpinan terbeliak biji mata skit.

    buat semua pimpinan puak ijau
    jgn myalak mghentam pimpinan & teman seperjuangan di blog,
    disaat lu org ada nama & jawatan.
    klu macai bawahan tarak hal.

    • shamsuleffendey Says:

      betui sesgt tuh
      tapi ada gak mamat yg menyalak duk kata presiden sendiri datang dr genetik BODOH.
      pastu bila panggil dtg mesyuarat @ program duk bg alasan mcm²
      mmg style p***m**.
      pastu mamat yg sama ngaku sayangkan jemaah??? syg sesangat…
      yg tu lagi hanceng beb

      erkkkk… aku igtkn anjing jek yg pandai menyalak. kui kui kui

    • bulanmengambang Says:

      maap uma…
      waa berdesup lu punya comment.
      tp lu dok dlm econ bolehlaa cakap itu dan ini..
      lu tak dok atas padang yg sebenarnya..bolehlaa ckp..
      malam2,lepas kerja,hujung minggu,u senang2 jer boleh bercanda
      dgn org rumah u (dah kahwin ker)
      tp dia olg yg jadi pimpinan,mcm2 benda mau fikir…
      mau tengok,mau buat…
      kita org bawah,bila nampak ribut jer…mulut senang saja nak
      berkias itu dan ini..
      kalau setakat berjuang sambil menulis dari atas tilam empuk,
      fikir2la la nak kritik pimpinan kita nun…
      ker lu bukan org jemaah lagi….
      hahahaha
      langit terbukak,terbukak jugak uma…
      tp adab mengkritik pimpinan kena jaga jaga woooo.

      • uma Says:

        hehe

        macai bawahan memang begitu gaya mhentam pimpinan…haha
        taraf pon macai..
        so jgn lak para pimpinan ikut taraf macai bawahan,
        kecuali nak jadi taraf ala macai gak..hehe

        kene bezakan taraf macai bawahan dgn pimpinan atasan
        klu dua2 pon sama..
        eloklah jadi macai je..
        x adalah kecoh sgt…hehe
        wa pon tarak kisah sgt.

        1 lg, dah jadi pimpinan ni.
        memang terdedah dgn kritikan..
        mau x mau, sabooo kene tahap gaban Z
        jiwo kene besooo…
        klu x sabooo jgn jadi pimpinan
        dok atas tilam hempuk ala wa…haha

        pimpinan dgn pimpinan wat cara pimpinan dlm menegur sahabat seperjuangan.
        sahabat dgn sahabat yg dah berkawan lama wat teguran
        agar msg keteguran sampai dan ukhuwah bertambah kukuh.
        elakkan teguran antara sahabat yg leh mgadaikan ukhuwah.

        kene bezakan kaedah/pdekatan dlm teguran
        antara kumpulan & golongan..
        jgn main taram je…

        macai tegur pimpinan…
        ikut cara taraf macai masing2…haha
        pimpinan jgn copat melatah…
        just coool…..dlm mlayan teguran macai2 di bwhan.hehe.

      • shamsuleffendey Says:

        korang kena sabaq la baca komen yg terlepas nih
        aku ada masa kena tapis
        ada masa kena kasi lepas
        supaya hit blog aku mencanak-canak
        wakakaka

        luorang jgn hangin
        tahap macai ni banyak jenis
        ada yg suka majlis ilmu
        ada yg suka majlis usrah
        ada jugak yg suka main redah

        anggap je la uma ni tahap no 3 tuh.
        kui kui kuiiii

        pasni jgn ada la jadikan medan blog aku ni tmpat melepas dendam
        aku block gak komen korang nih

  3. uma Says:

    haha…
    lu jgn edit2 bro…
    kasi lepas je…

    xada sapa nak hairan
    x masuk utusan
    klu sekadar macai bawahan je yg myalak…haha

    wa tgk blog khalid samad tu,
    selamba badak air je mamat2 maki dia…haha
    tu mcm lah pimpinan yg berjiwo beso..
    tarak hal kene maki…haha
    yg maki pon macai bawahan je..hehe
    bukan luak pon…haha
    tu lah beza taraf pimpinan bbeza taraf macai.

    hehe..

    wa kasi lu punye blog hint juta2 yeaa…hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: