Black 7th. May

May 7, 2009

Sidang DUN Perak telah ditangguhkan ke satu tarikh yang lain oleh Speaker DUN yang Haram J***H itu. Nampak gayanya sidang DUN kali ini telah menjadi satu sejarah baru negeri Perak apabila bukan sahaja memiliki MB Haram tetapi juga Speaker DUN yang Haram.

Tahniah rakyat Perak kerana telah berjaya mencipta satu lagi sejarah baru negeri ini. Terima kasih kepada semua yang mengikuti siaran secara ‘live’ dari blog aku ini.

Tuanku Raja Muda Perak telah selesai menyampaikan titah di raja. Pelik, ucapan yang tidak sampai setengah jam, tetapi terpaksa menunggu sehingga 5 jam untuk di sampaikan. Mungkin juga baginda terpaksa memendekkan ucapan untuk memberi peluang kedua-dua belah pihak menyambung pergaduhan yang terhenti sebentar tadi.

Blogger Al-Husseyn pula telah diusung keluar oleh bentara pejabat PAS Perak.Beliau yang mengidap gout akhirnya mengalah dan meminta maaf kepada Pagawai IT Perak tersebut kerana merampas kerusi beliau tanpa sedar.

Kalau dahulu kes usung mengusung ini begitu popular di era Reformasi 1999 dalam kes DSAI, nampak gayanya kali ini ia menjangkit pula di negeri Perak.

Insiden merampas kerusi speaker DUN Perak telah menjangkit pula ke dalam pejabat PAS Perak ketika ini dimana kerusi Pegawai IT PAS Perak pula telah dirampas oleh blogger Al-Husseyn. Nampak gaya belum ada tanda-tanda blogger itu mahu menyerahkan kembali kerusi yang dirampasnya. Buat sementara waktu, Pegawai IT PAS Perak itu terpaksa bersidang di atas lantai pejabat.

Speaker kereta salah seorang penyokong Pakatan Rakyat telah dicuri. Aikkk… speaker keter punya citer pun masuk???

ADUN BN Kenering, Hasbullah kelihatan mulai tidak dapat menahan sabarnya ketika ini.

Sidang DUN dimulakan kembali. Speaker Halal sedang bertekak dengan Speaker Haram ketika ini. Usaha membawa Tuanku Raja Muda masih tidak kesampaian. Aku rasa lebih baik Tuanku Raja Muda berangkat pulang dari terus menjadi orang bodoh menanti pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini.

Polis telah menuju masuk ke dalam dewan untuk menurunkan Speaker Halal.

Bomoh aku tidak berehat untuk memberikan laporan terkini. Diberitakan sekiranya selepas rehat sejam ini, Speaker DUN yang sah, YB Sivakumar tidak berganjak dari kerusi speaker, pihak polis akan dibawa masuk kedalam dewan untuk membawanya keluar secara paksaan.

Polis masuk dewan? Dalam BN, macam-macam boleh.

Sidang DUN ditangguhkan sejam oleh speaker Haram untuk renew power mandrem yang telah berkurangan.

Kita minummmm dulu. Erkkk mana YB yang janji nk banjer aku minum nih. Kena kidnap polis gak ke. Isk isk iskkk…

Menurut bomoh aku jugak, pasukan yang akan menentang Man U di final Champions League nanti adalah pasukan Barcelona, selepas pasukan itu seri 1-1 dengan Chelseal awal pagi tadi.

Cheh, apala bomoh aku ni. Time kecoh camnih pun leh wat lawak. Marah dek Cenangau nanti. Hik hik

Speaker DUN Perak, YB Sivakumar telah diusung keluar dewan oleh ADUN BN. Ganesan mengangkat sumpah sebagai speaker DUN Haram yang baru.

MB Haram, Speaker Haram, Babi pun haram. Maknanya MB ngan Speaker segolongan dengan makhluk mughalazah tu.

YB Husam Musa, telah diiring polis ke penjara bergerak berhadapan bangunan SUK Perak. Namun polis tidak menahan sebaliknya membebaskannya dan menyuruhnya jangan menghampiri tempat larangan.

Setiausaha DUN yang baru, Ust. Misbahul Munir meluahkan perasaan kecewanya kepada sikap polis yang tidak membenarkannya masuk kedalam untuk menjalankan tugas sedangkan pengawal keselamatan pintu masuk bangunan SUK telah memberi keizinan.

Kedudukan ADUN-ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Perak masih kekal seperti sebelum ini. Tiada perubahan tempat duduk. So ADUN BN masih kekal di seat pembangkang. Tahniah. Berita gempar, Hee, Timbalan Speaker cuba mengambil alih kedudukan Speaker.

Maklumat terkini dari bomoh import aku, Raja Muda tidak mahu meneruskan sidang DUN Perak sehingga susunan kerusi ADUN-ADUN selesai.

Pegawai IT PAS Perak kehilangan kamera DSLR nya yang tidak sampai setahun dibeli apabila Ketua Pemuda Tambun yang diamanahkan mengambil gambar menggunakan kamera itu telah ditahan polis sebentar tadi. Harapnya ia bukanlah strategi untuknya memenangi jawatan EXCO DPPN pada muktamar DPPN 10 Mei depan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang akhirnya berjaya melepaskan diri dari kepungan polis dan selamat tiba ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak sebentar tadi. Tiada sebarang kecederaan fizikal dilaporkan. Mungkin sakit hati ngan polis je sket kot. Dah kene sejuk ekon, kembali tenang nampak gayanya.

Suasana sidang Dewan Undangan Negeri Perak Kecoh apabila Raja Muda Nazrin masih belum dapat memulakan ucapan titah diraja disebabkan speaker DUN, YB Sivakumar telah mengarahkan 7 ADUN BN termasuk Mamak Zombie dan 3 ADUN Bebas keluar dewan.

Tunggu laporan selanjutnya dari bomoh yang aku importkan khas ke dalam Dewan.

Aku sampai di parking Kinta Riverfront hampir jam 8.30 pagi. Kelewatan yang disengajakan oleh Rizal. Untuk menjadikan alasan kelewatannya lebih bersifat realisitik, dia mengarahkan aku sebelum itu supaya singgah dimana-mana kedai berdekatan untuk membeli sebotol ubat batuk cap Ibu dan Anak Ayam.

Sampai, kelihatan sdr. Shah menunggu bersama Egonya yang baru. Jgn salah sangka, bukan beli guna duit balak ekk.

TYDP aku, Azmi berpimpinan tangan dengan anaknya diseberang jalan. Mantap beb. Bawak anak.

Sebelum itu sdr. Shah maklumkan kepada aku, kumpulan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat telah berkumpul dihadapan Hotel Grand View, tempat mereka menginap malam sebelumnya. Mereka mulai bergerak 15 minit kemudian diketuai kereta polis.

Aku menggunakan kuasa veto sebagai pekerja didalam area Bandar Ipoh Raya akhirnya berjaya melepasi sekatan dan halangan yang dibuat oleh pihak keselamatan. AlhamduliLLah, x berani deme nak sentuh tubuh badan aku. Kuatnya aku, dengan gaya ego walaupun masih belum cukup duit untuk memiliki motor Ego sepertimana yang dimiliki oleh sdr. Shah itu. Tunggula kot dapat kompartment balak nanti, aku borong selori Ego tuh, egoku melonjak-lonjak.

Di belakang aku, gerombolan penyokong PR diketuai sdr. Salahuddin Ayub juga berjaya melepasi halangan tersebut. Mungkin disebabkan beliau public figure, memudahkan urusannya. Kelihatan beberapa yang tidak dikenali mengikut sama rombongan gerombolannya itu.

Sampai di hadapan venue, kelihatan sudah ramai penyokong PR menunggu berhampiran pejabat DAP. Pihak FRU dan CID (Criminal Investigation Department) telah bersiap-sedia menanti arahan ketua.

Mangsa pertama yang ditangkap ialah anggota Unit AMAL Perak, kawasan Tambun, saudara Jamal. Tabik spring aku kat dia. Aku kenal siapa dia. Korang x yah ulas apa-apa pasal dia dah dalam ruangan komen kang.

Setelah berlaku beberapa tangkapan, seorang mangsa tangkapan lain berbangsa Cina diperlakukan dengan agak kasar oleh pihak polis. Dia cuba melawan namun disebabkan begitu ramai polis yang mengerumuninya, usahanya itu gagal. Jalannnn…

Aku mengikuti bro. Ramdhan membuat liputan video. Guna kamera baru beb. Seghiau polis usik. Takut kamera tu luka, abis ilang gaji setahun. Haha.

Lastly, dh tenang semua, aku beransur-ansur kepejabat. Ketika itu, mangsa tangkapan terakhir ialah sdr. Salahuddin Ayub, AP Kubang Kerian. Pegawai khasnya bagaimanapun tidak diapa-apakan polis. Sdr. Salahuddin sempat mengamanahkan kepadanya setin air minuman 100 plus untuk dikongsi bersama-sama penyokong PR. AlhamduliLLah aku antara yang dapat meneguk air tersebut. Berpahalalah sdr. Salahuddin kerana membantu melepaskan dahaga sahabt-sahabat seperti aku ni.

Sekian coretan yang dapat aku laporkan arinih.

i

2 Responses to “Black 7th. May”

  1. uma Says:

    bro,
    bubuh shoutbox senang skit wa nak myalak…haha

  2. uma Says:

    awat misbah turun lewat… ? dia x tido kat SUK ke?hehe.
    dah tahu perang ala gerila..
    so guna pakai lah cara gerila…haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: