Terkini di Perak…

May 11, 2009

Hupdate

6.08 ptg

Sekarang rakyat Perak sudah tahu siapa yang menderhaka tuanku Sultan Perak dan Raja Muda Perak. Sekarang rakyat sudah tahu siapa yang memalukan tuanku Sultan Perak dan Raja Muda Perak.
Hukum Najib, Zahid Hamidi dan ADUN² Be End Perak. Hukum mereka segera. Pastikan mereka tidak dapat bertapak kembali di bumi Perak ini. Mereka inilah yang memalukan tuanku Sultan Perak dan Raja Muda Perak.

Najib, kamu dah tersepit, baru nak ajak kerjasama. Kamulah petualang sebenar di Perak ini.

6.04 ptg

Nampaknya, persekitaran bangunan SUK Perak telah dihurungi semut merah yang tersangat ramai. Oleh itu, sambil mengeteh di restoran-restoran berhampiran, jagalah mulut anda. Jangan celupar. Anda sedang diperhatikan. Sila pandang belakang.

5.46 ptg

Terkini, tidak sampai 10 mnt , pihak keselamatan FRU telah memenuhi perkarangan masuk bangunan SUK Perak. Kelihatan turut berada di situ sebuah ‘water cannon’. Diberitakan akan ramai lagi anggota pasukan keselamatan akan ditempatkan di situ. Ipoh sekali lagi menjadi destinasi paling selamat di dunia ketika ini. Bagi aku, inilah antara jasa terbesar MB Haram, Zambry Kadiaq selama memerintah Perak selama hampir 5 hari ini.

5.20 ptg

Tidak ada perkumpulan penyokong Pakatan Rakyta berkumpul di hadapan bangunan SUK Perak. Juga tiada sebrang sekatan yang dilakukan oleh pihak keselamatan di situ. Aku mohon penyokong Pakatan Rakyat berhati-hati apabnila menerima ‘sms’ berunsur provokasi.

Arahan Mursyidul ‘Am mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat melakukan solat sunat 2 rakaat beserta sujud syukur dan berpuasa sehari pada hari esoknya.

4.56 ptg

Ura-ura mengatakan hakim yang mengadili kes Hj. Nizar dan Zambry Kadiaq sebentar tadi bakal ditukarkan ke mahkamah syariah Pulau Ketam. Aku masih menantikan maklumat sahih berkenaannya.

4.51 ptg

Sekiranya Mahkamah Rayuan mengekalkan kemenangan Hj. Nizar nanti, satu lagi sejarah bakal dicatatkan di negeri Perak apabila MB Haram Zambry Kadiaq adalah Menteri Besar paling singkat memerintah negeri Perak dan mungkin juga di seluruh dunia.

4.45 ptg

SUK Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim seakan-akan telah mengetahui keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan kes pengisytiharan siapakah Menteri Besar yang sah di Perak apabila telah mengarahkan staf pejabat SUK pulang lebih awal dari kebiasaannya.

Persoalannya siapakah yang mendakwa SUK Perak ini menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Be End sedangkan tindakannya memberi staf pejabat pulang lebih awal dilihat seolah-olah meraikan kemenangan Hj. Nizar.

Apa yang perlu dipastikan, adakah arahan SUK Perak dengan memberi perlepasan awal kepada staf pejabatnya itu satu tindakan yang betul atau bercanggah dengan peraturan.

i

‘Beta ingin bekerjasama lagi dengan Pakatan Rakyat’ – bisikan Raja Muda kepada Nizar sewaktu dipanggil sebelum tuanku RM menitahkan titah diraja.

i

Sebelum ini, aku memang dh gatai sangat nak menulis hint yang diberikan oleh Raja Muda kepada Nizar sewaktu pembukaan sidang DUN Haram Perak tempohari. Aku cuba jugak meneliti apakah maksud yang cuba disampaikan oleh tuanku Raja Muda ketika itu. Dan akhirnya ketika itu, aku dapat agak yang keputusan hakim pastinya menyebelahi Hj Nizar. Dan akhirnya seperti yang diperakui oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sebentar tadi telah mengisytiharkan bahawa Hj. Nizar masih kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Takbirrrrrrrrrr… ALlahuakbar 3x

i

Bacaan Santai…

May 11, 2009

PAS terima ketua walau profesional

PAS tidak akan berpecah belah walaupun jawatan utama termasuk presiden dan timbalannya akan ditentang dalam muktamar awal bulan depan, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

Jauh sekali PAS akan berpecah. Siapa yang dipilih itulah pemimpin kita.

“Ahli PAS telah bijak. Kalau presiden dan timbalan daripada ulama, naib presiden daripada profesional.

“Tetapi kalau ahli pilih kesemuanya golongan profesional untuk jawatan presiden, timbalan dan naib preiden, kita terima juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu itu diminta mengulas perebutan antara golongan ulama dan profesional dalam pemilihan PAS, awal bulan depan.

Antara yang hangat diperkatakan, jawatan timbalan presiden PAS  yang disandang Nasharuddin Mat Isa ingin dicabar dua naib presidennya sekarang, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali – masing-masing pesuruhjaya negeri – dilaporkan turut berminat jawatan tersebut.

Harun berkata, selagi dua golongan itu saling menghormati antara satu sama lain, mereka akan menguatkan parti.

“Golongan ulama tidak memperlekeh profesional, profesional tidak memperlekehkan ulama.

“Kerana gandingan ulama dan profesional menguatkan PAS. Parti lain tidak macam ini (PAS),” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam muktamar kali ini, Harun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan kerana mahu menunggu mesyuarat kawasan selesai.

Secara berseloroh, beliau berkata, belum ada kawasan yang mencalonkan beliau untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini.

Dalam muktamar PAS di Kota Bharu pada 2006, Harun bertanding jawatan timbalan presiden tetapi kalah kepada Nasharuddin.

*sumber berita Malaysiakini

i

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak dalam Muktamar Pemudanya telah memilih Ust. Zawawi Hassan sebagai Ketua Dewan Pemuda Negeri yang baru. Beliau yang bertanding merebut jawatan tersebut bersama seorang lagi calon, Raja Iskandar. Muktamar yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping itu dihadiri oleh hampir 200 perwakilan dari 24 buah kawasan seluruh negeri Perak, termasuklah AJK DPPN Perak sendiri. Untuk rekod, Ust Zawawi @ Ust Awi sebelum ini menjawat jawatan Naib Ketua DPPN Perak.

Dengan kemenangan ini, beliau mengulangi sejarah Naib Ketua menjadi Ketua sepertimana yang berlaku pada Muhaimin Sulam dahulu. Cuma kali ini perubahan jawatan ditentukan dengan pertandingan bukan dengan muqabalah ataupun konsep syura. Bagi jawatan Timb. Ketua DPPN pula telah dimenangi oleh Ust. Nuri manakal jawatan Naib Ketua DPPN pula oleh sdr. Salman Saleh, Ketua DPPK Ipoh Timor. Kedua-duanya memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding. Jelas kali ini, DPPN Perak masih meneruskan tradisi sebelum-sebelum ini dengan meletakkan ulamak sebagai peneraju sementara dibantu oleh para professional.

Nampak gayanya kali ini, bukan Kelantan sahaja Naib Ketuanya berjaya dipilih menjadi Ketua DPPN, tetapi turut menjangkiti negeri Perak ini. Akhir kata, tahniah dari Budak Ipoh Timor terutama buat para perwakilan DPPK. Moga pengalaman yang hadiur semalam dapat dipelajari dengan sebaik-baiknya bagi melonjakkan pemuda kita lebih cemerlang. Mudah-mudahan dengan kepimpinan DPPN yang baru ini lebih memantapkan lagi pemuda dalam menghadapi era yang lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

‘Bersama Kepimpinan Ulamak  Dan Yang Sentiasa Merujuk Ulamak’

i

* gambar cilok dari sini

i