Bacaan Santai…

May 11, 2009

PAS terima ketua walau profesional

PAS tidak akan berpecah belah walaupun jawatan utama termasuk presiden dan timbalannya akan ditentang dalam muktamar awal bulan depan, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

Jauh sekali PAS akan berpecah. Siapa yang dipilih itulah pemimpin kita.

“Ahli PAS telah bijak. Kalau presiden dan timbalan daripada ulama, naib presiden daripada profesional.

“Tetapi kalau ahli pilih kesemuanya golongan profesional untuk jawatan presiden, timbalan dan naib preiden, kita terima juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu itu diminta mengulas perebutan antara golongan ulama dan profesional dalam pemilihan PAS, awal bulan depan.

Antara yang hangat diperkatakan, jawatan timbalan presiden PAS  yang disandang Nasharuddin Mat Isa ingin dicabar dua naib presidennya sekarang, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali – masing-masing pesuruhjaya negeri – dilaporkan turut berminat jawatan tersebut.

Harun berkata, selagi dua golongan itu saling menghormati antara satu sama lain, mereka akan menguatkan parti.

“Golongan ulama tidak memperlekeh profesional, profesional tidak memperlekehkan ulama.

“Kerana gandingan ulama dan profesional menguatkan PAS. Parti lain tidak macam ini (PAS),” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam muktamar kali ini, Harun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan kerana mahu menunggu mesyuarat kawasan selesai.

Secara berseloroh, beliau berkata, belum ada kawasan yang mencalonkan beliau untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini.

Dalam muktamar PAS di Kota Bharu pada 2006, Harun bertanding jawatan timbalan presiden tetapi kalah kepada Nasharuddin.

*sumber berita Malaysiakini

i

3 Responses to “Bacaan Santai…”

  1. uma Says:

    statement cukup bijak dari ex ketua dewan ulamak PAS.
    Merangkap adun manir.

    elok kasi tukar je ketua dewan ulamak PAS. haha

  2. mie.. Says:

    x setuju…seelok2 nya PAS hendaklah di ketuai oleh ulamak…biar lain2 jawatang dipegang olih gol.pro

    • uma Says:

      klu x setuju
      just lobi kwn2 agar ulamak yg lu suke dpt jawatan tu.
      xpayah bising2 kasi peluru
      bg kat pihak tertentu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: