Ape Kabo Perak???

May 12, 2009

Aduh malunye akuuu. Mana nak letak muka nihhh

Aduh malunyaaa aku, mana nk letak muka ni…

Hupdate

Zambry Kadiaq berjaya tangguh keputusan mahkamah sebentar tadi. Berita di sini. Nampak gayanya bergelora balik laaaa. Pasukan keselamatan dh bergegas naik ke bangunan SUK untuk menghalau saki baki geng Pakatan Rakyat dalam bangunan tu. Makluman dari orang dalam sebentar tadi.

Perak kembali tenang setelah bergelora hampir 4 bulan. Inilah kehendak rakyat selama hampir 4 bulan ini. Kerajaan rampasan kuasa Be End telah berakhir dengan keputusannya diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Zambry Kadiaq dengan nada kecewa setelah mengetahui bahawa dirinya merupakan MB paling singkat dalam sejarah negeri Perak, meminta rakyat negeri Perak supaya bersabar dan menerima keputusan mahkamah. Malangnya sebelum ini, dia jugalah orangnya yang tidak sabar  dengan keputusan rakyat yang menolak Be End pada PRU ke-12 yang lepas, lantas bersama-sama Najib merampas kerajaan Perak dengan jalan yang haram. Hebat sungguh lakonannya ketika ini. Mungkin beliau tidak perlu risaukan kerjaya barunya selepas ini kerana terdengar ura-ura Datok Jins Shamsudin akan memfilemkan kisah yang penuh tragis ini ke layar perak.

Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat dan Exco Kerajaan Negerinya yang pertama selepas memenangi kesnya semalam, Hj. Nizar juga telah mengambil langkah drastik dengan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dengan digantikan oleh Timbalan masing-masing. Namun sehingga jam 2 ptg tadi, maklumat yang diterima dari dalam bangunan, SUK yang lama masih berdegil untuk mematuhi arahan tersebut. Kemungkinan beliua bakal menerima nasib sepertimana yang berlaku pada Speaker Perak yang sah, YB Siva apabila diangkat dan dicampakkan keluar.

Pagi tadi juga, buat pertama kalinya Hj Nizar beserta barisan Exconya berjaya memasuki bangunan pejabat pentadbiran tanpa halangan pihak keselamatan. Namun beliau hanya mengambil masa sebentar sahaja kerana terpaksa bergegas ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan bagi menghadiri istiadat penganugerahan darjah kebesaran kebawah duli Tuanku Sultan Perak.

Episod menarik ini bakal bersambung sekembalinya beliau ke Ipoh sedikit masa lagi. Nantikan bersama-sama.

i

3 Responses to “Ape Kabo Perak???”

  1. uma Says:

    raja thai ada gak leh pakai.

  2. we dasan Says:

    salam yop

    ape habo Ipoh leboh aje malam ni

    • shamsuleffendey Says:

      salam. mana x lebohnye yop, kejap bebenor merase masuk pejabat. Dah jadik cam Japon lak Peghok nih. Huk huk


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: