Hot!!!

May 13, 2009

Hamidah

Ape halnya pulak dengan Hamidah, ADUN Sg. Rapat nih? Dengo citer ada isu panas berkenaan dengan makcik ni. Tapi kena tunggu esok le klau nak tau pebenda yang kecoh sangat isunya. Aku harap xde la sampai memalukan Mamak Zambry tuh. Baru nak eksyen dapat masuk pejabat MB tuh, terpaksa lak melayan isu malatop si Midah ni. Doakan sesama ek. Tok moh aku ngah berasap. Nak panggil jin gamaknye. Haha.

Midah ooo midah. Sabaq ek. Tunggu esok je le. Chet gemuruh lak dada aku nih.

Tungguuuuuuu

i

Perak Saga…

May 13, 2009

klik gambar untuk sumber poster

i

Al-Fatihah…

May 13, 2009

Hupdate

1.25 ptg

Hj. Nizar akan menziarahi jenazah ALlahyarham Tuanku YM Raja Baharom sekitar jam 2 ptg ini dikediamannya, di Taman Canning, Ipoh, Perak. Diharapkan sesiapa yang dapat hadir bersama-sama meramaikan kunjungan MB Halal Perak ini.

Aku baru sahaja mendapat satu perkhabaran sedih dari Muhammad K.Y.Tiang bahawa kekanda kepada Sultan Azlan Shah telah kembali kerahmatuLLah sebentar tadi dikediamannya di Taman Canning, Ipoh. Ini menambahkan lagi kesedihan yang melanda rakyat negeri Perak dan juga Sultan yang memerintah terutamanya. Lepas satu, satu rakyat Perak dilanda ujian. Kebetulan sekarang ini rakyat masih berkabung diatas keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan penangguhan diatas keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur kelmarin. Sekiranya pihak keselamatan ingin melarang orang ramai dari memakai baju berwarna hitam, adakah mereka berani melarangnya hari ini???

Apapun takziah aku ucapkan buat keluarga ALLahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang dilindungi ALlah SWT.

Al-Fatihah…

i

Hangin…

May 13, 2009

Hari nih aku naik hangin. Bukan pasai Zambry mamak tu dah boleh masuk pejabat SUK tu. Bukan pulak pasai SUK dan Penasihat Undang-Undang tu dah boleh berkhidmat semula untuk Be End Perak. Tapi sebab lain.

Entah jembalang mana yang merasuk talian streamyx aku nih, asyik terputus-putus jek. Duit dah bayar. Line ok. Bil xda sangkut. Duk tengah pekan. Apa lagi??? Komputer baru, phenom venom lagik. Isk isk iskkkk… Dah jadi drakula lak ke TM ni? Duk isap darah marhain jek. Bukan 1st. time aku dengar masalah camni. Untung berlipat ganda, tp service still cap ayam. Hampeh. Ni la masalahnya bile perniagaan dimonopoli oleh satu pihak je. Aku bukak dalam Berita Harian ruangan surat pembaca pun ada masalah camni. Senang jek jawaban dari Unit Komunikasi Korporat Kumpulan TM. Suhnya pengguna report ke Talian 100. Aku dh naik haus bunga jari nih dail no tuh. Apah ke idak. Manjang bz nye. Baik x yah wujudkan talian tu weh oiiiii. Hangin satu badan nihhh.

i