Hot!!!

May 14, 2009

Satu kenyataan media dan laporan polis telah dibuat oleh Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat berhubung salah laku ADUN Sg. Rapat, Hamidah Othman yang dikaitkan terlibat dengan kumpulan samseng Melayu. Hamidah didakwa mengarahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa ditarik balik dan kes berkenaan ditutup. Berikutan dengan arahan itu, 4 laporan polis juga telah dibuat membantah salah laku ADUN berkenaan dan juga pegawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kes ini.

Disertakan kenyataan media dan laporan polis berkaitan kes semalam di bawah ini untuk pengetahuan anda.

Panas panas panassssss!!!

i

Kenyataan Media 1

Kenyataan Media 1

Kenyataan Media 2

Kenyataan Media 2

Report Polis 1

Report Polis 1

Report Polis 2

Report Polis 2

Report Polis 3

Report Polis 3

Report Polis 4

Report Polis 4

i

8 Responses to “Hot!!!”

  1. rozlan Says:

    Budak Ipoh

    Gangster tu dari kumpulan gangster melayu mana?Maksud saya apa nama kumpulan tu?

    • shamsuleffendey Says:

      entah, idak le pulak teman selidik. cuma yang teman tau samseng melayu ni satu cabang je le.

  2. uma Says:

    laporan dari Sinar Harian 14/5/09:

    Pas negeri minta rakyat bertenang, yakin keputusan Sultan

    IPOH – Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, menasihati seluruh rakyat negeri ini supaya bertenang dan bersabar berikutan krisis yang berlaku.

    Ketuanya, Mohd Zawawi Abu Hassan dalam satu kenyataannya berkata, krisis berkenaan yang melibatkan Perlembagaan Negeri mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sudah berpanjangan ini tidak seharusnya menjadikan penduduk di sini menjadi tidak tentu arah.

    Menurutnya, beliau berharap semua pihak akan menghormati undang-undang dan demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan kita selama ini.

    “Kami juga bertegas akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak demi untuk memulihkan kembali demokrasi di Perak.

    ”Keputusan yang dibuat amatlah perlu dan dialu-alukan supaya tidak akan berpanjangan lagi,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya amat yakin keputusan Sultan Perak sudah pasti akan berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.

    “Setelah keputusan dari pihak Sultan Pemuda Pas berpendapat bahawa keharmonian dan kesejahteraan rakyat Perak seluruhnya akan kembali seperti biasa selepas semuanya berakhir,” katanya.

    Keputusan Sultan Perak

    Sultan Perak titahkan Mohammad Nizar letak jawatan

    Utusan Malaysia (05/02/2009): Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

    Berdasarkan apa yang telah dan sedang berlaku yang banyak memberikan indikasi tentang sikap Sultan Perak serta apa yang dilaporkan sebagai telah dinyatakan oleh Sultan Perak kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berikut ialah kemungkinan amat besar tentang keputusan Sultan Perak yang ditunggu-tunggu oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang “bertegas akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak”:

    Sultan Perak mungkin tidak perkenan bubar DUN

    Utusan Malaysia (13/5/09): Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah semalam, tidak mungkin mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan, ini kerana Mohammad Nizar tidak mempunyai sokongan majoriti daripada DUN untuk memohon perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN.

    Katanya, hanya Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan DUN jika Mohammad Nizar mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

    ”Dalam perlembagaan negeri, dua kuasa yang dimiliki sultan ialah melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN. Kalau seseorang menteri besar mengadap sultan meminta DUN dibubarkan tetapi sultan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sokongan majoriti, DUN tidak akan dibubarkan.

    ”Dalam kes di Perak, kalau Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah dan tuanku tahu menteri besar kehilangan majoriti, tuanku tidak akan membubarkan DUN dan tidak perlu diadakan pilihan raya negeri,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup persidangan pegawai-pegawai biro bantuan guaman di Cherating di sini hari ini.

    Beliau mengulas rancangan Mohammad Nizar yang akan memohon restu Sultan Perak secepat mungkin untuk membubarkan DUN selepas diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

    Mohammad Nizar berkata, pembubaran DUN bertujuan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang betul dan sah.

    Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menjelaskan, kedudukan Speaker DUN, Datuk R. Ganesan tidak terjejas walaupun Mohammad Nizar diisytihar sebagai Menteri Besar Perak.

    Malah, tegas beliau, Ganesan berkuasa untuk memanggil DUN bersidang secepat mungkin.

    ”Tujuan kita memanggil bersidang ialah untuk membuat satu usul menentukan majoriti bahawa Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam DUN,” jelasnya.

    Dengan usul menentukan majoriti itu, kata beliau, permohonan Mohammad Nizar untuk mendapat perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN tidak akan dapat dilaksanakan.

    Bagaimanapun, jelas beliau, Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat usul undi tidak percaya kerana usul sedemikian tidak pernah wujud dalam mana-mana DUN dan Parlimen di negara ini.

    ”Tiada peruntukan dalam mana-mana DUN atau Parlimen bahawa wujud undi tidak percaya terhadap seseorang,” katanya.

    Syabas Dewan Pemuda PAS Perak! Sikap yang benar-benar melambangkan sifat fatonah! Penuh wala’, penuh thiqah! (Imej di atas dari Berita Harian 11/5/09)

    Berkaitan:
    PM: Bertenang, jangan terlalu teruja… (Malaysiakini 11/5/09)

    http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/thiqah-dan-wala-dpp-perak-kepada-sultan.html

    ————————————————————————————————————

    apa komen lu bro?hehe

  3. uma Says:

    haha,
    kang sultan suruh nizar letak jawtan
    dan pilih zambry jadi MB
    lu org & wa gak bising…
    alih2 kata leh terima apa jua sultan kata…hehe

    statement biorlah mantap skit,
    lu tolong pastekan arkitel tu kat email ketua pemuda PAS Perak..hehe

  4. wak kanchong Says:

    bro! biar kita lihat diri kita kotor dari melihat diri kita bersih, kerana bila kita lihat diri kita kotor, kita boleh membersihkan kotoran itu. Tetapi bila kita lihat diri kita bersih, kotoran itu juga akan kita anggap bersih. itu yg terjadi pada umno yg sentiasa anggap dirinya bersih hingga yg haram pun menjadi halal.haribaaaaaa andeleeeee

  5. anak melayu Says:

    Sama sepertimana bekas ketua singapura dulu di mana beliau telah belajar bahasa melayu, belajar tulisan jawi, bergaul dgn org melayu, mengambil hati org melayu hingga munculnya golongan melayu yg berpegang kepada prinsip semua bangsa samarata dan tiada hak yg istimewa untuk mana-mana kaum. Org melayu diberikan jawatan tinggi dan memegang jawatan no. satu dlm parti bukan melayu. Ye, utk 1 penggal org melayu beratas di atas. Tetapi lama kelamaan keadaan berubah dan janji –janji pun berubah hingga melayu tidak lagi di atas . bahkan kaum ketiga yg minoriti mempunyai kedudukan lebih tinggi dan diberi jawatan tinggi berbanding org melayu sendiri. Akhirnya melayu singapura melukut di tepi gantang. Apakah itu keadaannya akan berlaku di Tanah Melayu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: