Iklan Lucah…
May 14, 2009
…
Sementara menunggukan masuknya waktu ‘Isyak sebentar tadi, aku sempat bukak tv untuk mengikuti perkembangan politik semasa termasuk berita politik Perak yang agak panas ketika ini. Adakah Najib Razak berani mengumumkan pilihanraya semula DUN negeri Perak? Kalau ikutkan kata Che Det yang menjadi penasihat politik tidak rasmi Najib tu, kompom Be End xkn buat. Kalau ikutkan tinjauan pengirim ‘sms’ di berita jam 7 NTV7 tadi juga memurnikan lagi pandangan Che Det tu. Tapi bukan ini yang aku nak bangkitkan.
Apa yang aku nak bangkitkan berkenaan satu iklan syarikat penerbangan yang agak melampau pada pendapat aku. Syarikat tersebut, Air Asia mengiklankan pengalaman 2 orang penumpang menggunakan model terbaru kapal terbangnya, Airbus.
Pengalaman seorang cucu dan neneknya yang menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia kepada kedua ibu-bapanya. Tiba-tiba terpapar adegan lucah yang dipertontonkan kepada umum kemudiannya, yang tidak patut sama sekali diperkatakan oleh budak kecik tersebut. Gambar ketika itu menfokuskan bontot dan payudara pramugari yang dikatakan ‘HOT’ oleh neneknya itu. Babak akhir iklan sekali lagi memaparkan gambar kandid yang diambil budak kecik tersebut menunjukkan bahagian bontot pramugari yang memakai skirt ketika itu. Umum pasti dah tau skirt merupakan pakaian rasmi pramugari syarikat Air Asia itu. Sementara itu ibu-bapanya yang membaca kisah itu didalam poskad yang telah dikirim oleh anaknya itu hanya tersenyum gembira.
Amatlah memalukan bagaimana budak kecik yang masih bersih akal fikirannya telah dikotori dengan iklan-iklan sebegini. Ianya mungkin bakal menarik minat kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk meniru lakonan budak kecik tersebut. Bayangkanlan bila dah besar budak ini, apa yang akan diwarisi dari sikapnya sejak kecik itu?
Jangan hairan jika masalah gejala rogol dan sumbang mahram akan lebih kerap menghiasi dada akhbar dan media massa kita selepas ini sekiranya masalah sebegini tidak dibendung. Bukti kebejatan akhlak yang ditaja oleh kerajaan UMno Be End. Seharusnya kita bersama-sama berganding bahu mengutuk sekeras-kerasnya tayangan iklan ini agar anak kita tidak menjadi mangsa dikemudian hari nanti. Apa kata anda?
i
May 15, 2009 at 11:31 am
yoeb,
airasia bukan taja MU ke?
May 17, 2009 at 9:33 am
tu yang Rosmah suka tu … lucah lucah … anak beranak sama ja …. keturunan anak haram kot depa ni …
May 18, 2009 at 3:28 pm
tak der ceter baru ke deeeyyy
October 14, 2009 at 11:02 pm
Komen: Mungkin kanak-kanak dan nenek tersebut gembira kerana perkhidmatan lain dan tidak bermaksud suka kepada yang terlampau itu tetapi arkitek iklan telah menganiayai mereka. Saya syorkan kanak-kanak dan nenek tersebut membuat saman malu.
May 15, 2009 at 1:21 pm
Setuju sangat … dah banyak iklan sekarang yang tak ada nilai moral…. seolah-olah negara ini bukan negara Islam.. dan itu yang dibanggakan.
October 18, 2009 at 10:58 pm
bodo la korang ni….bila benda2 mcm ni jadi lu orang terus salahkan orang lain…. cuba2 lah renung diri sendiri…weiii “hancur UMNO”, agak2 kalau wa kata lu anak haram, lu marah tak???
October 23, 2009 at 6:56 pm
cakap tuduh orang anak haram aku pon x sokong, tapi perkataan hancur UMNO tu aku sokong a, dah x releven da pun. UMNO dan sekutu patutu berundur.
December 31, 2009 at 10:50 am
Assalamualaikum,
Saya sangat setuju dengan pandangan anda. Akhir-akhir ini terlalu banyak iklan dan juga drama2 di tv dan juga majalah yang seolah2 menghalalkan perkara ini dan perkara ini amat meresahkan saya sebagai ibu kepada dua anak kecil dan saya percaya terdapat ramai kaum ibu di luar sana yang sependapat dengan saya
January 30, 2011 at 11:14 am
gambar lucah budak ipoh