Kembali…

May 19, 2009

Lama x menjenguk laman aku nih. Agak kesibukan mengurus diri yg dilanda demam orat. Lemah badan dibuatnya. X leh nak buat apa2. AlhamduliLlah hari ni mampu menjalankan tugas-tugas ringan.

Apa kabar Penanti agaknya? Berapa ramai calon bebas yang akan bertanding kali ini? Mungkin lebih ramai dari PRK Bukit Selambau dahulu. Adakah UMno menyembunyikan nafsunya untuk bertanding pada PRK Penanti ini disebalik calon upahan yang mengistyiharkan diri mereka sebagai calon bebas?

Jawapannya tentulah YA. Mana mungkin UMno Be End tidak bernafsu dengan setiap pilihanraya di Malaysia ini. Sekiranya benar mereka ini tidak bernafsu, kita terpaksa akui bahawa memang hayat mereka sudah berada dipenghujungnya. Umpama insan yang telah memenuhi syarat utk kembali ke pangkuan penciptanya, apa jua rezeki yang disuapkan kedalam mulutnya, pastinya akan terluah kembali. Begitu jugalah UMno Be End kali ini. Oleh itu kalau tidak mahu diperkatakan sebegitu, ubah segera keputusan yang telah dibuat. Biar kalah secara jantan dari menang secara betina. Pepatah yang aku reka sendiri selepas demam ni.

Cumanya aku lebih tertarik dengan teori bahawa dengan membiarkan kerusi Penanti tidak ditandingi oleh UMno Be End nanti adalah kerana ingin memberi tumpuan kepada pilihanraya semula DUN negeri Perak yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Seandainya tewas di Penanti nanti, sudah tentu moral tentera Be End akan terus merudum dan akan memberi lebih peluang kepada Pakatan Rakyat menambah majoriti kerusi di DUN Perak itu nanti. Sebarang kekalahan besar di pilihanraya semula DUN Perak pastinya menguburkan terus cita-cita mereka utk merampas kembali negeri-negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Inilah fokus utama UMno Be End dari sebuah kerusi yang pastinya akan dimenangi oleh parti PKR kelak. Mereka menolak ghanimah yang kecil demi mencari habuan yang lebih besarrrr. Ada logik kah???

Bagaimana dengan muktamar PAS Pusat pula? Aku harap segalanya berjalan lancar. Ust. Harun Taib kembali menerajui Dewan Ulamak setelah menjadi calon tunggal untuk jawatan itu. Ketua Pemuda menyaksikan pertandingan 2 penjuru kedua-duanya dari Pantai Timor. Ketua Dewan Muslimat menyaksikan 4 penjuru.

Satu yang menarik perhatian adalah kenyataan dari Tuan Guru Presiden, Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang berkenaan isu politik wang yang telah dibangkitkan oleh Ketua Dewan Ulamak, Ust Muhammad Daud Iraqi sebelum ini. Ternyata keghairahan Ketua Dewan Ulamak itu utk berpolitik memakan diri sendiri apabila tiada kes salah laku rasuah yang wujud. Malah ketika ditanya oleh Malaysiakini adakah beliau mempunyai bukti sahih berlakunya amalan rasuah tersebut, beliau berkata tidak mempunyai bukti yang sahih dan ketika ditanya lagi adakah beliau menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan, sekali lagi beliau berkata tidak.

Aku tidak ingin mempertikaikan ketinggian ilmu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat ini, tetapi kita juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan walau setinggi mana pn ilmu kita. Kalau ulamak pun melakukan kesalahan, apa sangatlah orang kebiasaan seperti aku. Proffesional lebih lagi. Ada bidang yang ulamak lebih kehadapan, dan ada bidang yang proffesional kehadapan. Yang pasti, usaha menonjolkan diri pada media masa adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pimpinan. Apa salahnya merujuk kes salah laku itu kepada parti terlebih dahulu. Mengadu masalah parti kepada media seolah-olah membuka peluang kepada pihak musuh menyerang parti kita. Yang ini, aku rasa Ust Daud Iraqi perlu belajar dengan Husam. WALlahua’lam.

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: