Sah…

May 22, 2009

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan bahawa Mahatma Nelson Zambry Kadeer adalah MB Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu, yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam telah sebulat suara menerima rayuan Zambry dalam tempoh masa tidak sampai sepuluh minit.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan TAHNIAH kepada barisan hakim yang membuat keputusan sebentar tadi. Mudah-mudahan jasa baik kalian dalam membuat keputusan bakal dikenang sehingga 7 generasi lamanya, insyaALlah.

*sumber Malaysiakini

i

Al-Fatihah…

May 22, 2009

Berita sedih yang ku baca sebentar tadi melaporkan bahawa ADUN Manek Urai, Kelantan iaitu Hj. Ismail Yaakob telah kembali kerahmatuLLah selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Aku mengambil kesempatan mendoakan roh ALlahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman, insyaALlah.

Sementara itu, sekiranya situasi Penanti diambil kira, PAS Kelantan tidak perlu bersusah payah memikirkan persediaan menghadapi pilihanraya kecil DUN tersebut kerana UMno Be End telah berjanji untuk tidak membazirkan wang rakyat dengan meletakkan calonnya bertanding disitu. Sekiranya mereka ingin juga meletakkan calon, Ibrahim Ali dilihat calon yang paling sesuai diletakkan bertanding memandangkan beliau merupakan calon parti bebas dan secara tidak langsung medan itu boleh digunakan bagi menguji sejauh mana penolakan rakyat Kelantan terhadapnya di Pasir Mas.

*sumber berita di Harakahdaily

i