Sah…

May 22, 2009

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan bahawa Mahatma Nelson Zambry Kadeer adalah MB Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu, yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam telah sebulat suara menerima rayuan Zambry dalam tempoh masa tidak sampai sepuluh minit.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan TAHNIAH kepada barisan hakim yang membuat keputusan sebentar tadi. Mudah-mudahan jasa baik kalian dalam membuat keputusan bakal dikenang sehingga 7 generasi lamanya, insyaALlah.

*sumber Malaysiakini

i

2 Responses to “Sah…”

  1. Budak Sg. Ramping Says:

    Keputusan mahkamah pada 23 Mei 2009 begitu mengecewakan rakyat Perak terutama buat penyokong Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan satu lagi salah guna kuasa kerajaan persekutuan yang semakin rakus untuk mempertahan kuasa haram mereka dalam kerajaan negeri Perak. Mereka akan menggunakan segala bentuk cara untuk memastikan kemenangan milik mereka. Perlu di ingat bahawa mereka sebagai sebuah kerajaan persekutuan mempunyai banyak kuasa untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Ini termasuklah kuasa untuk meminda undang-undang dengan sesuka hati demi kepentingan mereka sendiri tanpa mengutamakan rakyat.
    Boleh dikatakan semua institusi penguatkuasa undang-undang seperti mahkamah, PDRM serta FRU dikuasai dan diarah oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN. Kebanyakan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam institusi tersebut merupakan kawan atau ‘geng kamcing’ mereka. Oleh itu memang tidak hairanlah jika institusi ini lebih memihak kepada mereka. Tetapi tidak adil jika kita menyalahkan semua individu didalam institusi tersebut. Bagi pegawai-pegawai bawahan mereka terpaksa menurut arahan daripada pihak atasan walaupun mereka tidak bersetuju dengan arahan tersebut. Jika arahan tidak dituruti mereka akan diambil tindakan. Amat malang nasib mereka ini.
    Krisis politik di Perak yang masih berlarutan kini amatlah memalukan,menyusahkan dan merugikan rakyat dan negeri Perak khasnya serta menjatuhkan kredibiliti Malaysia di mata dunia amnya. Jika krisis ini tetap berterusan maka akan lebih banyak keburukan yang diperolehi daipada kebaikan. Atau mungkin akan membawa kepada rusuhan dan pertumpahan darah yang tidak diingini. Ini perlu dihindari. Demi untuk kepentingan rakyat dan negeri Perak serta Malaysia, saya menyarankan agar kita semua bertenang dan berfikir dengan akal dan iman serta banyakkan bersabar. Pada pendapat saya tiada guna untuk kita terus melawan di arena yang sudah tentu kita akan tewas. Buatlah rayuan di mahkamah walau saratus kali pun saya yakin kemenangan tetap berpihak pada BN. Oleh itu adalah lebih baik kita bersabar dengan segala dugaan yang di hadapi dan terus merapatkan ikatan diantara PR dan rakyat untuk menegakkan keadilan.
    PRU ke-13 adalah medan terbaik untuk PR dalam langkah untuk menuju ke PutraJaya. Sepatutnya ini yang perlu diutamakan. Lupakan sebentar Negeri Perak yang sekangkang kera ini. Fokus PR yang paling penting adalah untuk menawan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin BN yang kurang cerdik ini. Jika PR berjaya menjadi kerajaan persekutuan insyaALLAH keadilan akan terlaksana. Jangan kita terikut-ikut rentak meraka jika tidak tiada perbezaanlah di antara PR dan BN. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya yakin dengan apa yang berlaku sekarang rakyat boleh menilai pihak mana yang berada di jalan yang benar.
    InyaALLAH……..PRU ke-13 nanti PAKATAN RAKYAT akan memperolehi kemenangan dan memerintah MALAYSIA!!!
    ALLAHUAKHBAR!ALLAHUAKHBAR!ALLAHHUAKHBAR!

  2. Budak Teluk Intan Says:

    sah di sisi manusia manusia yang Allah SWT labelkan sebagai binatang dalam Al Quran je… tapi dia tetap haram pada aku … haram seharam khinzir yg bernajis mughollazoh …


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: