PENANTIan sudah berakhir…

May 31, 2009

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Apa lagi yang perlu diperkatakan. Semuanya telah jelas. Bagi politik semenanjung buat ketika ini, ternyata tiada ruang untuk UMNO Be End bangun semula. 5 PRK yang telah diadakan sejurus selesai PRU ke 12 yang lepas, rata-rata telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya Sabah dan Sarawak kekal tempat paling selamat buat UMno Be End buat masa ini dimana satu-satunya PRK yang dimenangi oleh mereka di Batang Ai, Sarawak. Masa hadapan belum tentu. Ada angin mengatakan kedua-dua negeri Malaysia Barat itu juga bakal menerima tempias yang sama seperti di semenanjung ini sekiranya pilihanraya DUN diadakan dalam tempoh sekarang ini.

Apa yang menarik untuk kita kongsikan hasil dari keputusan PRK di Penanti ini? Bagi aku sudah tentunya suasana aman yang TIDAK PERNAH berlaku sekiranya ianya turut disertai oleh parti UMno Be End. Yang jelas, perlu ada satu kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sains politik mahupun Kementerian Dalam Negeri berkaitan dengan perkara ini. Sudah terang lagi bersuluh, hasil dari keputusan UMno Be End untuk tidak bertanding membolehkan pelbagai masalah dalam setiap PRK sebelum ini diatasi. Ternyata tenaga pihak keselamatan juga berjaya diminimumkan penggunaannya hasil dari ketiadaan SAMSENG POLITIK ini.

Aku juga mengharapkan agar Khairy dapat disiasat kerana mengeluarkan kenyataan mengarahkan pengundi UMno Be End memboikot PRK Penanti ini. Bukankah ianya satu kesalahan kerana menganggu proses undang-undang berjalan. Seandainya kenyataan Kak Min berkaitan salah laku pimpinan PKR tempohari dipandang serius oleh pihak keselamatan dan disiasat dengan segera oleh mereka, kenapa tidak kepada kenyataan Khairy ini. Mungkin Akta Hasutan sesuai dikenakan kepadanya. Mungkin beliau boleh berkawan dengan sdr Mat Sah di Kamunting selepas ini. Biar sdr Mat Sah mengajarnya kehidupan di sana nanti.

Jadi apa pula yang menanti selepas Penanti ini? Sudah tentulah pengundi Manek Urai ternanti-nantikan kehadiran petugas-petugas di sana. Kalau sebelum ini, Najib yang merasai betapa peritnya menerima kegagalan, kali ini tugas itu digalas pula oleh Muhyiddin Yassin. Apa yang pasti, secara sedar atau tidak, kesemua PRK yang telah diadakan berlaku di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Aku teringin untuk melihat bagaimana pula seandainya PRK akan datang berlaku di negeri yang dikuasai oleh parti UMno Be End, terutamanya di Negeri Sembilan, Melaka mahupun Johor Darul Umno. Sekiranya di situ juga mereka tewas, maka perjalanan ke Putrajaya makin menjadi kenyataan. Yang penting, doakan sahaja ianya berlaku.

Ayuh ke Manek Urai, Kelantan. Aku dah terhidu keharuman ayam panggang Nasi Kerabunya. Kalau di Penanti terkenal dengan kari Kak Min nya, mungkin di Manek Urai pula terkenal dengan Sup Katak Beghahim Ali.

*sumber berita MStar

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: