Kehilangan 2 Permata…

June 30, 2009

Ini merupakan posting aku yang tertangguh. Agak lama aku membiarkannya sepi diruangan ‘draft’. Tika ini baru berkesempatan kembali untuk menaip. Atas sebab apa aku teringin untuk menulis entri ini? Mungkin terusik dengan entri sahabat aku di **** yang ada menyentuh berita kematian artis tersohor dunia, Michael jackson @ Mikael. Tidak susah untuk menilik apa sebab sahabat aku itu menitipkan kisah kematian penyanyi kesukaan ramai itu. Ianya berkaitan dengan apa yang heboh diperkatakan bahawa artis tersebut telah memeluk agama Islam. Sumber sahih masih belum dapat dipastikan sehingga kini. Yang aku tau, hanya post mortem tubuh badannya yang bermasalah itu akan dilakukan buat kali ke-2. Aku juga seperti sahabat itu, mendoakan agar penyanyi tersebut mati sebgai seorang Muslim. Ada atau tidak amalan ibadahnya sesudah memeluk agama yang benar ini tidak perlu bagi aku menyentuhnya kerna itu urusannya bersama ALlah swt. Tugas mukmin yang baik, mendoakan kebaikan buat saudara seagamanya yang sudah pergi mengadap tuhan Robbul Jalil.

Cuma apa yang aku perhatikan sikap sahabatku ini, mungkin dia tertinggal dengan satu lagi kisah kematian yang lebih tinggi nilainya pada kaca mata aku, tentu juga buat dirinya sebagai seorang Muslim yang menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan iaitu kematian Dr. Fathi Yakan pada 19 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 13 Jun 2009. Usah kita mempertikaikan sikap media berkenaan penghebahan 2 kematian tersebut diatas yang kita maklum antara 2 kematian diatas, sudah pastinya kematian artis lebih memberikan pulangan nilai keuntungan buat mereka. Tetapi yang perlu kita tanyakan, sikap kita terhadap 2 kematian di atas. Walaupun aku agak terlambat untuk membicarakan perihal 2 kematian di atas, namun aku lebih berat untuk menulis tentang kematian Dr. Fathi Yakan kerna memikirkan sumbangannya terhadap peradaban dunia Islam juga kepada pejuang² yang memilih untuk berjuang di jalan ALlah. Walaupun aku juga pernah menggilai lagu² dendangan MJ, namun sebenarnya ada sesuatu yang lebih bernilai aku dapat dari Dr. Fathi Yakan. Yang pastinya, buka beliau “Apa ertinya aku menganut agama Islam’ masih belum habis ku baca. Mudah²an ALLah merahmati roh ALlahyarham Dr. Fathi Yakan. Aminnn…

i

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam – Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

“Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

“Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam,” kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

“Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

“Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah,” katanya di sini.

Seterusnya di sini

Sebelum ni DPPN aku je yang ngamuk kat orang tua pelahap pangkat dan kebesaran tuh. Nih Mursyidul ‘Am aku lak nak  ngamuk gak. Jaga² ko Manohara. Yang aku tunggu kenyataan Dewan Ulamak Negeri, tapi bila dah Mursyidul ‘Am kuar statement, toksah sebuk nk kuar dah la. Lambat sangat nak bertindak. Kang orang kata ulamak lambat, hangpa marah.

i

Amukan pemuda…

June 26, 2009

Salam 4 all…

Arinih Pemuda Negeri aku mengamuk lagik. Mengamuk kat sapa? Ntah… Katanya kat orang tua yang dah naik pangkat. Kata deme lagi, orang tua tuh suku kaum banjar. Wahhh ini sudah da bomb. Sapa berani mengamuk dgn org Banjar? Iskk kalau suh aku, tobat aku x berani. Mungkin sbb Ketua Pemuda negeri aku tu pun dari suku kaum yang sama dgn orang tua tu. Lagipun aku dengar bebudak yang sama kaum dengan dia kat Jabatan tempat dia carik makan tu mmg snang naik lebih dari kaum yg lain. Jgn marah wak. Ni fakta yang aku dapat dari org dalam. Nanti aku banjer roti canai mamak 786 bawah DAP tu. Aku rasa yang tu xdek kes main mandrem² ni.

Lupa lak nak petik, isu ape lak di amuk dek Pemuda negeri aku nih? Selak nye selakkkk… Isu KERAjaan Perpaduan lagik. Cheh, orang dh tutup buku, yg org tua nih gatai g nyalak lagi apsal. Kan dah nahas. Tapi aku nye pendapat seposen ni rasa baik toksah dilayan org tua nih. Apa yang aku nampak, org tua nih akan menyalak bila rasa dirinya dah x dipedulikan. Banyak kes gitu. So nak up kan balik nama dia, dia pun buat la kenyataan tahap budak tadika perpaduan tu. Bila ada lak yang menyambut, lagi suka la dia. Tu pasal aku rasa Pemuda negeri aku nih jgn layan sangat orang tua nih. Kalau gatai sangat nak layan, cuba highlitekan kata² bohong dia tu sewaktu guna nama Mursyidul ‘Am nak suh mantan PJ aku tu tubuh kerajaan perpaduan ngan UMno pas PRU-12 dulu. Yang tu baru bom. Biar dia terkedu x leh nak jawab. Kalau dia x ngaku, kita kasi bom lagi. Bawak mantan PJ tu buat sumpah mubahalah. Yang nih Ust Azli mantan KP negeri leh arrangekan coz dia ada pengalaman bab² nih. Xkanla mantan PJ aku tu lak yang cakap bohong.

Yang aku pelik, tapi bukan le heran sgt, si tua kedana nih cukup ilmu agamanya. Tapi bila bercakap main ikut sedap bontot jek. Ade orang kate orang tua nih duk pulun makan duit syubhah. Tu pasal bercakap x guna ilmu. Alternatifnya dia bercakap guna perut. Aade gak yang cakap, org tua nih nah sebat duit Baitul Mal nak angkut bini g China. Aku pun x berani nak sanggah. Orang yang bercakap tu pun ada sumber yang sahih. Cuma aku harap citer tu x betoi le. Kalau betoi, mmg sah jenis pelahap duit orang tua ni. Bukan pelahap duit je kata deme, pangkat dan harta pun sama. Tu pasai aku x heran kalau org tua nih suh PAS ikut cam Parti Cina. Sbb hatinya dh rosak ngan dunia. Patutnya org tua nih cakap suh PAS ikut cara RasuluLLah saw tu. Sanggup putus sedara ngan bapak² sedara yang mengagung²kan tuhan yang salah. Sama la kes ngan UMno nih. Tang mana yang betoinya kalau duk asyik agung²kan hukum Lord Reid tu. Natang bewak tui la org tua nih. Kalau korang nak tau gak sapa org tua nih korang carik je la kat sini.

Untuk membaca kenyataan amukan DPPN Perak klik di sini.

i

Khairy Ketuai Program Pemuda Masuk Kampung Di Manik Urai

KUALA KRAI, 23 Jun (Bernama) — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

Selanjutnya di sini

Adakah mamat nih datang drngan tujuan melakukan provokasi? Ataupun bersedia dijadikan kambing hitam sekiranya UBN kalah nanti? Pada fikiran aku, menjadi kambing hitam itu lebih sesuai buatnya. Mungkin itulah tugas penting yang telah diamanahkan oleh Najib sewaktu melantik anggota kabinetnya selepas pemilihan UMno yang lepas.

Nasib ko la Kery, tempat berpaut dah x dak. Yang kalah jadik Timb. Menteri, hang yang menang jadik kambing itam. Len kali lumur la badan tu ngan susu kambing. Bior nampak putih sket. Hik hik…

i

MU1

Hj Husam Musa bersama Ketua Pemuda Pusat, Ust Nasaruddin Tantawi dan Ketua pemuda Kelantan, Ust Abd Latif

MU2

molek dahhhhh…mapuh UMno ggu ni

i

Berita bagi gambar tersebut boleh dicapai di sini

i

H1N1 @ Klang…

June 22, 2009

Klang – Berikutan penularan yang amat serius virus H1N1 (selsema gila babi) dikalangan penduduk tempatan negara ini, pihak berkuasa telah bertindak dengan segera berdasarkan maklumat awam ketempat kejadian malam semalam bertujuan membendung wabak virus pandemik itu. Virus yang telah mengorbankan ratusan nyawa diseluruh dunia itu telah berjaya dikesan di Bayu Tinggi, Klang. Bagi tujuan langkah membendung penularan virus ini, pihak berkuasa mengambil keputusan gila babi dengan melarang diadakan sebarang pesta makan²an ditempat tersebut. Setelah diberikan penerangan bahawa virus pandemik itu tidak boleh bersembunyi dicelah² makanan yang dihidangkan, Pihak berkuasa akhirnya membenarkan juga majlis tersebut berlangsung tetapi tanpa sebarang ucapan. Keputusan ini terhasil dari perbincangan dan pembacaannya di akhbar² bahawa virus tersebut boleh merebak hasil dari air liur yang tersembur dari mulut pemberi ucapan. Gambar dan berita terperinci berkaitan operasi pihak berkuasa semalam boleh dilihat di sini dan di sini.

Gerakan membenteras kemudiannya bersambung di Kampung Selamat, Tasek Gelugor untuk menyelamatkan penagih dadah yang yang berpesta membakar harta awam sambil melarikan diri semalam. Moral of da story, kalau hangpa terlalu memberi perhatian gila babi kepada apa jua aktiviti parti politik Pakatan Rakyat ni, dah tentu para penjenayah berani melakukan apa sahaja.

i

Hampir kebah…

June 22, 2009

Nampaknya aku pun dh lama x menulis. Kesan jerebu kot. Agak kabur ngan pandangan walaupun hanya 10mm. Itulah alasan paling kuat aku buat masa ni.

Alasan lain???  Pasai KP (Kerajaan Perpaduan)? Mmm aku rasa x terkesan ngan diriku nih. Sebab aku rasa perjalanan untuk mencapai gagasan Tuan Guru Presiden ini amatlah jauh lagi dari menjadi kenyataan. Bukan mahu melanggar hukum ALlah, tetapi kesemuanya bersandarkan realiti semasa yang melanda parti PAS dan juga UMno ketika ini. Tiada siapa yang mengatakan bahawa hasil dari wujudnya KP ini nanti, secara otomatiknya PAS akan bergabung (atau kata lainnya ‘berkahwin’) dengan UMno. Pihak PAS yang agak vokal menentangnya ialah TGNA, Mursyidul ‘Am PAS sendiri. UMno lak? Haha… Che Det dah warning awal² UMno kena tanya grassroot dulu.

Gambaran media sekarang ini seolah²nya grassroot UMno sudah merestui perbincangan ini, walhal hasilnya jauh panggang dari api. Yang ada, hanyalah pendapat² pimpinan UMno yang berkepentingan atau lebih tepat bagi aku, perang saraf mereka terhadap PAS. Tapi apa nak heran, media punya keje spin² ni bukannya baru. Cuba try mintak pendapat grassroot UMno lak. Aku rasa silap² mau diorang declare ramai² keluar UMno masuk PPP.

Aku pun dah mangli ngan style UMno ni. Perkara pokok dan paling penting bagi depa, kekuatan PAS lebih utama dilumpuhkan dari sekutu²nya dalam Pakatan Rakyat. Walaupun PAS menang kerusi Parlimen paling kurang pada PRU yang lepas, namun UMno masih meletakkan PAS sebagai sasaran utama musuh mereka dalam dunia politik. Cuba kita imbas kembali, selepas Ust. Nakhaie Hj Ahmad masuk UMno, siapakah lagi top gun dari PAS yang mengikut langkah bekas Naib yang DiPertua PAS itu? Ntah, aku rasa x dak dah kot. Tetapi agak kontra situasinya dengan UMno. Silih berganti pimpinannya masuk PAS, walaupun tidak berlevelkan Naib Presiden. Read the rest of this entry »

Baru ku tahu…

June 18, 2009

Alkisahnya bukan la ALLahyarham Sudirman je yang dah ber’title’ datuk, tapi ader yg lain dapat pangkat lebih tinggi dari itu. Sungguh aku x tau. Sebelum ini beliau ber’title’ Datuk Seri jek. Sekali aku baca di sini, tiba² ‘Datuk Seri’ tu dah berganti ‘Tan Sri’. Aduh malangnya aku. Benda besar camtu pun x perasan. Mungkin title nye dinaikkan pangkat atas penglibatan beliau memperjuangkan nasib bangsa melayu, bukannya agama Islam seperti yang sepatutnya beliau perjuangkan. Sementelah itulah tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Lainla kalau dia dah duk dalam Majlis Syura UMno.

‘Perpecahan Melayu teruk’

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

i

Setau aku, Tan Sri ni la antara individu yang menghubungi bekas PJ Perak, Ust Ahmad Awang dan membawa berita bohong mengatakan Tuan Guru Mursyidul AM merestui penggabungan PAS dan UMno di Perak selepas kejatuhan kerajaan UMno Be End pada PRU ke-12 yang lepas supaya UMno Be End dapat terus memerintah.
Dahla membohong? Berani guna nama Tok Guru. Mungkin MEMBOHONG antara salah satu syarat yang diwajibkan untuk menjadi MUFTI dan mendapatkan ‘title’ Tan Sri zaman ini. WALlahua’lam

i

Kerna sebijik durian…

June 18, 2009

Ayah mati demi anak

JERANTUT: “Saya anggap ayah sebagai wira kerana tindakannya cuba mempertahankan saya dan adik daripada diserang jiran yang tiba-tiba naik angin dan melibas parang ke arah kami menyebabkan nyawanya melayang,” kata Shahrudin Abdul Samad, 18, anak Abdul Samad Hassan, 58, lelaki warga emas yang maut ditetak jiran sendiri di Felda Padang Piol, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang juga peneroka, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang sepanjang 40 sentimeter manakala tangan kirinya juga hampir putus.

Menceritakan semula kejadian ngeri itu, Shahrudin yang turut cedera di perut berkata, kejadian bermula apabila adiknya yang berusia 10 tahun mengutip sebiji durian muda yang gugur di depan rumah mereka sebelum tindakan itu disedari jiran berusia 65 tahun itu.

“Jiran terbabit kemudian memarahi adik sambil mengacukan parang sebelum saya menegur perbuatannya kerana menggunakan senjata tajam terhadap kanak-kanak hanya kerana sebiji durian.

Seterusnya di sini

Apa nak jadi la dunia sekarang. Durian muda weh oi, bukannyer durian masak. Sebijik pulak tuh, bukannya seraga. Xkanla durian muda sebijik yang diambil oleh sorang budak pun nak berkira sangat. Alahaiii apalah murah nilai nyawa manusia sekarang ni. Makin ramai pesakit mental kat negara kita nih rupa²nya…

i

i

Semalam ada sorg kawan aku yang menjadi perwakilan kawasan menceritakan perihal muktamar agung PAS yang lepas. Punya sedap dia goreng sampai terkuar citer pasal Bro Husam yang meninggalkan majlis tanpa menunggu tamat. Kurang lebih nk buktikan Bro Husam ni xdak akhlak kot. Aku serkap je la. Aku yakin sangat ayat kawan aku tu. Sbb apa aku yakin? Sbb aku ni minat kat Bro Husam. Apa jek ader citer pasai dia, tinger aku nih bergerak2 dgn sendirinya. Otomatik beb. Bkn dibuat2.

Tp bukanlah sbb itu mennjadikan aku benci pada Ust Nasha lak. Ust Nasha pn aku suka. Xnah aku kutuk pn. Cumanya minat aku kat Bro Husam ni lebih sket. Bagi aku, itu hak aku untuk minat pada dia. Orang lain x leh nak paksa aku benci lak kat dia. Mungkin sbb aku bukan ulamak. Dan aku kurang mendapat cerita2 tidak enak tentangnya seperti kebanyakan yang lain.

So untuk kepastian akan kata-kata kawan aku yg jadi perwakilan kawasan tu, aku cuba check kat laman rasmi Muktamar PAS Pusat Ke-55 di sini dan berjaya menjumpai gambar yang membuktikan Bro Husam memang menunggu muktamar hingga tamat. Aku dah memang ringan mulut nak menjawab malam tadi, tapi malas nk panjang2. Lagipun kawan sendiri.Buang masa je gaduh2 ni. Cuma aku rasa kalau beginila pemikiran perwakilan kawasan aku ke muktamar, hancur weh. Cakap main sedap mulut jek. Xdak fakta. So kesimpulannya, lu pikirla sendiriiiiiii….

i