Selamat Bermuktamar…

June 3, 2009

Banner Muktamar

Arinih ini secara rasminya, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 dirasmikan. Pembukaan muktamar secara tradisinya dimulakan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang diadakan di Dewan Al-Fadhil Ust. Fadhil Mohd Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak disusuli dengan Muktamar Dewan Ulama’ dan Dewan Muslimat sebelum acara kemuncaknya Muktamar PAS Pusat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan kepimpinan kesemua Dewan-Dewan dan AJK PAS Pusat.

Aku tidak berkesempatan untuk mengikuti muktamar kali ini. Tapi diberitakan Team@IT PAS Pusat ada menyediakan siaran secara langsung menerusi laman web TVPAS. So aku rasa walaupun x dapat hadir, aku masih boleh mengikutinya melalui internet. AlhamduliLLah internet umah aku pun dah semakin sihat. Terima kasih kepada pihak TM.

Akhir kata dari aku, BUDAK IPOH TIMOR mengucapkan selamat bermuktamar kepada para perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia dan luar negara. Semoga kepimpinan yang terlantik nanti bakal membawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) lebih cemerlang, insyaALlah.

i

Kompom Cap Ayam…

June 3, 2009

hujahHak Hak. Semalam aku bersantai dirumah, nak saksikan bagaimana wakil rakyat AMeno berhujah dalam Hujah@Tv9. Punyalah bersemangatĀ nk tgk sampai time makan pun aku ngadap tv. Malam tadi, panelisnya terdiri daripada Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Ahmad, ADUN Be End Kubu Gajah dan seorang lagi Proff Abu Hasan (klu x silap aku namanya), Pensyarah UM.

Tajuk kalau x silap pasal kebebasan. Bukak je gelanggang, Raja Ahmad terus hentam kes Sidang DUN Perak aritu. Mak aihhh, x kasi peluang bernafas langsung. Aku tgkĀ nafas dia pn dh naik semput nak bercakap. Kejar masa le katakan. Kang tarik nafas dh rugi baper minit. So x yah tarik nafasla. Mungkin strategi yang dia blaja kat Zahid Hamidi aritu, aku teka. X mungkin dia blaja ngan Ezam coz Ezam bercakap sensorang aritu. Masa mmg byk.

Cuma yang pelik, apa yang disoal dan apa yang dijawab sumanye lari. Merapu betoi mamat Kubu Gajah tu menjawab. Terserlah kekurangan idea mamat ni. Fakta lak berterabur. Sampaikan moderator, Proff Agus tu pn x tau apa benda point yang cuba disampaikan oleh mamat Kubu Gajah tu. Maklumla, dengar citer mamat tu SPM je, yang lagi 2 orang tu PhD. Mana nak sama tahap keintelektualannya. Aku tgk muka Proff Abu Hassan tu pn dah tension jek dengar mamat tu merapu tahap budak xda sekolah.

Cheh, buat malu orang Perak je. Aku x pasti samada memang Hujah malam tadi nak malukan wakil AMeno Be End tuh. Tapi memang kompom orang yang dijemputnya tu cap ayam. Ahak ahak, sekuran-kurangnya aku terhibur sama dengan keletahnya. Pasnih jemputla Zambry lak. Leh dia cite pasai kena halau kat Lekir tu. Siannn…

i