Sekitar Muktamar…

June 4, 2009

Banner Muktamar

Aku panas hati coz x leh nak surf live muktamar DPPP. Muktamar dewan-dewan yang lain pn asyik tersangkut-sangkut je. Buat malu je la hangpa yg duk dalam Team@IT nih. Sampai bila nak maju nihhhh…

So untuk menghilangkan kepanasan hati ni, aku nak cuit sket mengenai Muktamar Dewan Ulamak, yang dilaporkan panas apabila perwakilan dari Terengganu mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timb. Presiden mestilah dari kalangan ulamak.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

“Presiden dan timbalan presiden secara automatiknya akan menganggotai Majlis Syura. Oleh itu mereka mesti alim dan mempunyai kefahaman mendalam tentang agama. Kita mesti mempertegaskan perkara ini,” katanya.
Tambahnya, penegasan itu mesti dibuat selari dengan desakan supaya undang-undang Islam, termasuk hudud dilaksanakan secepat mungkin di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Dulu kita dengar tok guru kata kita cuma berhenti sekejap macam berhenti depan lampu isyarat. Tetapi dah berapa lama dah, kita kena jadi kumpulan pendesak?
“Undang-undang Islam ini hukum yang kita perjuangkan. Inilah yang rasul lakukan selepas berhijrah ke Madinah,” katanya.

Berikutan itu, Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-48 menerima sebulat suara usul untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulamak dalam menerajui jawatan parti dengan jawatan Presiden, Timbalan dan salah seorang Naib Presiden terdiri daripada kalangan ulamak.

Sementara itu Perwakilan Pahang, Shukri Ahmad pula membangkitkan kualiti pemimpin ulama PAS yang baik sehingga mampu mengeluarkan ijtihad.

“Ramai boleh jadi ulama tetapi ijtihad itu sukar. Kita mesti fokus kepada pemimpinan ulama yang boleh sampai berijtihad. Oleh itu presiden dan timbalan presiden mesti sampai ke tahap itu,” katanya.

Shukri turut menempelak perjalanan pemilihan jawatan kanan PAS yang didakwanya gagal diselesaikan dengan kaedah syura atau kompromi sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

“Masing-masing hendak tawar diri (bertanding). Kita tidak nafi pertandingan itu dibolehkan atas dasar demokrasi dalam parti. Tetapi kita dalam masa yang sama mesti lihat pada konsep syura.

“Kenapa Dewan Ulama boleh selesaikan masalah kepimpinan secara syura tetapi kepimpinan tonggak kita tidak (boleh)?” katanya.

“Hasil pengundian dan perlawan tersebut sedikit sebanyak akan mengguris hari. Hendak satukan hati payah, nak berpecah memang mudah. Kalau Dewan Ulama boleh, kenapa (pemimpin PAS) pusat tak boleh? Kalau Dewan Pemuda boleh, kenapa di peringkat pusat tak boleh? Perkara ini (pertandingan) perlu ditegah.”

Ulasan aku

Apa yang aku pelik, kenapa time mantan Ketua Dewan Ulamak, Ust Harun Taib bertanding dengan Ust. Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timb. Presiden sesi sebelum ni, Ust. Harun Taib leh kalah? Bukankah dia Ketua Dewan Ulamak? Bermakna ketinggian ilmunya mengatasi ilmu Ust. Nasha. Tapi perwakilan boleh pilih Ust. Nasha lak.Maknanya dari aritu lagi dah ada usaha-usaha nak hapuskan kepimpinan ulamak kah?

Klu tanya pendapat aku, aku mesti cakap x semestinya Timb. Presiden itu dari kalangan ulamak. Apa salahnya dipilih dari kalangan proffesional mahupun aktivis, sekiranya kedua-dua golongan itu mampu memikul amanah tersebut. Bukan semua ulamak tahu buat keja, dan bukan juga semua proffesional itu gilakan jawatan.Yang penting aku rasa sekiranya mereka itu bukan ulamak, mereka menjadikan ulamak itu bahan rujukan dalam sesuatu tindakan. X ok ke camtu?

Kalau x ok, pasnih aku cadangkan Dewan Ulamak selepas ini mengusulkan agar kesemua jawatan dalam PAS itu hendaklah dari kalangan ulamak sahaja.

Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh perwakilan Pahang, aku rasa pertandingan ni bukannnya perkara baru dalam PAS. Sebelum ini Ust Hassan Shukri menang menentang Cikgu Pa dalam jawatan Timb Presiden. Kemudian bertanding lagi melawan Ust. Nasha, kalah lak dia. Ust. Nasha lak jadi Timb Presiden. Pastu Ust. Nasha lawan Ust. Harun Taib, dia kekalkan kemenangan.

Adakah PAS semakin lemah hasil dari pertandingan tersebut?

Aku rasa bertambah kuat. Mungkin perwakilan Pahang tu x mau adanya pertandingan yang menentang ulamak sahaja kot. Kalau pertandingan melibatkan sesama ulamak, dialu-alukan barangkali.

Penin weh.

i

Advertisements

2 Responses to “Sekitar Muktamar…”

  1. Syukri Says:

    Kesian ke awak,
    saya duk Mesir bleh tengok dengan lancar tanpa sangkut..
    Bahaya orang PAS yang suka komen tanpa usul periksa,
    Ramai yang sudah hilang adab..

    • shamsuleffendey Says:

      Tahniah le coz dpt tgk ‘live’ tuh.
      Mungkin talian internet tempat ust lebih canggih dari yang disediakan di Malaysia ni.
      Maklumla tiada saingan dalam perniagaan, x kisah klu buat ala kadar je.
      Harapnya tuan dan sahabat balik nanti menjadi ahli PAS dan sama-sama berjuang didalamnya.
      Jgn bila disumbat dgn kekayaan hasil gaji guru J-Qaf nnt, terus senyap, hilang ntah kemana.
      Sepertimana ramainya ust-ust lulusan Azhar yg lain. Inilah realiti yg perlu diakui oleh kita semua.
      Klulah mereka yg ramai ini bersama-sama dgn perjuangan PAS, insyaALlah sudah tentunya para proffesinal x menawarkan diri bertanding.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: