Cerita Panas…

June 7, 2009

Diberitakan maklumat sulit dari MIOr organisasi perisikan milik kerajaan UBN sebentar tadi menyatakan calon UMno Be End (UBN) bakal menerima kekalahan yang memalukan pada Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Kelantan akan datang. Menurut informer yang tidak mahu nombor platenya diketahui itu, walaupun tempoh untuk megundi masih berbaki sebulan lagi, keputusan perisikan itu telah diperolehi lebih awal berdasarkan jumlah pokok getah penduduk kampung dalam kawasan DUN berkenaan yang rosak akibat ditoreh oleh petugas UBN.

Disertakan di bawah, gambar kerosakan pokok getah yang dilakukan oleh petugas UBN di Manek Urai.

Pokok Getah yang hancur akibat ditoreh oleh petugas UBN

Pokok getah yang rosoak akibat perbuatan dajal petugas UMno Be End (UBN)

i

Ibrahim Ali desak laksanakan kajian pimpinan PAS di Kelantan

KOTA BAHARU: Satu kajian secara ilmiah dan akademik perlu dijalankan oleh rakyat Kelantan bagi menilai semula tahap kepimpinan parti PAS di negeri ini selama 20 tahun pemerintahan parti itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mendesak tindakan itu diambil kerana tahap pembangunan negeri Kelantan masih berada di takuk lama.

“Sepatutnya sumber pendapatan negeri ini melebihi RM1 bilion dan bukannya RM300 juta seperti yang berlaku pada hari ini,” katanya kepada pemberita di Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 di sini, semalam.

Selanjutnya di sini

Pelik memang pelik. Mungkin dunia semakin sampai ke penghujungnya. Kalau dahulu katak tidak pernah mengeluarkan bunyi anjing, tapi di Kelantan sudah wujud katak seperti itu. Kejadian aneh itu telah ditemui di Pasir Mas. Katak yang bersaiz agak besar itu, pernah menghilangkan dirinya setelah kalah dalam pertandingan yang disertainya suatu waktu dahulu. Tetapi setelah keluarga angkatnya bersimpati melihat nasib yang agak malang itu, dan setelah puas membodek keluarga angkatnya itu, maka keluarga angkatnya bermurah hati menawarkannya tempat untuk dia berteduh. Tetapi budi yang diberi, tuba yang dibalasnya. Memang standard katak berwajah anjing. Perbuatannya ini pernah disebut oleh perumpamaan melayu dahulukala ‘seperti melepaskan anjing tersepit’, begitulah sikapnya sekarang. Sekiranya sesiapa yang pernah bersalam dengannya, eloklah mencari tanah liat buat dibuat samak. Untuk melihat imej sikatak berwajah anjing ini, anda bolehlah klik di sini.

i