Penjelasan…

June 9, 2009

Vaksin laktosa halal

KUALA LUMPURUmat Islam di negara ini tidak perlu meragui vaksin anti meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah kerana ia dari sumber laktosa (gula yang terkandung dalam susu).

Kosmo! difahamkan, vaksin yang digunakan di negara ini ialah vaksin ACYW 135 jenama Mencevax dari Belgium dan bukan jenis Monomune yang diharamkan kerana ada unsur babi.

Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.

selanjutnya di sini

AlhamduliLlah sejuk balik hati aku membaca penjelasan puak² ni. Harapnya tiada lagi keraguan buat bakal jemaah haji selepas ni.

i

Banner Muktamar

i

Akhirnya Muktamar PAS Pusat telah pun melabuhkan tirainya. Kali ini ia melabuhkan tirainya dengan penuh kepanasan, baik buat perwakilan mahupun kepada para pimpinan. Aku x sempat nak postkan entry ini tepat pada masanya kerana sibuk dengan amanah yang telah diserahkan. Lagipun harapan aku untuk menyaksikan siaran secara live pun tidak kesampaian. Jadi aku tidaklah terlampau berat hati untuk melaksanakan amanah tersebut. Buat sahabat² yang bersama dalam melaksanakan amanah tempohari, tahniah aku ucapkan. Maafkan aku di atas keuzuran untuk turut aktif. Perancangan asal aku terlari.

Berbalik kepada Muktamar PAS pula, jika dibaca apa yg sahabat² postkan dalam blog memasing, menyebabkan aku terkadang tersenyum sendirian. Ada yang mengomel sikap urus setia yang tidak mesra blogger. Sehinggakan nak dibukanya kelemahan dalam jemaah. AlhamduliLLah akalnya mendahului emosi. Tahniah aku ucapkan atas kejayaan menguruskan emosinya itu. Bukan cam aku. Kerap kali terover. Sepatutnya bak kata Imam Ghazali yang slalu bekas bos aku, Cikgu Hashan Aladi ucapkan “perempuan ini rambutnya panjang tetapi akalnya pendek, lelaki pula rambutnya yang pendek dan akalnya pula yang panjang”. Sesuai benar fitrah kejadian ALlah menjadikan lelaki ini sebagai pemimpin.

Read the rest of this entry »