Muktamar-Edisi Penutup Tirai

June 9, 2009

Banner Muktamar

i

Akhirnya Muktamar PAS Pusat telah pun melabuhkan tirainya. Kali ini ia melabuhkan tirainya dengan penuh kepanasan, baik buat perwakilan mahupun kepada para pimpinan. Aku x sempat nak postkan entry ini tepat pada masanya kerana sibuk dengan amanah yang telah diserahkan. Lagipun harapan aku untuk menyaksikan siaran secara live pun tidak kesampaian. Jadi aku tidaklah terlampau berat hati untuk melaksanakan amanah tersebut. Buat sahabat² yang bersama dalam melaksanakan amanah tempohari, tahniah aku ucapkan. Maafkan aku di atas keuzuran untuk turut aktif. Perancangan asal aku terlari.

Berbalik kepada Muktamar PAS pula, jika dibaca apa yg sahabat² postkan dalam blog memasing, menyebabkan aku terkadang tersenyum sendirian. Ada yang mengomel sikap urus setia yang tidak mesra blogger. Sehinggakan nak dibukanya kelemahan dalam jemaah. AlhamduliLLah akalnya mendahului emosi. Tahniah aku ucapkan atas kejayaan menguruskan emosinya itu. Bukan cam aku. Kerap kali terover. Sepatutnya bak kata Imam Ghazali yang slalu bekas bos aku, Cikgu Hashan Aladi ucapkan “perempuan ini rambutnya panjang tetapi akalnya pendek, lelaki pula rambutnya yang pendek dan akalnya pula yang panjang”. Sesuai benar fitrah kejadian ALlah menjadikan lelaki ini sebagai pemimpin.

Cuma satu yang aku nak kongsi, kewujudan para bloggerwan ini bukannya atas arahan sesiapa. Dan juga bukanlah bagi memenuhi tuntutan sesiapa. Jadi ianya wujud hasil dari minat dan perkongsian sesama kita di alam maya ini. Adakah kita mahu dihargai dan seringkali diraikan kewujudan kita ini? Ada juga yang berpandangan sekiranya parti politik terutama Pakatan Rakyat ini tidak dibantu oleh para bloggerwan ini, sudah tentu kekalahan demi kekalahan menimpa Pakatan Rakyat terutamanya pada setiap kali menjelang PRU mahupun PRK. Walaupun tempat itu mempunyai access internet yang amat lemah dan terdiri dari kalangan penduduk kampung yang buta IT, ada bloggerwan masih mengaum² mengatakan kerna jasa merekalah Pakatan Rakyat menang. Contoh ketara di PRK P059 Bukit Gantang. Jika begitu, aku cuba mengandaikan kekalahan juga bakal diterima oleh PAS di Manek Urai nanti andaikata para bloggerwan ini tidak turun ke sana. Bukan aku cuba merendah²kan usaha sahabat² ini, tetapi adakalanya mereka ini terlalu angkuh apabila berkata². Bagaikan orang lain tidak membuat kerja. Kesemuanya kerana mereka. Aduhhhh… kalau semuanya yang bercakap besar itu menjaga amal ibadat sebagai seorang muslim lain ceritanya. Tapi kalau ibadat pun berterabur, aku rasa usaha banyak mana pun hasilnya tiada keberkatan. Mungkin contoh keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ini ada saham dari mereka² ini termasuk aku, wALlahua’lam.Cuma kalau terasa diri benar² hebat, aku mohon kalian boikot PRK Manek Urai nanti dan lihat hasil dari pemboikotan kalian. Adakah PAS masih mampu menang ataupun tersungkur. Sekiranya tersungkur, maka dabikan dada kalian boleh diteruskan pada masa² hadapan, insyaALlah.

Aku hanya memberi pendapat. X semestinya betul pada pendapat aku, betul jugak pada pendapat kalian. Aku faham kerja keras kalian. Bersengkang mata, berabis duit semata² memastikan maklumat sampai kepada sasaran. Tahniah aku ucapkan. Sekiranya tiada makhluk di bumi ini mahu mengiktiraf kerja baik kalian ini, yakinlah ALlah maha adil. Aku hanya blogger separuh masa. Tidak seperti kalian. Memang aku salute dengan kerja kalian. Maafkan aku atas teguran ini. Cuma aku terpanggil untuk memberi pendapat berkenaan masalah yang dihadapi oleh para bloggerwan di Muktamar yang lepas.

Bagaimana cara mengatasi masalah ini agar tidak berulang pada masa akan datang? Sedikit pandangan aku yang dhaif ilmu ni. Aku cadangkan agar diwujudkan Sekretariat Majlis Blogger Pakatan Rakyat yang merangkumi keseluruhan para bloggerwan negeri Pakatan Rakyat mahupun negeri yang diperintah oleh kerajaan UMno Be End tetapi menyokong parti Pakatan Rakyat. Aku rasa masih belum wujud, walaupun ada sebilangan kecil yang telah berbuat demikian. Syabas, kerna berjaya menjadi perintis. Seterusnya ianya hendaklah didaftarkan. Bila dah ada organisasi, apa sahaja event yang melibatkan parti² politik Pakatan Rakyat mahupun kerajaan UMno Be End, utuskan surat mohon penyertaan dari Sekretariat. Wakilnya aku rasa tidak perlu terlalu ramai. Cukuplah 2-3 orang dalam satu event. InsyaALlah aku rasa, ianya mungkin berjaya mengatasi masalah tersebut. Mana mungkin urus setia mahu membenarkan kita masuk secara on da spot sedangkan urus setia sendiri tidak mengenali siapa kita. Memang kita terkenal dalam kalangan bloggerwan, tapi dalam parti belum tentu. Jadi sekiranya semua kerja dibuat secara tersusun dan berperancangan, aku rasa bukan sahaja para bloggerwan ini di hormati, malah pasti akan dialu-alukan penyertaannya, insyaALlah.

Ok, tamat pasal isu bloggerwan tu. Skarang aku nak sentuh pulak tentang pemilihan dalam Muktamar. AlhamduliLLah tiada perkara yang tidak diingini berlaku, walaupun jika dibaca dalam blog ataupun akhbar, suasana Muktamar kali ini begitu hangat. Panas memanjang sehingga keakhir. Bagaimana ucapan penggulungan PJ aku ‘Tok Guru’ Hj Ahmad Awang yang masih terus membangkitkan peristiwa kerjasama dengan UMno. Aku berpandangan isu kerjasama dengan UMno ini seharusnya telah selesai bilamana Tuan Guru Presiden sendiri memberi jaminan tidak akan ada kes PAS masuk UMno ataupun UMno masuk PAS. Seharusnya pimpinan seperti ‘Tok Guru’ PJ aku lebih memahami hal ini. Sebaiknya beliau menyejukkan suasana, bukan memanaskan kembali. Yang lepas biarkan lepas. Kenapa perlu dibangkitkan fitnah dari tidur, sedangkan tidurnya tidak pernah terganggu sebelum ini. Kalau ‘Tok Guru’ PJ aku tu tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan itu, seharusnya dari perbincangan awal antaranya dengan pimpinan PAS yang menalifonnya itu dibangkitkan kepada umum. Jangan selepas pemimpin itu dipilih semula memegang amanah, baru nak berteriak menjadi hero. Bukan nak kurang adab, sepertimana yang Dato’ Anak Sengat dalam entrynya yang terkini itu, tetapi aku perhatikan memang teramat ramai pimpinan yang terpedaya dengan mainan media. Kalau aku yang x de ilmu ni leh nampak camtu, xkan la pimpinan buta? Atau sengaja meraih publisiti percuma?

Aku rasa cukup-cukupla mengulas isu kerajaan perpaduan ini. Dengar dulu penjelasan presiden. Jangan belum membaca dah pandai nak mengulas. Aku, walaupun turut terkilan calon pilihanku Hj Husam tewas, tetapi aku juga sayangkan Ust Nasha. Tiada yang cacat mengenai Timb Presiden itu, cuma aku ingin melihat perubahan yang akan dilakukan oleh Hj Husam seandainya beliau memenangi pertandingan tempohari. Aku yakin, Ust Nasha dapat membaca mesej yang cuba disampaikan oleh para perwakilan tempohari melalui undi yang diterimanya. Aku nantikan pembaharuan yang akan dilaksanakan kelak. Mudah-mudahan ianya bakal memberikan kelebihan kepada PAS untuk menjadi peneraju kepada perubahan kerajaan Putrajaya nanti, insyaALlah.

Akhirnya, aku memohon kemaafan andai dalam entry² aku sebelum² ini telah mengguris perasaan sahabat dan lawan secara sedar ataupun tidak. ianya diluar kawalan aku sebagai insan yang lemah. Moga aku terus istiqamah dalam perjuangan PAS yang berlandakan Al-Quran dan Hadith RasuluLLah SAW ini. Buat para ulamak, buktikan anda boleh memerintah. Bantulah Presiden kita. Jangan biarkan beliau keseorangan dihentam musuh dalam dan luar selimut.

ALlahuakbar ALlahuakbar ALlahuakbar… WaliLLahilhamd

i

p/s- Buat Cenangau, bukan team bola jek hang kalah ngan aku, tapi calon Timb Presiden pun sama. Cuma aku rasa mungkin Ust Nasha tu sokong team Barca kot. Hik hik hik

i

One Response to “Muktamar-Edisi Penutup Tirai”

  1. we dasan Says:

    salam,
    ape koje mike mececeh ni yop, ukhti tu tak kata apa pun cuma media yang terang2 membelit fakta diberi PAS, dia pulak Muslimat PAS apalah salahnya petugas PAS ni berhemah sikit puan boleh rujuk kepada Ketua Urusetia Bah. Media ke misalnya, tak boleh ke baiki sikit PR (public relation)petugas PAS, kata PAS for All. he he. Ni siap kutuk PAS media yang dikeluarkan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, ape heinye yop. Tak boleh ke berhemah sikit yop.

    Pasal PRK P59 Bukit Gantang Bloggers Network Perak tak claim pun sebab bloggers bekerja keras DS Mohd Nizar menang, cuma kalau ada pun mungkin sikit tapi kerjasama dan PR (public relation) dari Petugas masih amat menyedihkan, nasib baik DS Nizar yg terkenal dengan mr nice menghargai bloggers. Bloggers Network Perak hanya membantu sekadar apa yang mampu dan difikirkan dapat memengkan DS Nizar, tak lebih dan tak kurang. Masa gawat DS Nizar di tendang dari jawatan MB, media manakah yang melapor dan memuatkan berita dalam web dan blog, aje tak semiak mike ni yop.

    Yg mike ngomel pasal Ustaz Ahmad Awang tu ngape yop ade le sebabnya yop masa muktamar baru dia bangkitkan, bukan masa pembentukan kerajaan Perak dulu, rasenye jika masa tu lagi le kecoh yop, yor le Ustaz Ahmad Awang pun dah bertawaquf dan beruzlah.

    Bukan ulama sahaja kene ada professional juga memerintah dan membantu sama, kalau tidak jadilah macam di Terengganu habis padam dan ghuyup, gandingan semua pihak amat perlu, usah le mike suke memperlekehkan usaha orang lain yop.

    Allah knows best.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: