Kuda Trojan ???

June 14, 2009

Adakah dengan kemasukan Zaid Ibrahim ini bakal menambahkan kekuatan kepada kalangan parti Pakatan Rakyat ataupun ditugaskan menjadi kuda trojan bagi menghancurkan kekuatan Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku ke atas negeri Perak oleh YB Nasa Bota. Aku harap prejudis aku terhadapnya jauh tersasar. Namun aku masih menyimpan beberapa peratus nilai syak itu terhadap orang dari kalangan UMno ni bermula semenjak kejatuhan negeri Perak dahulu.

Kalau benar bagai dikata di sini, mungkin jugak berlakunya pertembungan idealisma dalam perjuangan parti Pakatan Rakyat sementelah Zaid merupakan individu yang bertanggungjawab menyaman kerajaan PAS Kelantan dalam isu Hudud dahulu. Harapnya persepsi beliau terhadap kewajipan agama itu sudah berubah, insyaALlah.

i

Tahniah…

June 14, 2009

Nampak gayanya perjalanan politik Islam tanahair tidak sama dengan yang berlaku di Iran. Jika di Malaysia, pelbagai pihak mengatakan golongan proffesional parti Islam PAS ditolak oleh para perwakilan dalam Muktamarnya baru² ini. Situasinya agak berbeza di Iran dalam pemilihan presidennya yang baru. Ternyata Ahmedinijad masih mempunyai pengaruh yang kuat di Iran walaupun dia dikategorikan dalam kelompok golongan proffesional. Ada hujah mengatakan kemungkinan lawannya itu juga dari kelompok yang sama. Kalau dari ulamak belum tentu. Cuma situasi menarik ini bagaikan ada kesinambungan antara kedua² negara ini. Cuma yang x sedap, ada lak kisah x besh bila Ahmedinijad ini dilantik semula seperti di sini. Biasala, bila terlalu menaruh harapan yang tinggi maka kekalahan bukanlah sesuatu yang baik utk ditelan.

Apapun sekalung tahniah aku ucapkan kepada Mahmoud Ahmedinijad diatas kemenangannya dalam pemilihan Presiden Iran yang baru. Mudah²an anda dapat membawa Islam lebih digeruni oleh pihak musuh.

i

p/s – Harap x dak yg kata aku dari kelompok ahlul bait lak. Salawatttttttt

i