Baru ku tahu…

June 18, 2009

Alkisahnya bukan la ALLahyarham Sudirman je yang dah ber’title’ datuk, tapi ader yg lain dapat pangkat lebih tinggi dari itu. Sungguh aku x tau. Sebelum ini beliau ber’title’ Datuk Seri jek. Sekali aku baca di sini, tiba² ‘Datuk Seri’ tu dah berganti ‘Tan Sri’. Aduh malangnya aku. Benda besar camtu pun x perasan. Mungkin title nye dinaikkan pangkat atas penglibatan beliau memperjuangkan nasib bangsa melayu, bukannya agama Islam seperti yang sepatutnya beliau perjuangkan. Sementelah itulah tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Lainla kalau dia dah duk dalam Majlis Syura UMno.

‘Perpecahan Melayu teruk’

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

i

Setau aku, Tan Sri ni la antara individu yang menghubungi bekas PJ Perak, Ust Ahmad Awang dan membawa berita bohong mengatakan Tuan Guru Mursyidul AM merestui penggabungan PAS dan UMno di Perak selepas kejatuhan kerajaan UMno Be End pada PRU ke-12 yang lepas supaya UMno Be End dapat terus memerintah.
Dahla membohong? Berani guna nama Tok Guru. Mungkin MEMBOHONG antara salah satu syarat yang diwajibkan untuk menjadi MUFTI dan mendapatkan ‘title’ Tan Sri zaman ini. WALlahua’lam

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: