Kerna sebijik durian…

June 18, 2009

Ayah mati demi anak

JERANTUT: “Saya anggap ayah sebagai wira kerana tindakannya cuba mempertahankan saya dan adik daripada diserang jiran yang tiba-tiba naik angin dan melibas parang ke arah kami menyebabkan nyawanya melayang,” kata Shahrudin Abdul Samad, 18, anak Abdul Samad Hassan, 58, lelaki warga emas yang maut ditetak jiran sendiri di Felda Padang Piol, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang juga peneroka, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang sepanjang 40 sentimeter manakala tangan kirinya juga hampir putus.

Menceritakan semula kejadian ngeri itu, Shahrudin yang turut cedera di perut berkata, kejadian bermula apabila adiknya yang berusia 10 tahun mengutip sebiji durian muda yang gugur di depan rumah mereka sebelum tindakan itu disedari jiran berusia 65 tahun itu.

“Jiran terbabit kemudian memarahi adik sambil mengacukan parang sebelum saya menegur perbuatannya kerana menggunakan senjata tajam terhadap kanak-kanak hanya kerana sebiji durian.

Seterusnya di sini

Apa nak jadi la dunia sekarang. Durian muda weh oi, bukannyer durian masak. Sebijik pulak tuh, bukannya seraga. Xkanla durian muda sebijik yang diambil oleh sorang budak pun nak berkira sangat. Alahaiii apalah murah nilai nyawa manusia sekarang ni. Makin ramai pesakit mental kat negara kita nih rupa²nya…

i

One Response to “Kerna sebijik durian…”

  1. jun Says:

    manusia skarang ni mmg cepat hilang pertimbangan…apalah sgt sebijik buah tu kan? sedihnyer..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: