MU1

Hj Husam Musa bersama Ketua Pemuda Pusat, Ust Nasaruddin Tantawi dan Ketua pemuda Kelantan, Ust Abd Latif

MU2

molek dahhhhh…mapuh UMno ggu ni

i

Berita bagi gambar tersebut boleh dicapai di sini

i

H1N1 @ Klang…

June 22, 2009

Klang – Berikutan penularan yang amat serius virus H1N1 (selsema gila babi) dikalangan penduduk tempatan negara ini, pihak berkuasa telah bertindak dengan segera berdasarkan maklumat awam ketempat kejadian malam semalam bertujuan membendung wabak virus pandemik itu. Virus yang telah mengorbankan ratusan nyawa diseluruh dunia itu telah berjaya dikesan di Bayu Tinggi, Klang. Bagi tujuan langkah membendung penularan virus ini, pihak berkuasa mengambil keputusan gila babi dengan melarang diadakan sebarang pesta makan²an ditempat tersebut. Setelah diberikan penerangan bahawa virus pandemik itu tidak boleh bersembunyi dicelah² makanan yang dihidangkan, Pihak berkuasa akhirnya membenarkan juga majlis tersebut berlangsung tetapi tanpa sebarang ucapan. Keputusan ini terhasil dari perbincangan dan pembacaannya di akhbar² bahawa virus tersebut boleh merebak hasil dari air liur yang tersembur dari mulut pemberi ucapan. Gambar dan berita terperinci berkaitan operasi pihak berkuasa semalam boleh dilihat di sini dan di sini.

Gerakan membenteras kemudiannya bersambung di Kampung Selamat, Tasek Gelugor untuk menyelamatkan penagih dadah yang yang berpesta membakar harta awam sambil melarikan diri semalam. Moral of da story, kalau hangpa terlalu memberi perhatian gila babi kepada apa jua aktiviti parti politik Pakatan Rakyat ni, dah tentu para penjenayah berani melakukan apa sahaja.

i

Hampir kebah…

June 22, 2009

Nampaknya aku pun dh lama x menulis. Kesan jerebu kot. Agak kabur ngan pandangan walaupun hanya 10mm. Itulah alasan paling kuat aku buat masa ni.

Alasan lain???  Pasai KP (Kerajaan Perpaduan)? Mmm aku rasa x terkesan ngan diriku nih. Sebab aku rasa perjalanan untuk mencapai gagasan Tuan Guru Presiden ini amatlah jauh lagi dari menjadi kenyataan. Bukan mahu melanggar hukum ALlah, tetapi kesemuanya bersandarkan realiti semasa yang melanda parti PAS dan juga UMno ketika ini. Tiada siapa yang mengatakan bahawa hasil dari wujudnya KP ini nanti, secara otomatiknya PAS akan bergabung (atau kata lainnya ‘berkahwin’) dengan UMno. Pihak PAS yang agak vokal menentangnya ialah TGNA, Mursyidul ‘Am PAS sendiri. UMno lak? Haha… Che Det dah warning awal² UMno kena tanya grassroot dulu.

Gambaran media sekarang ini seolah²nya grassroot UMno sudah merestui perbincangan ini, walhal hasilnya jauh panggang dari api. Yang ada, hanyalah pendapat² pimpinan UMno yang berkepentingan atau lebih tepat bagi aku, perang saraf mereka terhadap PAS. Tapi apa nak heran, media punya keje spin² ni bukannya baru. Cuba try mintak pendapat grassroot UMno lak. Aku rasa silap² mau diorang declare ramai² keluar UMno masuk PPP.

Aku pun dah mangli ngan style UMno ni. Perkara pokok dan paling penting bagi depa, kekuatan PAS lebih utama dilumpuhkan dari sekutu²nya dalam Pakatan Rakyat. Walaupun PAS menang kerusi Parlimen paling kurang pada PRU yang lepas, namun UMno masih meletakkan PAS sebagai sasaran utama musuh mereka dalam dunia politik. Cuba kita imbas kembali, selepas Ust. Nakhaie Hj Ahmad masuk UMno, siapakah lagi top gun dari PAS yang mengikut langkah bekas Naib yang DiPertua PAS itu? Ntah, aku rasa x dak dah kot. Tetapi agak kontra situasinya dengan UMno. Silih berganti pimpinannya masuk PAS, walaupun tidak berlevelkan Naib Presiden. Read the rest of this entry »