Hampir kebah…

June 22, 2009

Nampaknya aku pun dh lama x menulis. Kesan jerebu kot. Agak kabur ngan pandangan walaupun hanya 10mm. Itulah alasan paling kuat aku buat masa ni.

Alasan lain???  Pasai KP (Kerajaan Perpaduan)? Mmm aku rasa x terkesan ngan diriku nih. Sebab aku rasa perjalanan untuk mencapai gagasan Tuan Guru Presiden ini amatlah jauh lagi dari menjadi kenyataan. Bukan mahu melanggar hukum ALlah, tetapi kesemuanya bersandarkan realiti semasa yang melanda parti PAS dan juga UMno ketika ini. Tiada siapa yang mengatakan bahawa hasil dari wujudnya KP ini nanti, secara otomatiknya PAS akan bergabung (atau kata lainnya ‘berkahwin’) dengan UMno. Pihak PAS yang agak vokal menentangnya ialah TGNA, Mursyidul ‘Am PAS sendiri. UMno lak? Haha… Che Det dah warning awal² UMno kena tanya grassroot dulu.

Gambaran media sekarang ini seolah²nya grassroot UMno sudah merestui perbincangan ini, walhal hasilnya jauh panggang dari api. Yang ada, hanyalah pendapat² pimpinan UMno yang berkepentingan atau lebih tepat bagi aku, perang saraf mereka terhadap PAS. Tapi apa nak heran, media punya keje spin² ni bukannya baru. Cuba try mintak pendapat grassroot UMno lak. Aku rasa silap² mau diorang declare ramai² keluar UMno masuk PPP.

Aku pun dah mangli ngan style UMno ni. Perkara pokok dan paling penting bagi depa, kekuatan PAS lebih utama dilumpuhkan dari sekutu²nya dalam Pakatan Rakyat. Walaupun PAS menang kerusi Parlimen paling kurang pada PRU yang lepas, namun UMno masih meletakkan PAS sebagai sasaran utama musuh mereka dalam dunia politik. Cuba kita imbas kembali, selepas Ust. Nakhaie Hj Ahmad masuk UMno, siapakah lagi top gun dari PAS yang mengikut langkah bekas Naib yang DiPertua PAS itu? Ntah, aku rasa x dak dah kot. Tetapi agak kontra situasinya dengan UMno. Silih berganti pimpinannya masuk PAS, walaupun tidak berlevelkan Naib Presiden. Yang dapat jawatan penting pun ada cam Datuk Kamarudin Jaafar. Ust Nakhaie leh dapat jawatan cmtu dalam UMno? Sampai mati la duk jaga YADIM tu. Kalau benar ikhlas (dibaca style Mukhriz) pasai KP ni hangpa test dulu letak Nakhaie tu jadi S/u Agung UMno. Pastu baru bincang next step ok?

So berbalik kenapa aku rasa terlaksananya KP itu BUKAN SEKARANG? Bukan time Najib Razak yang menjadi PM 1 Malaysianya. Kenapa bukan time ni? Aku nye teori memusing kembali kepada sejarah lampau di zaman arwah ayahnya menjadi PM ketika itu (atau TPM..whatevala coz sejarah aku fail). Masa tu la PAS bergabung dengan UMno Perikatan untuk mempertahankan bumi Malaysia ini dari diperintah (ditakluk) oleh kaum lain (cina). Hasilnya, Melayu ketika itu bergabung atas satu sentimen, iaitu nasionalis. Atas nama strategi jangka masa panjang, aku rasa itulah keputusan terpenting yang PAS pernah buat dalam sejarah penubuhannya sampai ke sekarang.

Tapi hangpa tau apa jadi bila PAS tolong anjing (baca UMno) tersepit nih? Dah ditolong bukan setakat geget, dia g cakar² lagi badan PAS nih. Aduh, aku rasa sapa yang kena sepertimana yang pimpinan PAS Kelantan (khususnya) ketika itu, kompom tobat lahum x hingin ngan UMno ni. Kategori najis mughalazah. Kira kalau nak di analogikan, perbincangan kali ke-7 nanti baru mungkin terwujudnya KP ni, sesuai dengan cara² nak basuh najis mughalazah ni (6 air mutlak + 1 air tanah = 7). Tu pasai TGNA Mursyidul ‘Am cengey semacam jek ngan idea ni. Sbb dia dah rasa sendiri akibatnya tu. Peritnya sampai skarang. Korang pikir sendiri la klu orang cam TGNA yang x tinggal tahajud tetiap malam pn rasa camtu, xkan yang jenih subuh x nah tekejut ni lak x rasa apa. Jadi harap hangpa leh paham la kenapa TGNA begitu emosi dalam isu ni pasnih ek.

Secara logiknya cubala hangpa pikir lagi, masa tahun 78 tu, pemimpin UMno ni masih lum tercemar sangat buruk kelaku diorang ni (walaupun ada). Semangat nasionalisnya masih ditahap tidak tercemar. Bukan mcm sekarang. Memang semua pimpinan UMno ni hancur kebun. SO kalau yang orang UMno yang x tercemar cam arwah Tun Razak dulu tu pun dah buat perangai cam anjing, apa sangatlah zaman anaknya ni. Silap² lebih teruk dari anjing.

Dat y aku yakin akhirnya keputusan KP ni nanti akan membawa kepada pembatalan idea ataupun kalau x batal, pastinya ditangguhkan. Bila? Lama lagi la kot. Bila air terakhir yang menyucikan najis mughalazah ini dijirus barangkali.

Yang paling penting aku rasa demam isu Kerajaan Perpaduan ni HAMPIR KEBAH. Tahniah buat pimpinan PAS yang sungguh besar jiwanya dalam mencari kata putus sesuatu perselisihan pendapat. Aku sayangkan pimpinan aku.

i

p/s- KPKerajaan Perpaduan not Ketua Pemuda🙂

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: