Semalam…

July 10, 2009

WEB PEMUDA KAWASAN

Sambil menanti teduhnya hujan petang semalam, aku mengambil peluang memanaskan diri dalam cuaca yang agak sejuk itu dengan sekeping roti canai banjir dan secawan teh tarik. Tidaklah kutahu adakah roti canai yang ku makan itu berpenunggu seperti mana kubaca dalam kisah wak banjar di sini dan sambungannya di sini aritu. Harapnya jika ada pun segala sihir yang melekat pada roti mamak tersebut, aku pohon dijauhkan Allah dari segala kemudaratan yang boleh menimpa diriku ini. InsyaALlah kalau tidak di awal, mahupun pertengahan ataupun pada babak akhir, insyaALlah aku tidak lupa menyertakan doa makan yang kuhafal semenjak menjadi ‘student’ di Tadika Islam Al-Aziziah dahulu. AlhamduliLLah aku memanjangkan pahala mu’allimah yang mengajar aku ketika itu.

AlhamduliLLah juga, Allah mempertemukan aku kembali dengan seorang kawan yang agak lama aku x jumpa disitu. Isa, kawanku itu dahulunya pernah bekerja dibawah satu bumbung denganku di Ban Hin Lee Bank, cawangan Jalan Kampar. Bagi yang baru, mungkin sudah tidak tahu akan kewujudan bank tersebut. Ianya terletak di bangunan Plaza Teh Ten Seng, di bawah Botly Securities, syarikat broker saham ketika itu ( sekarang dikenali TA Securities). Dia dahulunya merupakan Head of Credit dalam bank tersebut. Aku? Peon aje. Masa tu keje peon bank pun glemer. Antara kesemua jenis peon-peon yang ada, peon bank lah yang paling glemer. Sampai ada jugak kawan peon bank aku mampu pakai kereta, simbol kemewahan buat taraf pekerja serupa aku time tu. Berlainan dgn situasinya sekarang ini. Banyak² keje, keje bankla yg paling x selamat. Asyik nak kene berenti jek. Benarlah kata pepatah, dunia dah berubah, zaman dh maju.

Hampir sepuluh tahun kami terpisah. Dari tahun 1998 dulu. Dia ngah tungguh orang rumahnya yang bekerja di bank berdekatan balik keje. Memang ketika time aku kenai dia dulu, mereka suami isteri ni keje bank. Bersembang le kami. Isa ni dulunya memang seorang yang cukup Berjaya. Anak emas bos dipejabat kami tu. Graduan obersea, satu martabat mulia dimata masyarakat ketika itu (x mcm skang). Pas aku kene transfer ke PJ akibat kegawatan ekonomi, dia jugak berenti dan menjadi bos disyarikat jualan kereta, ZALNAS Motor (klu x silap aku) berhadapan bank tu. Syarikat nih antara yang paling awal memasarkan kenderaan jenama KIA dan NAZA di Ipoh. Sehinggalah ketahap jawatan yang paling tinggi di head office NAZA, KL dia berenti  untuk kembali ke Ipoh. Kemudian mendapat 2 tawaran kerja di Cycle & Carriage Sdn Bhd (Mercedez) dan Volvo. Dia memilih ke Volvo di Jalan Kuala Kangsar. Gaji cecah belasan ribu dah time tu, termasuk segala macam elaun orang beso² tahap dia tu la.

Apa yang cuba disampaikan kawan aku tu ialah, sebesor mana pun gaji kamu, ianya tidak mampu membawa kebahagiaan kepada kamu. Katanya, dengan gaji beso tu la dia hidup tonggang langgang. Macam² benda buruk dia buat (x yah aku cite). Kawan² keliling pinggang. Bila dia berenti Naza, kawan lesap. Masuk Volvo, dating kerumun balik dan terakhir dia dah berenti Volvo hamper setahun ni, ilang balik kenkawannya. Cam beskut chipsmore tu la lebih kurang. At last, dia malas nak berhubung dengan kenkawan chipsmorenye itu. Masa sembang tadi pun dia banyak bercakap pasai kerohanian, means campur ngan ibadah la. Pasai sedekah, pasai sembahyang, pasai buat keje baik. Kalau dulu payah nak buat katanya. Mungkin hasil pendapatnya dari sumber menipu (tabiat hampir kebanyakan penjual kereta katanya).

At dis point, aku rasa bertuah sangat duduk bersahabatkan sahabat² dalam jemaah PAS ni. Aku xdelah pernah mengalami nasib yg serupa dengannya sebelum² ini (moga dimasa hadapan pun sama, insyaALlah). Benarlah kata RasuluLLah SAW dalam satu hadithnya,

“… Hendaklah kamu hidup berjemaah (jemaah Islam) dan janganlah berpecah belah, kerana syaitan itu menyertai orang yang sendirian, sedangkan terhadap dua orang ia lebih menjauh. Barangsiap yang menginginkan tengah-tengah syurga maka ia hendaklah menetapi jemaah (jemaah Islam)”Hadith riwayat Tirmidzi

Lastly dia offer aku keje ngan dia. Katanya skang dia dah terlibat dalam projek perladangan Sime Darby. Dah maleh keje bawah orang katanya, so buat bisnes lak. Projek satu M’sia beb. Kat Perak, dia kata nak run di Teluk Intan. Selebihnya di luar Perak termasuk di N9. Hehe, tengokla. Kalau aku kena buang keje aku contact la dia. Kat kul 7 aku mintak diri. Kena balik gak, coz malam ada usrah pemuda kawasan. Seolah² mendapat suntikan semangat baru jek pas sembang ngan dia. Aku bayor makan kali ni. Ala RM3 lebih jek. No hal la.

So malam usrah buat dikediaman baru Ketua Penerangan DPPK aku di Taman Pengkalan Mewah. Memang sesuai rumah dengan nama tamannya tu. Agak selesa dan berbaloi dengan harga yang dia beli. Walaupun dah berusia sepuluh tahun, tapi kondisi rumah still maintain. Rezeki ALlah buat hamba yang ikhlas membantu dijalanNya, seru hati aku dari dalam. Walaupun gaji x beso (full time parti beb) tapi mampu jugak beli rumah. Aku? Masih tidak berperancangan. Moga ALlah juga membantu aku seperti dia.

Dalam berusrah tu, adalah jugak terkeluar berita sedih sahabat² yang diuji ALLah. Ada sahabat yang baru bernikah dah xsiden. Nyaris x teruk. Dalaman aku x pasti, kena tanya tukang urut dia la. Luaran ok kata s/u pemuda aku. Sorang lagik keter rosak kat RnR Dataran. Niat memang nak dating walaupun baru abis urusan kerja di Kedah. Komitmen tinggi dan dia merupakan sahabat paling terkini yang mendirikan rumahtangga. S/u aku pun sama, berbalut jari. Ingat kene geget ngan bini. Maklumla darah manis lagik. Risau aku mengarut, dia inform awai kata bisul. Cheh bisul ke cekam @ cagu? Manje bebeno lak pas kawin ni. Sakit skit pun nak berbalut. Kih kih kih…

Antara yang menarik usrah semalam, sahabat aku yang pegang lajnah IT dah Berjaya wujudkan laman web pemuda kawasan. Pakai dot com lagik yop, bukan guna pelantar blogspot. Hebatttt. Pemuda kawasan aku dah berjaya melangkah setapak lagi kehadapan. Harapnya mampu bertahan lama. So sapa² yang berminat nak ziarah web pemuda kawasan aku tu leh la klik kat gambar atas tu atau di sini. Moga ada kebaikan darinya yang boleh dimanfaatkan untuk berdakwah. Dan buat sahabat yang akan berpisah sementara, Hisham yang akan melanjutkan pelajaran di KLMU, tahniah atas sumbangan anda selama bersama dengan pemuda kawasan. Mudah²an abis blaja nanti boleh mengisi tampuk kepimpinan baru pemuda kawasan, InsyaALlah.

Akhir sekali renungkan juga hadith RasuluLLah SAW berkenaan sahabat di bawah ini,

“Sesungguhnya perumpamaan teman duduk yang baik dan teman duduk yang jelek itu bagaikan penjual minyak wangi dan peniup abu tukang besi. Adapun pembawa (penjual) minyak wangi, mungkin dia akan memberimu sedikit, atau engkau membelinya, atau setidak-tidaknya engkau mendapatkan bau yang harum darinya. Sedangkan peniup abu tukang besi, mungkin akan membakar (menghanguskan) pakaianmu, dan mungkin engkau mendapat bau yang tidak enak darinya.”Muttafaq ‘alaih

WALlahua’lam…

4 Responses to “Semalam…”

  1. Shahril Says:

    Salam, Yob….
    Bulih ke join Usrah kawasan mike???…….walopon teman ni bukanle ahli PAS pun……walopon sokong PAS………… udah le opis kite berdepan je…….

    • shamsuleffendey Says:

      boleh no halnye. besh kalau join ni. bebudak pn ok. leh msuk nye. miker yang beli keter kat uncle rahmat tu ke? hik hik

      • Shahril..... Says:

        Teman le tu…….. Borang dah lame isi…………nak anto kemane yg tak tau tu……… sbb teman dok area Bahagian Gopeng…..

      • shamsuleffendey Says:

        Ikut mana miker senang. Kekadang ada yang suh jadi ahli ikut kawasan duduk, tapi nk join program payah. Xde mmber. Ngah baru nak bertatih ni, kawan merupakan sumber inspirasi, sumber kekuatan utk kita datang program. Kalau dh lama nnt, dh boleh survive sendiri tu x da hal.
        So as at a 1st step, aku cadang miker bagik je kat Uncle Rahmat borang tu. InsyaALlah kita bangun dan jatuh sesama. U’ll be not walk alone bro…
        ALlahuakbar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: