MBJ…Malam Boleh Jalan…

July 12, 2009

12072009

12072009(002)

12072009(010)

gambo pejuang² yang memburu syahid malam tu

Ujan mulai gugur membasahi kampungku ini. Sejuknya terasa hingga ke tulang itam? Ntah apa benda tulang itam tu, aku pun x tau. Yang aku tau, ianya beredar dari mulut kemulut, dari generasi kegenerasi yang lain. Masih belum bernoktah. Mungkin satu masa nanti, mata kepala aku sendiri dapat memperakukan apakah dia tulang itam. Yang aku pasti, tulang ayam KFC bukan berwarna itam.

Malam ini mata agak mengantuk, tapi mengenangkan amanah sahabat yg mtk tlg, aku gagahkan jugak mata ni (walaupun bantal bagaikan menari aloha depan mata aku nih). Jihad syeikhhhh. Mungkin kali ni dia perlukan pertolongan aku, harapnya time aku perlukan pertolongan, ALlah akan utuskan sesiapa sahaja yang sudi membantu walaupun orangnya bukan dia yang kubantu dulu². ALlah Maha Mengetahui niat hamba²Nya. Kalau x ikhlaskan hati pun aku kena buat, bcoz mana tau bila keihklasan tu datang kemudian, ALlah mencatatkan bantuan tidak ikhlas aku ini sebagai amalan kebajikan. Bukankah ALlah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang?

Ribut ketiadaan Timb. Presiden sudah reda, walaupun segelintir politikus cuba menjual lagi isu lapuk Kerajaan Perpaduan itu. Cukup cukuplahhh. Kalaupun kita tidak mampu untuk membaca idea besar Tok Guru Presiden itu, jangan pula kita melatah mengatakannya semakin nyanyuk. Apakah tidak kena dengan isu itu? Sekurang²nya ia juga boleh menyenyapkan sementara mulut² rakan² PR agar turut mengambil kira kesediaan kita (PAS) untuk bersama² mereka. Memang sekarang PAS dilihat lemah kerana mempunyai paling kurang kerusi Parlimen, tetapi butakah mereka untuk melihat kekuatan PAS dalam terus mengungguli politik tanahair dengan kemunculannya pada setiap kali Pilihanraya Umum mahupun Pilihanraya Kecil sejak selepas merdeka? Aku kira UMno sendiri tidak segagah ini. Penanti sudah membuktikannya. Jangan cuba bermain politik ugut jika mahu melihat Pakatan Rakyat terus relevan dalam persada politik negara.

Walaupun rakyat juga resah dengan kekerapan PRK mutakhir ini, namun apa yang aku lihat, sedikit sebanyak ia juga turut memberi keuntungan kepada rakyat. Bukan sahaja kepada rakyat yang terlibat sebagai pengundi sahaja, umumnya kepada semua. Lihatlah bagaimana UMno terpaksa tunduk kepada kuasa rakyat apabila bersetuju memansuhkan perlaksanaan PPSMI (?). Kalau bukan kerana PRK  yang berterusan ini, aku yakin isu ini tidaklah terlalu sukar untuk disapu di bawah tikar oleh mereka. Mungkin sekiranya selepas ini ada lagi PRK yang berlaku, kadar tol pula akan dikurangkan. Aku ikuti perbincangan yang berlaku dikaca tv, dan aku yakin rakyat menunggu satu tindakan positif dari pihak pemerintah. Bukan hanya bila terbitnya berita kematian ADUN mahupun Ahli Parlimen, baru sibuk menjual idea.

Cuma satu yg rakyat perlu tahu, berapa banyak duit negara telah dibazirkan hanya semata² melaksanakan satu perintah yang datang dari pemimpin yang kurang akal. Cuba lihat kemusnahan yang menimpa para pelajar, yang kebanyakkannya ialah dari keturunan Melayu itu sendiri. Bicara tentang perjuangan Melayu. Berapa banyak wang yang hangus begitu sahaja bilamana perlaksanaan PPSMI ini dimansuhkan kelak? Bukan jutaan ringgit, malah billion barangkali. Namun yang angkuh tetap angkuh. Walaupun yang memimpin itu hanya berijazahkan universitas luar negara, yang boleh dibeli ditepi² jalan seumpama jualan pasar malam dikampung aku ini.

Celiklah rakyat, jangan kamu diperbodohkan lagi. Mana mungkin seorang perempuan yang tidak tinggi tubuh badannya mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi dari susuknya itu? Hanya sekadar ihsan sisuami memberikannya projek, yang ditatang bagai intan PERMATA. Belum tentu projek ini berjaya, dan keberangkaliannya gagal mungkin lebih besar sepertimana projek PPSMI. Yang penting duit masyuukkkkkk…

Arghh, tipon dah berbunyi. Semboyan telah berkumandang. Panggilan jihad telah bermula. Doakan aku tidak tewas. Adios amigossss…

i

Leave a comment