MU mene lagi…

July 15, 2009

Keputusan PRK N41 MU

Nah akhirnya keputusan telah pun diketahui. Ternyata MU masih terus gagah di Kelantan. Dalam 6  pertemuan sesama mereka, semenjak tahun 1990 lagi,  MU hanya tewas sekali. Itupun dengan gol saat² akhir. Ada yang kata gol curi ayam. Walaupun pertembungan kali ini menggunakan kekuatan hampir keseluruhan pemain importnya, dan juga dengan segala sumber kekayaan melimpah ruah yang datang tak terduga, UMno Be End kali ini bolehlah disamakan bak pasukan Real Madrid. Tapi kesemua itu masih belum memadai untuk mereka menjana kemenangan sulung PM 1 Malaysia di negeri semenanjung. Hakikatnya mereka terus-terusan tewas.

Mungkin persefahaman antara sesama pemain import itu masih belum cukup kukuh. Masakan Cristiano Ronaldo boleh ngam ngan Nistelroy sedangkan semua tau antara faktor perpindahan Nistelroy ke Real Madrid adalah disebabkan pergaduhan besar sesama mereka dahulu. Gitu juga ngan Tok Pa ngan Anuar Musa. Manakan boleh ngam bekerja satu pasukan. Kedua²nya umpama kucing ngan anjing. Mesra diluar, mengelegak di dalam. Hangpa ingat ada x Anuar Musa sabotaj Tok Pa pada PRK N14 MU ni? Kalaulah mereka dapat bersatu berkerja sebagai satu pasukan, aku yakin Najib mungkin mendapat hadiah paling bermakna sempena 100 hari pemerintahannya.

Apapun tahniah buat Abe Uji. Amanah yang diperolehinya sebentar tadi cukup besar. Dulu mu duk beli ike ore, skang mu doh jadi wakil rakyat. Mungkin kalah dengan majoriti yang tipis ini boleh membawa iktibar kepada pendokong dan pimpinan PAS agar tidak berpuas hati dengan kejayaan penuh cemerlang yang diperolehi pada PRU yang lepas. Usaha perlu dipertingkatkan lagi. Sekiranya Kelantan yang mempunyai sistem pengkalan data pengundi antara terbaik inipun mengalami penurunan majoriti, bagaimana pula halnya di negeri aku nih?

Wat Ustz Nik Abduh, ambo doh ghoyak kat mu dulu lagi MU tu gagoh. Mu dok denga. Mu dok sokong LiverFOOL gak wwat gapo. Keh keh keh 😀 ( Ape punya ayat la nih)

i

p/s- Ade lebih dok duit RM300 tuh. Ambo dok sempat amik 😛

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: