Rezeki terpijak

July 17, 2009

Hot memang hot. Apa x nya, hampir kesemua blogggerwan dan berita portal menjadikan kisah kematian Teoh Beng Hock semalam sebagai tajuk pemecah berita. Teoh 30, merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Bagi aku ini bukanlah kali pertama negara kita dikejutkan dengan kes seumpama ini. Sebelum ini jugak kita pernah dikejutkan dengan kematian S. Kugan didalam lokap tahanan PDRM. Begitu juga kematian seorang penjawat awam (kakitangan SPRM) di Sarawak lama dahulu, yang juga mati akibat terjatuh dari bangunan pejabatnya sendiri. Ini membuktikan bahawa sudah tiada lagi tempat yang selamat untuk rakyat berlindung, hatta di balai polis.

Sememangnya kita maklum dan faham sangat insiden serupa ini pasti memerlukan pihak tampil untuk mengaku bertanggungjawab. Bersabit dengan tempat kejadian dan sebab kenapa simati berada ditempat kematian, amat wajarlah bagi aku Pengarah SPRM Selangor ini mengambil sikap tersebut. Sekiranya insiden ini terjadi dinegara Jepun, yang dikatakan antara negara termaju didunia ketika ini, sudah pasti ianya mengundang perletakan jawatan kepada sesiapa yang dilihat terlibat atau boleh terlibat dalam kes tersebut. Kalaupun bukan menterinya yang meletak jawatan, tidak mustahil Ketua Pengarahnya sendiri yang akan berbuat demikian. Kerana apa? Adakkah kerana mereka terlibat dengan jenayah tersebut? Bukan sama sekali. Mereka tidakpun terlibat, tetapi berbuat demikian demi menjaga maruah diri dan majikan. Namun ianya tidaklah menjadi seperti yang kita inginkan dinegara ini. Usahkan meletak jawatan, nak tunjukkan rasa simpati pun tidak? Nasib aku la jadi rakyat negara nih.

Sapa yang untung dengan insiden ini???

Yang aku pasti, bukan Khir Toyo sahaja yang rasa beruntung dengan insiden ini, malahan Nazri Aziz juga sama.

Kenapa Nazri jugak terlibat? Haha… Tu la dia, kisah kematian Teoh Beng Hock ini sama sekali telah membantu memadamkan amarah rakyat kepadanya berikutan kenaikan harga tambang bas dan teksi yang dilihat begitu menggila semalam. Cuba andaikan Teoh tidak mati semalam, sudah pastinya rakyat akan tertumpu dengan isu besar kenaikan harga tambang ini. Buktinya hari ini rata-rata rakyat lebih suka membincangkan isu kematian Teoh dari kenaikan tambang perkhidmatan awam yang diumumkannya semalam. Maka Nazri Aziz lah yang sepatutnya menampung keseluruhan kos pengkebumian mayat Teoh ini atas jasa besar Teoh dalam membantunya mengalihkan isu rakyat ini.Ni la REZEKI TERPIJAK kata orang.

Syabas Nazri, aku kasi kredit kat hang. Kali ni hang lepas. Esok, x tau la lagi…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: