TAKBURRR sesangat …

July 25, 2009

BAHAN LUCAH DALAM E-BOOK

KUALA TERENGGANUSekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah ‘celik IT’ apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

“Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

*sumber Kosmo

Kah kah kah… Dulu kecoh satu dunia kata negeri dia lah yang gunakan tekknologi paling canggih dalam aplikasi pembelajaran. Budak bawah umoq dah kasi E-book. Depa ingat budak skang nih cam budak dedulu. Jahat budak skang nih lebih advance dari bebudak dulu weh oiii… Budak dulu abis jahat pun g nangkap ikan laga kat paya. Budak skang nih??? Tgk citer lucah guna E-book… Kah kah kah. Advance advance.

La nih nampak gayanya Jabatan Pendidikan negeri kene tarik balik la penggunaan E-book kat skolah² trengganu tuh. Sian kat budak, trpaksa jadi eksperimen. Yang untung sapa? Supplier E-book la beb. Yang bertuah sapa? Bebudak yang tengok cite lucah tu la. Hak hak hak… Belum pun terlaksana pendidikan seks kat skolah menengah, bebudak skolah rendah lagik awai blajaq buat seks. Hancoq bebudak la nih….

i

p/s- Jangan lak pasnih JPN Terengganu umumkan hasil kejayaan penggunaan E-book ini dengan meningkatanya kelahiran anak haram oleh pelajar² perempuan sekolah rendah tu. Haru wehhhh…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: