Penat tp berbaloi II…

August 2, 2009

Arinih aku meneruskan siri perjuangan peringkat kedua dengan menghadiri Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di Masjid Tinggi, Bagan Serai. Program berlangsung dari jam 11.00 pagi berlarutan hingga ke 4.30 ptg. Mulanya sms yang masuk dalam inbox msj aku mengatakan pimpinan yang hadir antaranya Salehuddin Ayub, Naib Presiden PAS; Ust. Idris Ahmad, Ket. Penerangan PAS Pusat; Abg Mat Sabu & Hj. Nizar berserta pimpinan Pakatan Rakyat Perak termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak yang baru, Ust Abu Bakar Hussain. So as usual, bila tau jek top gun ramai yg nak hadir program nih, segala keletihan dan kemengantukan yang melanda setelah bermain aci kejar dengan anjing BN semalam hilang sama sekali. Semangat beb…

Jam 8 pagi seperti yang dijanjikan, Ust. Sodiqin jemput aku kerumah. Tu pun pas jenuh bagi direction. Umah aku yg senang pn x leh nk cari. Isk isk isk. Abg ipaq aku join sama. At least bila dah numpang ni, terlepas la tanggungjawab aku memegang stereng. Makna terselindung, leh la aku melelapkan mata, qadha’ balik tido yg singkat malam tadi. He he he, bijak bijak…

Jam 8.30 pagi berkumpul kat depan Pej. PAS Perak bersama² geng Gopenghegen. Cheh, baju cap tangan. Cam parti PSM lak. X ikut arahan tol la diorg nih. Padanla x menang PRU aritu. Haha kasi bakarrrrrrrrr… Shah ngan muslimat kwsn aku folo. Memasing bersemangat. Yang muslimat nih ingat ada demo cam semalam lagi. Dh rasa sronok la kot. Main aci kejar ngan aci nyorok ngan anjing² tuh. Nyaris x kena pegang. Klu x jenuh gak kena samak. Hj. Saleh, bapaknya Shah pn nk folo. Ilang terus sakit kakinya. Mungkin kesan lompatan antara 2 longkang semalam menjadikan sakit tu lenyap. Dalam kesakitan ada kenikmatan. Syukur.

Zul dah menanti sambil melelong barangan kawasan yang x abis diqeqah. Pemuda kawasan aku muka yang sama jugak yg g KL semalam. Yang bertukar hanyalah Hamzi dengan Ijat. Hamzi ngah honeymoon ngan bini kat KL. Usah dikacau. Kira punya kira, Gopeng lagik ramai. So otomatik diorg lead la. Patutnya ada lagik 3 kawasan yang akan berkonvoi bersama² kesana. Tambun, Ipoh Barat dan Batu Gajah. At last, Batu Gajah hadir bersama gerombolan pemuda bermotor. Aduh sexynyer dey all tu. Daring semcm jek. Rambut ada kaler, rantai lak berkilau dileher. Ada sorg tu cam aweks lak. Tapi x bertudung aku rasa. Saip isap rokok beb. Ntah betui ke x mata aku time tu. Yang aku pasti dia pakai helmet kaler pink. jarang amat jantan guna kaler tuh. Haha.

Apapun manusia boleh berubah. Dari x baik ke baik, ataupun dari baik ke x baik. Jgn trlalu prejudis. Manataukan satu hari nanti dey all tu lebih baik dari pemuda kawasan aku nih. jadi cam Saidina ‘Umar r.a barangkali?

Pas dibagi penerangan sepintas lalu oleh ketua kontinjen, budak Sandakan origin tuh, disertai doa oleh Ust Faisal, pemangku KP kawasan aku, perjalanan dimulai dalam keadaan hujan renyai. Petanda yang baik barangkali. Tup tup time satu korner tajam, mamat Batu Gajah ni sudah over da shot. Tertonggeng lah beliau. AlhamduliLlah kenderaan dalam mood mendaki bukit. Kelajuan dalam tahap yang minima. Xder kejadian buruk berlaku. Mamat tu pun haram nak mandang kume yg kt blakang ni. Cover line la tuh. Aku paham sangat. Hik hik…

Masuk je hiway, abis ilang segala perancangan. Chef da mission ntah kemana, lori lojistik ntah kemana, marshall ntah kemana. Yang aku tau, bebudak moto tu jek yang duk memulas throtle sambil melayan ujan. Sian lak. Tapi klu dah boleh berposing amik gambar sambil menunggang, nak sian cmne lak kan? Layankan je la. So aku suh Sadiqin lajukan kete. X yah la berkonvoi gaya ni.

Sampai tol Taiping (U) jam 10.30 pagi. Than singgah kat kedai cendoi pulut. Mee sup ngan teh tarik jadi juadah pengisi perut. Masa tuh geng pemuda aku suma dh berkumpul kecuali Zul ngan Faisal dan team TC. Shahril, Pedous, Ijat, Shah, Hj. Saleh, Sadiqin dan Padil, wira adijagat kawasan aku yang baru kuar balai semalam berjemaah minum pagi. Yop aku ketagih tido.Sempatla Padil citerkan keadaan sebenar semalam. Xde kene charge apa² pun. Just amik keterangan jek. Duit jaminan RM400 pun x da kena bayor. So clear dah la. Selamattttt…

Sampai kat venue program, dah berkumandang pun lagu rasmi negeri Perak. Aku ingat² lupa lagu nih. Lama sgt dah x jadi penyanyi lagu² patriotik nih. So kumat kamitkan bibir je la. Sambil memandang himpunan buahan kayu yang terhidang ateh meja kat situ. Kat dalam dah berapi Ketua Penerangan DPPN aku berucap. Ntah apa la yang dihentamnya. Tapi yg pasti ayat UMno x tinggal. Haha nasib hangpa la UMno. Org duk gila zikir nama parti hangpa la ni…

Sambung lak ngan Ketua DPPN aku. Makin hebat berucap. Umoq muda dari aku rupanya. So aku rasa kalau dapat pendedahan yang lebih bom, leh duk dalam EXCO DPPP next time. Aku makin selesa ngan kepimpinannya. Teruskan. Mana yg baik aku sokong. Tup tup ngah sedap layan ucapannya tu, ada la petugas keselamatan (aku kira berpangkat jugak) rentap wayar speaker. Aku memang x masuk dalam pun. Malas nak bersila. Rupa²nya polis hanya membenarkan corong speaker di tala ke dalam dewan. Cheh, awat x brani diorg nih. Lantak pi la klu anjing bertopi merah tu serbu. At least ada la media event tuk arinih. Xdak strategi or dh letih nak berstrategi, dua-dua aku x tau.

Kemudian Hj Nizar sampai. Beratur org duk nunggu nak bersalam. Aku cam besa, x mandang pun benda² camni. Ada dia huloq aku salam, x dak aku wat besa je la. Dia pun xde masa yang banyak. Nak ke Bagan Datoh lak kata PK nye. Ntah la, yang nih pun satu hal. Pemuda Perak duk buat program nama Himpunan Bubarkan DUN Perak, naper la x leh duk lama kat majlis tu. Moral support tuk dia gak. Nape klu ngan parti lain leh duk lelama. Aduh penin aku. Biorle orang nak marah aku, memang aku terasa benda tu. Nak wat camne. Aku luahkan je la. Hangpa jgn bantai aku lelebih.

Pas dia berucap, turn Ust Derih lak. Yang nih memang aku salute dari dulu. Still maintain. X berubah nada ucapannya. UMno wajib kene sembur. Cayala Ust. Selebihnya aku x baper nak ikut. Termasukla Shamsul Iskandar Ketua AMK tu coz speaker x lepas kat luar dah. Aku banyak abiskan masa melayan seorang tua yang terkena air berasid semalam.

Bebudak baju itam (tema kaler program arinih) makin banyak yg keluar. Sementelah pulak hidangan buahan kayu menggamit selera dan nafsu makan depa. Sapa suh hidang benda mengghairahkan open cmtu. Kan dh jenuh nk jaga keselamatan buahan kayu tuh. Syabas buat Ust Derih Semail, yang berjaya menjaga buahan kayu tersebut dari di kidnap oleh penceplos yang rakus tuh.

Program berenti makan jap. Sapa yg nk solat pn boleh. Masjid sebelah. Geng motor Batu Gajah tadi hilang usai azan berkumandang. Mungkin cari masjid jauh sket. X slesa bersesak ngan peserta program ni barangkali, sangka baik aku laa. Harus dapat pujian nih😛

Aku x de mood nk makan, pas mengadap dokong yg manis dari Hasan KP Changkat Iboi. Contoh teladan dari kawasan yang menang. Deghiyan aku tgk cam x baper besh jek. Buah x mari la. Mungkin buah dh tinggal yg buang buruk jek kot. Kawasan mana bawak deghiyan angkat tgn???😀

Aku solat jamak ta’dim kemudiannya ngan para jemaah yang lain. Upernye citer himpunan semalam masih menjadi pemecah berita diberanda masjid tuh. Bukan main havoc suasanyanye ketika tuh. Memasing bawak citer versi tersendiri. Yang x pegi pun sebuk nak reka citer. Leks la brader. Jgn kencin dalam masjid. Tuhan marah wo…

Program bersambung kul 2.30ptg. Aku duk nyimpang ke kedai minum warga Satun depan masjid tu ngan orang tua yg kena asid tu la. Pas mai secawen radix, aku dh fresh balik. Rasa nak mukui anjing pun ada. Nyaris x de anjing yg lalu time tuh.

Singgah masuk jap kedalam dewan. Aduh, cam besa bila program panjang berjela, komitmen peserta makin menipis. Aku jangka kurang 100 orang yang tinggal. Lastly hampir mencecah 50 orang je yang tinggal. Siap kemas dewan lagik time EXCO DPPP menjawab soklan. Hilang adab nampak gayanya. Aku dah pun menjangka bila ada jek break mkn n rehat tghari, situasi begini akan berlaku. Mungkin DPPN juga sudah menjangkakan. WALLahua’lam. Aku harap pasnih penganjur boleh fikirkan kaedah lain dalam menarik minat peserta utk terus kekal dalam program hingga ke akhir. Mungkin program membabitkan dewan tertutup tidak seswai. Mungkin jugak program berbentuk santai seperti rehlah di tepi laut sambil bermalam di situ boleh difikirkan. Dah tentu xdak chance nak lari balik awai. Aku rasa laaa… Hangpa rasa cmne?

Balik jam kat kul 5. Ikut jalan lama menghala ke Kuala Kangso. Masuk hiway straight ke rumah. Singgah umah Ust Harith sempena majlis kenduri perkahwinannya. Shahril menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPK membeli hadiah sebagai tanda ingatan. Semoga perkahwinan ini mengembirakan anda berdua dan kekal hingga kesyurga naknya, insyaALlah. Aminnn..

i

2 Responses to “Penat tp berbaloi II…”

  1. haris Says:

    patut aku tgok kome xde, pegi minum cendoi ghopernye. tapi baju cap tangan ari tu sold-out, pasni kami nak buat baju cak lutut plak..amcam, ada bran? bran beli la

    • shamsuleffendey Says:

      Cheh apa barang cap lutut. Kalau roti lutut cicah kopi o tu ok la jgak. Aku cadang hangpa buat baju Cap Ayam jek. Musti licin licap nye.
      Mana x nyinggah kena cendoi, dah chef da mission nye berdesup. Ronaldo pun x laju cam miker.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: