Idea buat Mat Black…

August 10, 2009

bubar-dunMata masih segar. Siang tadi dh cas full. Maklumla ujan lebat. Rahmat ALlah buat makhluk yang suka mengambil kesempatan seperti aku ni. Tambahan pula disebelah paginya bertungkus lumus bertugas di program Sukan PASTI Kawasan. AlhamduliLLah, pemuda kawasan aku berjaya menunjukkan solidariti yang terhasil dari tarbiyah yang diberikan sebelum ini. Lega bila program besar seperti ini tidak cacat. Sekalung tahniah buat pengarah program, Akhi Nain dan zaujahnya yang juga merupakan s/u program. Yang lain² aku berikan thumb ups diatas komitmen yang diberikan. Mudah²an ALlah meredhai keringat yang telah dikeluarkan pagi tadi. Dan yang paling aku terharu apabila team Medic yang turut sudi serta membantu memeriahkan sambutan. 1st. time eva team Medic dijemput. Syabas Pengerusi kawasan baru aku, Akhi Syazwan di atas kejayaan tersebut. Cuma yang agak memilukan sedikit apabila ketiadaan perasmi yang grand utk merasmikan program tersebut. Nyarisla KP aku sekarang bertaraf negeri. So x lekeh sangat la. Nak harapakn yang lain, pelbagai alasan diberi. No hal, kawasan aku x bertanding, walaupun menang kesemua.

SO berbalik pada hari yang sama minggu lepas. Berlangsungnya Himpunan Pemuda Perak bersekali dengan tema Himpunan Bubarkan DUN Perak. AlhamduliLLah program pertama di bawah kepimpinan baru ini berjaya mencapai matlamatnya. Kiranya x silap aku, himpunan tersebut merupakan penutup kepada program pemuda mengenai isu DUN Perak. Kira kemuncak acara la tu. Namun disebabkan berlakunya Himpunan Mansuh ISA sehari sebelumnya, dan komen yang diberi oleh Najib H1N1 di atas komitmennya memberikan kelonggaran sebarang himpunan boleh dilakukan di dalam stadium, maka DPPN Pk sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia mengadakan satu lagi himpunan besar-besaran di Stadium Perak pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian bagi menyambut lamaran yang telah dihulurkan oleh Najib H1N1 itu. Walaupun Mat Black Zambry cuba untuk memperlekehkan hasrat DPPN Pk itu, ianya tidak menjadi hal.

So sementara untuk menantikan ketibaan tarikh himpunan besar-besaran 1 Black Perak tersebut, apa yang perlu kita lakukan? Mm sambil melihat percaturan pengadil yang memberikan kemenangan kepada pasukan Chelsial dalam pertandingan Perisai Kouminiti BPL sebentar tadi, kepala aku ligat memikirkan apa pengisian yang boleh dilakukan oleh pemuda yang sudahpun mempunyai baju hitam (termasuk cap tangan tu). Memandangkan ianya baru sehari digunakan, amat sayanglah sekiranya baju tersebut terus terbiar disimpan di dalam almari kain sambil menantikan baju baru sampai bagi acara yang lain. Oleh itu antara cadangan aku yang boleh difikirkan bersama ialah :-

Apa kata hari Sabtu @ Ahad dijadikan perhimpunan aman warga Mat Black (tidak termasuk yang berkulit itam cam Zambry tuh). Maksudnya di adakan program mingguan berkala, selagi tidak bertembung dengan program besar negeri mahupun kawasan masing². Contoh berhimpun solat zohor beramai² di satu tempat. Tempat yang paling strategik pada aku di Masjid Hospital. Parking keter reramai kat situ. Solat zohor bersama². Kalau satu kawasan zon bandaraya jek dah leh antar 15 org, kali ngan 5 kawasan dah ada 75 orang. Kira ramai dh. Lum campur ngan kawasan² luar zon bandaraya lagik. Aku lebih sasarkan zon bandaraya coz kawasan ni la yg paling senang nk dtg kat ipoh ni. So klu zon utara atau selatan nak buat ditempat memasing, dialu²kan. Cari tempat strategik.

Ok, pas solat lepak² jap. Agak dh lapor, kita berjalan kaki beramai² g kedai makan. make sure bendahari kawasan memasing siapkan duit tunai bagi memudahkan urusan pembayaran makan kang. Tempat yang aku cadangkan yang agak x jauh dan x dekat. Mungkin kat Restoran Tasek Raban. Kalau rasa mahal sgt kedai tu kita g Medan Selera Stadium Perak. Yang penting tempat tumpuan ramai.

Ok, dah setel makan dan bayor, kita amik stamina jap. Bernafas bebanyak. Sbb kang tkt semput lak. Then bila stamina dah cover balik, kita berjalan lagik. Kali ni aku cadang kita berjalan mengunjungi pasaraya besar. Tempat strategik nak pegi ke Ipoh Parade coz kat situ memang pusat segala pusat. Memacam pusat pun ada. Tambah pusat aweks. Lagik melambak. Maksud aku tempat tumpuan orang muda la. Kalau nk lagi besh, kita pakat turun main bowling kat situ selenggok dua. Biar reramai main. Havoc gila. Dapat balingan strike jek, jerit la Zambry Haram ke, Bubarkan DUN ke. Janji happening.

So dah abis ngetes bowling kat Ipoh Parade, adalah lebih molek kita terus berjalan menuju ke Greentown Mall lak. Kat situ pun tumpuan muda mudi gak. Yang ni kita just jalan² sambil tengok henpon. Aweks jual henpon tu pun mari² gak. Rugi x dakwahkan. Haha. Make sure kita lalu reramai depan bangunan DBI tu. Kompom mat indon pun join nanti nyer.

And da last, bila dh rasa kematu tumit duk berjalan jek, kita basahkan tumit tuh ngan air wudhu’. Solat ‘asar balik kat masjid Hospital tuh. Abis solat, kita sembang² atau nak lebih cantik, kita bergerak dengan kenderaan memasing menuju ke Taman Kanak² minum petang kat sana. Ramai gak org kat sana.  Dh abis minum, leh berambus ke kawasan memasing laaaa. Xkan itu pun nk bgtau.

So aku rasa program 4 jam nih x da la lama mana. Enjoy lak tu. At least leh kasi stamina badan tu. Senang nak lari time kena sembur dek water cannon nanti. Kan cantik tuhh. So ada bangkangan ke? Atau ada penambahbaikkan? Aku alu²kan. Kalau xnk buat pun xpe. Sekadar cadangan aku jek nak kasi guna bebetui baju itam yang dapat aritu. Bukan free weh oi baju tu. So rugi la kalu x gunakan bebetui sampai kusam. Kan???😀

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: