Permatang Pasir : Sebuah catatan I

August 16, 2009

Markaz UPU

Seperti yang diputuskan, nama aku naik untuk bertugas di PRK N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinang.  AlhamduliLlah aku menerima seadanya, walaupun hati masih berbelah bagi terhadap sikecik dirumah. Mudah²an ALlah melindungnya bersama keluargaku yang lain. Sementelah pula aku diberikan keringanan di PRK N41, Manek Urai sebelum ini.

Bertolak dari pejabat jam 2.30 ptg dengan Salman menaiki seekor kancil dalam kehangatan cuaca yang amat membahang. Sebelum² ini cuaca agak suram tapi tidak untuk hari ini. Nampaknya ALlah menguji kami untuk melihat sejauh mana kami mampu bersabar dalam mencari keredhaanNya. Aku pasrah.

Markaz UPU 2

Markaz UPU Permatang Pauh

Sampai di Masjid Batu yang terkenal tu dalam suasana azan ‘Asar masih belum habis dikumandangkan. Kerana tidak sempat menjamakkan solat tadi, kami bersama-sama jemaah masjid tersebut menunaikan kewajiban terhadap ALlah SWT. Namun tika mahu mengambil saf, mataku terpandangkan seorang tua berbaju hijau epal bergambarkan tok guru. Semacam kenal jek aku ngan susuk tubuh orang tua nih. Tapi demi nak mendapatkan kekusyhukan solat, aku melupakan sementara kelibat orang tua tersebut.

Usai imam membacakan doa, aku kembali mencari kelibat sang tua berbaju ijau tadi. Dah ghaib entah kemana. Mungkin jelmaan Malaikat yang ALlah utuskan buat tatapan sebentar mata aku barangkali? Sambil menantikan sahabat yang menguruskan rumah penginapan buat kami kontinjen PAS Perak, kami disapa oleh seorang sahabat dari Parit yang sedari awal telah memberikan komitmen untuk membantu kami selama berada di sini. ALhamduliLLah kami bermula langkah kanan. Dia menetap di Kulim, Kedah. Katanya x jauh sangat kalau nak berulang ke tempat tugasan kami, UPU Permatang Pauh.

Markaz BN

Markaz BN yg terletak bersebelahan

Sambil santai bersembang, kelibat sang tua berbaju ijau epal tadi muncul kembali. Sah bukan malaikat. Malaikat mana merokok cam dia. Haha, sempat aku berlawak. Itulah dia Abg Rahim Komando, petugas setia PAS Perak setiap kali PRK diadakan selepas sahaja PRU-12 yang lepas. Aku memang agak akrab ngannya walaupun perbezaan umor yang amat jauh umpama anak dengan cucu. Tapi abg Rahim ni still steady. Maklumlam grad komando. Tu pasal maintain. X mcm abg polisi yang boroi² perutnya sebaik memulakan pencen. Mungkin kerna terlebih makan duit rasuah gamaknya yang menjadikan perut mereka itu bagai menyimpan buah tembikai di dalamnya.

Rupanya dia mencari Bun @ Biyamin yang terlajak. Bun membantu team PAS Perak membawa barang lojistik. AlhamduliLlah sahabat yang berjanji menguruskan penginapan untuk kami juga dah muncul. Hamid Bagan Serai dan kawan lamanya juga ikut skali. Biarla abg Rahim teruskan pencariannya tu. Dah jumpa nanti taula dia ke rumah penginapan tu. Bab cari mencari ni dia memang xpert.

Rumah PAS Perak

Rumah PAS Perak

Akhirnya kami sampai ke rumah yang dijanjikan. Cukup selesa walaupun tidak ber’ekon’. Mungkin pengarahku sengaja cuba menutup ruang² fitnah dari bermaharajalela selepas PRK ni nanti. Aku x kisah sangat. Asalkan boleh meletakkan badan, dan yang paling penting tidak menyeramkan. Sebelum ini ada kedengaran yang kami akan ditempatkan oleh UPU Permatang Pauh disebuah rumah banglo yang sudah hampir runtuh. Nampak gayanya rezeki kami lebih baik. Rahmat yang dilimpahkanNya kepada kami akan kami jadikan penguat semangat bagi memberikan komitmen yang tinggi demi memenangkan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), insyaALlah.

Ramdhan pun dh ada, so kami mulakan kerja pembersihan. Hamid ngan kawannya blah. Alasan mesyuarat langsung xde kene mengena dengan situasi yg kami alami ketika itu. Xpe, ada ubi ada batas. Kalau jumpa tengah jalan, kami langgor jek. Bior dia tau berbahasa sket. Haha, niat aku dah mula terpesong. AlhamduliLlah kerja² pembersihan selesai ketika maghrib hampir menjelma. Tahniah buat semua. Satu kejayaan awal sebelum kejayaan lebih besar akan kita kecapi seminggu lagi. Takbirrr…

So malam ni xde tugas apa yang akan kami buat. Cuma Ramdhan ngah sibuk buat TAG petugas yang akan hadir bertugas dalam masa seminggu nanti. Selebihnya hanya berbual kosong mendengar pengalaman abg Rahim. Maklumla dia paling senior. Dan kalau kami xnk dengo takut dia merajuk nak mintak balik lak. Lagi naya. Nak xnak layan je la. Hik hik…

Harapnya hari esok bakal memberikan pengalaman baru buat aku. Setiap tempat pasti ada keistimewaannya. Buat pembaca yang ingin menyumbangkan sumbangan kewangan buat kami di sini, amatlah dialu²kan memandangkan kami ni masing² mempunyai sumber kewangan yang amat terhad dan terbatas. Sebarang sumbangan boleh dibuat di akaun Maybank 158015068493 atas nama aku Shamsul Effendey B. Abd. Rahim. Sms aku kalau dah masuk duit tu di no : 019-523 8771. InsyaALlah akan kami gunakan sebaik mungkin sumbangan anda demi memenangkan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS).

ALlahuakbar3x

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: