Permatang Pasir : Sebuah catatan II

August 17, 2009

Arinih ari ke-2 penginapan aku di rumah yang serba sederhana ini. AlhamduliLLah tetamu yang datang pun x bangkitkan keistimewaan rumah ni selain dari mempunyai ruang bilik yang banyak. Maknanya dah selesai satu masalah. Kot ada yang nak ungkit pasai ekon lagik pasnih, meh aku jolok bijik mata hangpa tuh. Kah kah kah…

Tugas pertama team PAS Perak pagi nih mencari tempat untuk bersarapan. X jauh mana pun kedai makannya. Kuar jalan besar jek dh jumpa. Jalan kaki pun sampai. Kiranya tempat nih strategik untuk kami di sini. Kedai makan cukup banyak. So x perlu nak dirisaukan. Ramdhan ditugaskan menjaga rumah. Lagipun matanya agak sepet pagi nih. Cam anak cina lak.

Abg. Rahim Komando

cuba bergaya ala-ala model catwalk

Kemudian perjalanan kami diteruskan menuju ke Markaz UPU Permatang Pauh. Satunya nak jumpa ngan s/u UPU bagi membincangkan gerak kerja yang akan dilakukan nanti. Dan yang keduanya untuk melihat penempatan muslimat PAS Perak berhadapan Markaz UPU tersebut. Sambil duduk menantikan wakil tuan rumah datang, kami bersama-sama cuba meneka berapakah usia rumah yang dijadikan Markaz UPU tuh. Kalau bukan berteman, tobat lahum aku berani nak lepak situ. Seram lagik menyeramkan. Haha.

Sempat juga berkenalan ngan Ketua Cawangan UPU Permatang Pauh tu. Kebetulan dia nak ke mesyuarat MTD. X lama kendian, tuan umah pun sampai. Bawak kami ke rumah tersebut. Rumah sewa 3 pintu. Kami dapat yg tengah. Ada bilik 2 + bilik mandi dan jamban curah. Haha ada lagik jenih umah pakai jamban pesen ni. Bau??? X yah cakap la. Kang ada yang x de selera nak makan. So cam besa, pakar pembersih rumah, Abg Rahim dah bersiap sedia menyingsing lengan. Hampir 2 jam, kebersihan rumah tersebut mungkin boleh mencapai tahap A+. Itupun kalau nak nilai antara sebelum dan sesudah la.

Operasi Pembersihan Hari Ke-2

pakar pembersih sedang melakukan kerja akhir

Setelah berpuas hati, kami kembali ke Markaz UPU. Kelihatan sudah agak ramai yang hadir memenuhi markaz tersebut. Antaranya muslimat PAS Bayan Baru yang baru selesai mengadakan aktiviti mengedar topeng mulut dan risalah doa penyakit H1N1. Cekap muslimat nih. X lama kendian sampai la calon PRK N.11, Ustz Salleh Man. Sambil berbual mesra menyapa petugas muslimat di situ, seterusnya diperkenalkan oleh s/u MTD kepada kami, wakil PAS Perak.

ngan calon PAS PRK N.11

Abg Rahim mengetuai upacara salam perkenalan

Man Saleh v./s Saleh Man

salMan Saleh v/s Salleh Man

Lepas jek calon pegi, kami menyambung aktivit suai kenal dengan penggerak UPU di situ. Seterusnya berbual dengan Ketua UPU yang sudah mulai mempunyai masa. Tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan ketika ini. Terdapat beberapa anak muda yang bersemangat mengusung bendera untuk dijadikan santapan kerja malam nanti (ataupun selepas penamaan calon esok). Alatan masih banyak yang tidak cukup. Mudah-mudahan ALlah memudahkan segala urusan mereka² ini.

bersama Ketua UPU Permatang Pauh

membincang strategi atau mengajar bunga silat?

Dari firasat aku, Ramdhan kat umah tu mau dah guling perin menahan lapor. Tu la pasai, yang g order nasik berlauk apsal. Sini bukannya kat Kuale Ganu nun. Saja carik penyakit. Nasib la. Balik singgah kedai sebelum Masjid Batu tu. Ntah apa namanya aku pun lupa  nak tengok. Tapi yang aku pasti, lauknya hampit menjangkau 50 jenis termasuk ulam-ulaman. Melainkan di Restoran Tasik Raban, berhampiran Stadium Perak dan gerai tepi jalan di Pundut, Lumut, x pernah aku jumpa kedai makan yang hidang juadah lauk pauk yang amat ramai camni. Sampai aku penin nak pilih lauk. Lastly lauk rutin ayam goreng ngan sayur kobis masak lemak. Cheh skema jek lauknya. Esok mungkin aku nk try ushar si keli panggang pulak. Harganya murah bagi aku. Tahniah buat peniaga yang tidak mengambil kesempatan time² PRK ni. Pelanggannya pun ramai bebenor. Gile nunngu nak bungkus nasik tu.

Sampai umah, Ramdhan ngah golek². Mungkin senaman nak kurangkan rasa lapor perutnya tu. Aku tengok makan dia pun agak berselera. Ok la tu. Aku rasa kalau time tuh, bagi nasik kosong pun dia telan. Kah kah kah. Petang tu dia lak ninggalkan kami. Kuar ngan Che Nan dan Shukri Amin, orang kuatnya dari Lenggong. Seakan membalas dendam di atas kelaparan yang ditanggungnya pagi tadi. Salman keluar ke pelancaran Himpunan Pemuda PAS di Kg. Pelek. Abis program, kebanyakan pemuda singgah kerumah ni termasukla Pemuda Kawasan aku. Baru rasa suasana nak berpilihanraya. Siap tayang baju free lak. Nyaris aku pun dapat walaupun x g. Mekacih Nazri Din. Nanti aku lobi jadik KP negeri next term ok? Haha…

Baju Free

Baju Free

Geng Pemuda

Weiii, ingat ni CC ka? Nak updated blog g CC la…

Lastly, sket demi sket beransur menghilangkan diri. Salman pun balik Ipoh memandangkan mesyuarat UPU ditangguhkan kerna terdapat ceramah besar membabitkan Presiden PAS, Ketua UMUM keADILan dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhampiran pasar di situ. Esok penamaan calon. Aku jangka xdak orang nak turun coz Kementerian Kesihatan dah warning jgn turun. So Be End dah ada alasan kalau kehadiran penyokongnya hanya seramai 7 orang. Tapi bagaimana pulak dengan penyokong Pakatan Rakyat? Kalau masih tetap ramai, nampak gayanya penyokong Pakatan Rakyat memilih untuk mati demi melihat demokrasi terus subur di bumi Malaysia, dari hidup tapi menyaksikan demokrasi dimatikan oleh pihak pemerintah. Bersambung ke esok hari…

i

p/s-catatan bukan untuk memalukan mana-mana pihak, tetapi hanya untuk mengisi masa yang senggang. Harap pembaca pandai menilai.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: