Berita Hairan!!!

August 20, 2009

Berbagai benda pelik berlaku kepada Be End kebelakangan ini. Antara yang terbaru seperti kenyataan terbaru Muhyiddin Yasin nih seperti di bawah…

i

DUN Kota Seputeh: TPM harapkan SPR timbangkan keadaan ADUN

Oleh G. MANIMARAN

SEBERANG PRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif – dari Umno-BN – yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

“ADUN Abu Hsaan tak hadir kerana sakit dan beliau ada dokumen berkaitan. Kali ini DUN cuma bersidang sehari. Dan, jika tidak hadir satu hari itu bermakna tidak hadir satu penggal.

“Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur,” kata beliau pada sidang media di sini petang tadi.

Selanjutnya di sini

i

Apa kena dengan Mahyuddin sekarang ini?

Kenapa beliau begitu KECUT untuk menghadapi pilihanraya kecil sekarang?

Adakah kenyataan PENGECUTnya itu terhasil akibat kesan gegaran sewaktu helikopter Nuri yang membawanya ke Sabah tempohari?

Kenapa perlu merayu kepada SPR agar tidak mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN tersebut?

Atau adakah beliau sudah menghidap penyakit sindrom takut berdepan dengan kekalahan?

Aku rasa Najib patut mengarahkan Muhyiddin membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dirinya sempurna untuk melaksanakan tugas  besar membantunya mentadbir negara.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: