Kenyataan Media

August 27, 2009

PASARAYA BESAR HABIS GULA: KPDNKK PERAK PERLU CARI FOMULA KONKRIT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) meminta supaya Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi menjelang Hari Raya tidak lama lagi bagi memastikan perayaan ini tidak terjejas akibat bekalan berkurangan atau tiada langsung bekalan gula.

 DPPK IT melihat walaupun kempen jualan gula secara terus kepada orang ramai dengan membuka gerai menjual gula di bazar-bazar Ramadan serta operasi bersepadu bazar Ramadan masih lagi menunjukkan bekalan gula masih tidak mencukupi terutama di pasaraya-pasaraya besar.

DPPK IT meminta KPDNKK Perak membuat pemantauan di pasaraya-pasaraya besar kerana di situlah tumpuan orang ramai yang akan berkunjung bersempena perayaan yang akan menjelang kelak. Dari pemantauan DPPK IT, pasaraya-pasaraya besar sekitar Ipoh menunjukkan suasana tempat jualan gula sudah kehabisan.

Oleh yang demikian, DPPK IT yakin satu fomula konkrit akan dikeluarkan oleh KPDNKK Perak bagi menyelesaikan krisis bekalan gula yang saban tahun akan di depani oleh seluruh rakyat apabila menjelang perayaaan besar. Usaha ke arah pemantauan, penguatkuasaan dan hukuman yang keras harus dikenakan kepada yang menyimpan bekalan gula tersebut.

i

i

AHMAD SHAHRIL JALALUDIN

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

 i

One Response to “Kenyataan Media”

  1. amer Says:

    nak carik formula concrete ape nyer mat dah pemborong yang x bertanggung jawap…gula diambil dari kilang oleh pemborong,pemborong pula dok simpan gula tu..salah kementerian ke tu mat,ke salah ko..kuikui….x pon ko suruh la nik aziz tu bukak kilang gula tuk sponsor masa raya nie…khekehkehkkehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: