Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan BN

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu adalah agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-kedua belah sungai berkenaanBerita Harian

i

Ni la kalau pemikiran pengundi saluran 1. Hanya sekadar mendapat jambatan baru jek dah leh suh undi parti tuh seumur hidup? Cikai sungguh pemikiran jenis nih. Aku rasa hina sangat la UMno Be End kalau disamakan pemerintah yang hanya reti membuat jambatan jek. Kalau orang kampung skolah rendah x abis di Manek Urai tu pun leh beza pembinaan jambatan tu tanggungajawab yang wajib dilaksanakan oleh pihak pemerintah, x kisahla samada yang memerintah itu dari parti mana sekalipun, xkanlah Sultan yang tahap super power nih x reti²? Ke Sultan Pahang ni mempunyai tahap pendidikan lebih rendah dari pengundi Manek Urai???  Pendapat aku, pihak istana janganla nak jadi parti komponen terbaru Be End. Hilang hormat rakyat nanti. WALlahua’lam…

i


Salam Lebaran…

September 19, 2009

raya

i

Buat semua penjenguk blog aku, aku ucapkan Selamat Hari Raya ‘IdilFitri. Maaf Zahir dan batin. Buat yang pernah aku kutuk, juga ucapan yang sama aku ucapkan. Moga sudi memaafkan salah dan silap aku selama berblog di sini.

i

Bebal lagik Lembab…

September 17, 2009

40,000 Dos Vaksin H1N1 Tiba Akhir Bulan Depan, Kata Liow

BENTONG, 17 Sept (Bernama) — Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin Influenza A(H1N1) yang ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara ini akhir bulan depan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.

Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanyaBernama

Kelmarin aku terbaca laporan Kementerian Kesihatan yang agak sedikit berbangga kerana tiadanya kematian akibat pandemik Influenza AH1N1 di Malaysia. Katanya, dari Jumaat hingga kelmarin tiada sebarang kematian dilaporkan. Wahhh bangga bebeno yop. Cam menang tikam nombor jek. Tup tup semalam dah 2 orang kojol. Kah kah kah, baru nak bangga dah kantoi. Tu pasal ALlah larang dan x suka sikap bangga tuh. Kenapa x bersyukur jek bila xda kematian.  Xyah nak bangga². Bukannya dapat hadiah pun.

Lagipun jgn duk eksyen sangat. Vaksin wabak ni baru nak sampai. Bila nak sampai? Ujung bulan depan. Tu pun kalau flite x delay. Kalau delay ataupun harga vaksin tu naik, mungkin tangguh lagik. Alaaa baru 76 orang kojol. X banyak mana pn. Rakyat Malaysia yang sihat ada lagi 27 juta beb. 1% pun x sampai. Jangan gabra. Jangan la jadik ahli menteri di Taiwan tu. Baru terlambat nak tangani kirsis taufan, dah letak jawatan. Kita dah dapat tahap negara maju. Nak berbanding ngan Taiwan yang xda apa benda tu, apa sangatla kan???

i

Nasib kita…

September 17, 2009

MSD Jakarta ingatkan pelajar Malaysia hindari tempat awam masa hari raya

PETALING JAYA: Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Jakarta telah menasihati para pelajar Malaysia yang tidak pulang ke tanah air untuk berhari raya supaya menghindari tempat tumpuan orang-ramai semasa perayaan Aidil Fitri nanti.

Pengarahnya, Dr Junaidy Abu Bakar berkata, nasihat itu dikeluarkan sebagai satu langkah berjaga-jaga sejak insiden sentimen anti-Malaysia menjadi isu yang dibesar-besarkan oleh kebanyakan media elektronik Indonesia.

Terdapat lebih 5,900 pelajar Malaysia sedang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi Indonesia buat masa ini – MStar

Haha… tu dia punya berita. Hangpa tengok la nasib rakyat kita kat Indon tuh. Sian bebenor aku tengok. Siap kena sound lagik jangan duk lepak kat pusat bandar time raya nih. Takut kena ligan ngan puak Indon yang ngah marah banget kat Kerajaan Malaysia kerana menciplak tarian Pendet (Pundek???) kepunyaan mereka tu.

Berbeza ngan nasib SESETENGAH Indon kat negara kita. Dah la masuk secara haram, dapat tanah, buat banglow, pastu diberikan sepenuhnya kebebasan untuk bersuka ria membeli belah dan bersidai dimana-mana shopping kompleks yang ada. Abis duit berjoli kang g merompak. Isk isk iskkk… tempat korang aku x tau laaa. Tapi tempat aku nih kalau korang g jek town, start dari Jalan Dato’ Onn Jaafar tu sampai ujung, kompom berbagai pesen n ragam Indon yang korang akan jumpa. Bukan Indon jek, pelbagai bangsa ada. Nepal, Myanmar, Vietnam, Kerala dan of coz Bangladeshi. Kekadang aku rasa cam aku ni idup kat negara asing lak. Tu aku yang sebagai rakyat tempatan ni rasa.

Agak-agak korang nah ke dengar rakyat Malaysia kene tahan di Indon sebab masuk secara haram???

Tapi suma persoalan aku nih terjawab bila terbaca jek artikel di sini. Lor lembeknya pemimpin kita nihhhh. Padanlah rakyat Indon ni naik muka, pijak kepala. Malu aku. Padanla bibir Najib tu aku tengok basah semacam jek. Cam pompuan. Lembek rupanya. Huhu 😦

i

p/s-aku bukanlah teringin sangat nak buat posting perkauman nih. tapi kalau rakyat aku sendiri idup sengsara ditempat orang sedangkan orang asing dilayan bagai raja ditempat aku nih, aku pun hangin beb…

i

Punah rakyat camni weh…

September 17, 2009

Ibu pejabat F1 Malaysia di Sepang

PASUKAN Formula Satu (F1) 1Malaysia bakal mempunyai sebuah ibu pejabat di kawasan seluas antara 8,000 dan 12,000 hektar di kawasan berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, ibu pejabat pasukan F1 1Malaysia di litar itu akan menempatkan pelbagai kemudahan.

Ia termasuklah kemudahan paling penting untuk sesebuah pasukan F1 iaitu terowong angin untuk menguji aerodinamik kereta F1 buatan Malaysia yang akan digunakan oleh pasukan itu – KOSMO

Memang punah rakyat Malaysia pasni. Dengan ekonomi yang x menentu, dengan inflasi yang semakin membarah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita Malaysia bakal memiliki pasukan F1 nya sendiri. Cuba bayangkan berapa nilai operasi sebuah pasukan F1 itu nanti. Yang aku pasti, pasukan cikai cam Minardi dulupun terpaksa belanja puluhan juta setahun.

Ketika mana pasukan BMW Sauber yang mana Petronas, sebuah syarikat petroleum nasional adalah salah satu dari penajanya pun dah ngaku kalah dan menarik diri dari kejohanan tersebut tahun hadapan, tiba-tiba Malaysia pula nak masuk bertanding. Cuma aku nak bgtau hangpa, BMW ni bukannya syarikat bilis cam Proton yang mempunyai LOTUS tu. BMW nih dah establish. Bukan wak jual sate yang mampu pakai BMW nih. Tokoh-tokoh korporat jek yang slalunya mampu nak gunakan kenderaan berjenama mewah ni. So kalaula BMW pun dh ngaku kalah dan x mahu terus menanngung kerugian, amat pelik kita lak bersedia untuk melabur kearah itu.

Lagi satu hangpa ingat nak jadi team yg establish cam Scuderia Ferrari atau McLaren Mercedes tu makan masa setahun dua ke? Jangan berangan laaaa. Silap-silap habis duit royalti minyak yang patutnya diberi kepada Kelantan akan digunakan bagi menjayakan misi bahalol ini. Inikah yang dikatakan Rakyat didaHULUkan, pencapaian diuTAMAKan??? Yang pasti, Najib amat teruja dengan projek terbaru ini demi memastikan namanya tersenarai di dalam golongan pemimpin yang berjaya membuat pembaharuan walaupun ianya bakal memberi kesengsaraan kepada ekonomi rakyat.

Ayuh kita kuburkan Be End di Bagan Pinang. Selagi Be End tidak diajar, selagi itulah mereka akan terus melakukan perkara bodoh yang sama sekali tidak menguntungkan rakyatnya.

i

p/s-siap ada terowong angin sendiri tuhhhh. ntahla, yg aku tau ade 2-3 team jek yg ada terowong angin sendiri termasuk BMW Sauber tuh. Mungkin Malaysia leh beli terowong angin 2nd hand BWM Sauber tuh. Kan ke Malaysia nih minat barang² 2nd hand 😀

i


Oleh : albanjari

Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib ‘ong-ong’ ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama ‘kerusi roda’, yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang ‘senget’ di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi ‘ajar’ buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan ‘perang’ ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :

1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang ‘rasmi’ bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan ‘full access’ ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam – Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan ‘kesesakan’.

4) Untuk pengkalan data bloggers – keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.

..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September – 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.

i

Sindrom hilang kuasa…

September 16, 2009

SEBELUM HILANG KUASA

Tampan wajahnya, licin kulitnya. Mencenin-cenin. Makan tempe katanya…

i

SELEPAS HILANG KUASA

Lebam kulitnya, serabai mukanya, kusam tekstur kulit mukanya, luruh rambutnya

i

Ihsan Ramadhan…

September 15, 2009

“Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu”- Malaysiakini

Apa lagi yang perlu diperkatakan? Semuanya telah dimuktamadkan semalam oleh SPR (SuruhanUMno Pilihan Raya). Tarikh penamaan calon bagi kerusi N31 DUN Bagan Pinang telahpun diketahui. Kalau x silap aku, inilah satu-satunya PRK selepas PRU-12 yang menjadikan hari cuti sebagai hari keluar mengundi. Walaupun sebelum ini sudah berulang kali parti gabungan Pakatan Rakyat mendesak agar dikaji semula pemilihan tarikh mengundi yang menjadikan hari kerja sebagai hari mengundi, namun ianya dipandang sepi oleh pihak SPR.

Tentulah teramat pelik bilamana SPR begitu berlembut hati pula menjadikan hari mengundi pada hari cuti sempena PRK kali ini. Adakah SPR telah mulai tunduk kepada desakan pihak Pakatan Rakyat, bukanlah sesuatu yang menarik untuk kita bincangkan. Persoalan yang lebih menarik untuk kita bincangkan adalah adakah langkah ini bertujuan menyelamatkan maruah UMno di negeri yang begitu tebal dengan semangat keUMnoannya itu?

Kalah sudah pasti buat parti gerombolan 1 Malaysia andai mengadakan hari mengundi pada hari bekerja. Tidak sepertimana yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kerusi DUN mereka, nampak gayanya pelbagai bantuan mampu diberikan oleh SPR kepada UMno Be End. Apa istimewannya dengan DUN Bagan Pinang ini? Sudah tentulah ianya melibatkan maruah UMno itu sendiri. Sekirannya masih kalah juga walaupun bertanding digelanggang sendiri, ini membuktikan bahawa UMno Be End sudah boleh melupakan terus niat mereka untuk bertanding pada PRU -13 nanti. Kemungkinan juga ianya memberi satu signal kepada parti-parti gabungan mereka yang mana seandainya UMno terus-terusan kecundang pada PRK kali ini, maka pimpinan parti komponen dalam Be End boleh mencongak samada perlu untuk kekal ataupun bertukar menjadikan Pakatan Rakyat sebagai rakan mereka yang baru.

Umum mengetahui UMno berhadapan satu situasi terburuknya semenjak peristiwa 1988 dahulu. Malah lebih teruk dari itu, ianya turut menjangkit pada parti MCA, MIC dan juga Gerakan, antara parti terbesar dalam komponennya. Menambahkan keperitan kepada masalah mereka ini, UMno Pusat masih belum menerima senarai beberapa nama pencalonan dari bahagian Teluk Kemang. Ketika ini, hanya nama Isa Samad, mantan MB N. Sembilan yang merupakan pesalah politik parti yang telah dicalonkan. Seluruh ajk bahagian tersebut berdiri teguh dibelakang pencalonannya. Sehingga kini, Mahyuddin Yasin yang ditugaskan mengetuai PRK zaman Najib ini masih agak gusar dan kecewa kerana permintaannya untuk mendapat lebih banyak nama tidak dipenuhi.

Peringkat awal ini, PAS nampak gayanya telah berjaya  memenangi perang saraf terhadap UMno Be End. PAS dikatakan telah menyenaraipendek 3 tokoh yang dilihat layak untuk menjadi calon bagi parti tersebut di situ. Satu yang pasti, calon PAS nanti tidak pernah terpalit dengan jenayah politk wang sepertimana yang berlaku pada calon utama UMno Be End ketika ini. AlhamduliLLah dan sekalung tahniah buat Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan juga Naib Presiden, Sdr. Salehuddin Ayub yang akan mengetuai jentera kempen PAS di sana nanti.

Andai tiada wujudnya pengacau seperti yang dilaporkan di sini maka sudah pastinya PRK kali ini bakal mewujudkan satu suasana yang paling hebat dalam sejarah PRK selepas PRU-12. Buat para pejuang Islam yang mencintai keadilan dibumi Malaysia ini, ayuh kita turun beramai-ramai di sana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan, insyaALlah.

i

p/s- Simpan sket duit bonus @ duit raya. Nanti bila time mintak sumbangan mula wat muke seposen 😛

i

Lawak GAMPANG…

September 15, 2009

“Kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan.

“Salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand,” – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin [ MStar]

Malangnya 1 Malaysia bertimbalan menteri kewangankan seorang yang bangang dalam hal kira mengira, ukur mengukur ni. Aku ingatkan polis Perak jek yang x tau ngukur jarak cam kat SUK aritu tu. Tuan dia pun sama 2X5 mangkuk hayun. Ni kes fail paper math la nih. Tu time math diajar dalam bahasa melayu. Kalau cam budak skang ni, aku x leh nak bayangla tahap kebodohan depa ni. Padanlah puak gerombolan 1 Malaysia ni pernah menilaikan duit hanya dengan menggunakan kaedah timbangan sepertimana yang dilakukan oleh mantan Ketua Penerangannya sewaktu ditahan di Australia dahulu.

Kenapa Hj Husam tidak menjemputnya sewaktu menjalankan misi mengukur jarak pelantar minyak tersebut tempohari. Maksud aku bukanlah bawak dia nak pastikan betulnya jarak ukuran tersebut, tapi setidak-tidaknya mangkuk sorang ni boleh jugak dijadikan umpan jerung tengah laut tuh nnt. Enjoy la sket pengembaraan tu nnt klu ada show jerung makan orang. X dala boring sangat. Reporter KOSMO tu pun leh jadik umpan jerung-jerung yang lain. Bior dirasa deme. Hik hik…

i

Sejuk mata memandang…

September 13, 2009

p1000658

p1000659

p1000664

p1000672

i

p/s-  Sesetengah orang berpendapat kita x payah nak naikkan papan billboard gergasi seperti ini untuk memberitahu apa yang dh kita buat selama kita memerintah. Tapi aku x stuju. Kalau tgk billboard kat atas tu, terasa indahnya suasana berpuasa di Kelantan. Sejuk mata memandang. Gamba dari blog ini

i