Al-Fatihah…

September 4, 2009

bagan pinangSebentar tadi aku mendapat berita ADUN BN Bagan Pinang, Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan iaitu Azman Mohd Noor telah kembali kerahmatuLLah jam 2.30 ptg kerana serangan sakit jantung di Pusat Pakar Seremban. ALlahyarham telah memenangi kerusi DUN tersebut pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas apabila mengalahkan calon dari Parti PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Parlimen Teluk Kemang mempunyai 5 DUN dimana 3 daripadanya telah dimenangi oleh parti Pakatan Rakyat iaitu DUN Chuah – PKR, Lukut – DAP dan Port Dickson – PKR manakala 2 lagi DUN iaitu DUN Linggi dan Bagan Pinang dimenangi oleh BN.

Seperti yang telah maklum sebelum ini, SPR enggan mengadakan PRK di DUN Kota Seputeh, Kedah. Tetapi disebabkan kematian ADUN Bagan Pinang ini, nak xnk SPR terpaksa juga mengadakan satu PRK melainkan SPR tidak mengesahkan kandungan sijil kematian ADUN tersebut.

Di samping itu juga, wujud khabar angin pihak BN sedang bertungkus lumus menjalankan pertandingan memilih wajah serupa dengan ALlahyarham ADUN Bukit Pinang bagi menjadi ganti kepada ADUN tersebut. Dengan yang demikian maka SPR sekali lagi akan menolak untuk mengadakan PRK di situ.

Al-fatihah…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: