i

Polis beri amaran jangan hadir upacara nyalakan lilin protes insiden ‘kepala lembu’

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan petang Jumaat memberi amaran keras kepada orang-ramai supaya tidak menghadiri upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang ini sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.

Musa berkata, perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.

“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau selepas menyaksikan penyerahan 6,414 bungkusan kuih Hari Raya Aidilfitri daripada Persatuan Keluarga Anggota Polis.

Selanjutnya di sini

Seperti yang diduga, kenyataan pertama dari Ketua Polis Negara yang baru dilanjutkan tempoh persaraannya ini. Lihatlah bagaimana caranya dia cuba membalas budinya kepada PM 1 Malaysia.

Kenapa ketika protes mengarak kepala lembu aritu xda keluar amaran keras sebegini? Malah mendapat kerjasama yang cukup erat dari pihak polis kepada para pendemonstran itu? Bukankah itu juga satu perhimpunan haram yang tidak mendapat permit? Kenapa polis tidak bertindak menyuraikan para pendemonstran tersebut? Kenapa terus dibiarkan berlarutan protes di hadapan bangunan SUK Selangor itu sehingga kepada kemuncak acara menyepak @ memijak² kepala lembu. Tidakkah kesemua itu didalam pengetahuan pihak polis? Dan kenapa sehingga kini pihak polis tidak cuba mengambil tindakan samada dengan menahan mahupun mengambil kenyataan dari pihak yang terlibat dengan protes tersebut? Adakah ianya berpunca dari campur tangan Menteri Keselamatan dalam Negeri yang bertindak menyebelahi pihak pendemonstran itu?

Aku yakin kesemua jawapan kepada persoalan di atas hanya akan terjawab sejurus selesai proses pengiraan undi di PRK N31 Bagan Pinang nanti insyaALlah. Masa itu kita akan melihat siapa yang akan dikambing hitamkan.

i

P/s-Buat KPN Musang Hasan, kamu ampu la PM 1 Malaysia tu pepuas. Kalau kamu sedar, proses peralihan tampuk kepimpinan kerajaan Pusat sudah mulai berlaku secara perlahan-lahan. Masa tu tunggulah nasib kamu bagaimana. Rakyat akan tentukan.

i

i

ust. bakarPada 2 September, telah diadakan Sidang DUN bagi kerajaan Negeri Perak. Namun, ia telah dikatakan sebagai tidak senonoh oleh Zambry. Bahkan beliau sendiri tidak membenarkan mana-mana wakil rakyat BN daripada menghadiri sidang tersebut. Apa yang dilihat, tindakan polis yang tidak berpatutan, telah menimbulkan lagi ketegangan dan kezaliman.

Mengulas lanjut tentang isu ini, Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak mengecam tindakan Zambry yang menampakkan bahawa adun-adun BN sebagai pengecut. Mereka sendiri tidak berani berhadapan dengan PR. Bahkan mereka hanya mengharapkan kepada polis-polis untuk diperkudakan oleh mereka.

Beliau berkata, saya yakin, Zambry tidak akan berani bersemuka dan duduk semeja dengan PR untuk menyelesaikan kemelut di Perak. Apatah lagi beliau tidak sanggup untuk melihat DUN dibubarkan. Ini kerana mereka sendiri menjangkakan kekalahan mereka. Hari ini, BN sudah kalah 0-8 dalam pilihanraya kecil. Jelas membuktikan bahawa rakyat Perak sudah benci dan jemu dengan cara pemerintahan sekular yang diperjuangkan oleh BN.

Beliau berkata lagi, sejarah telah menjelaskan semuanya. Pemerintahan yang berasaskan kepada pemikiran manusia, tidak akan lama. Manusia pasti jemu dan muak dengan gaya pembawaan perjuangan tersebut. Bahkan, pemerintah yang zalim, hakikatnya pengecut untuk berhadapan dengan kebenaran.

Zambry sememangnya tidak berani berhadapan dengan kebenaran. Beliau lebih suka memperlihatkan kebaikannya menghulurkan sumbangan, sedangkan itu adalah duit kerajaan yang memang sepatutnya diberikan. Hakikatnya beliau cuba menjahilkan rakyat dengan mengaburi mereka dengan matawang.

Apabila diajak berbincang, beliau tidak akan hadir, bahkan menghentam dari jauh sahaja. Apabila diajak supaya membubarkan DUN, sudah pasti beliau menolak. Ini kerana beliau takutkan kebenaran. Bahkan dia adalah seorang yang telah melakukan banyak kejahatan dan pelanggaran undang-undang. Inilah pemimpin jahat yang dicipta oleh UMNO, dan mereka berusaha melahirkan lebih ramai pemimpin yang seperti ini.

i

i

REMAJA LEPAK BULAN RAMADHAN: PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER LEBIH RAMAI DARI SURAU DAN MASJID

i

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dan kecewa dengan suasana yang berlaku di sekitar Ipoh yang mana sudah separuh bulan ummat Islam dengan suasana beribadat puasa di bulan Ramadhan manakala sebelah malamnya menunaikan solat Sunat Tarawih dilihat bertentangan di mana remaja melepak di Pusat Siber dan Kafe Siber dan bukannya di Surau atau Masjid.

DPPK IT mendesak supaya Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan juga Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) mengambil tindakan segera dengan suasana yang berlaku kerana ianya memberikan gambaran buruk kepada masyarakat serta ianya menambah burukan lagi keadaan gejala sosial yang telah berleluasa terutama di Bandar Raya Ipoh ini.

DPPK IT mengharapkan pihak MBI dan JAIPk dapat turun padang melihat sendiri suasana tersebut dan mengambil sebarang tindakan segera untuk memulihkan suasana yang agak negatif tersebut. DPPK IT minta semua pihak menghormati bulan Ramadhan terutama kepada ummat Islam yang sedang beribadah ini.

DPPK IT menasihati supaya semua remaja agar jangan membuang masa terutama sudah hampir separuh bulan terakhir pada Ramadhan ini di Pusat Siber dan Kafe Siber. DPPK IT juga menasihati agar semua remaja menumpukan ibadah kerana akan berakhirnya separuh bulan Ramadhan dan akan menjelang bulan Syawal kelak.

i

i

AHMAD SHAHRIL JALALUDIN

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i