Bila dah x ikhlas…

September 12, 2009

PLUS tawar 20 peratus diskaun tol

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menawarkan diskaun tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE untuk enam hari sempena perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways, Nik Airina Nik Jaffar berkata tawaran diskaun itu antara pukul 12 tengah malam dan 7 pagi pada 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 Sept.

“Diskaun itu adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada yang sedang dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di kedua-dua lebuh raya tersebut di luar waktu puncak setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini – Malaysiakini

i

Yeahhhh, musim menuai sudah mari. Cepat yop cepat yong. PLUS offer diskaun weh oi. Kali ini dh up sket dari tahun² sebelumnya. Kalau sebelum ni kadar diskaun hanya sebanyak 10%, tapi buat pertama kalinya tahun ini pihak PLUS up diskaun sebanyak 20%. X baik lagi ke tu? Biasanya supermarket jek yg ada buat diskaun menjelang musim perayaan ni. Sangat² berbeza ngan zaman dulukala.

Tapi apa maknanya bila satu² perniagaan tu mampu bagi diskaun kalau korang leh guna akai tu sket? Maknanya perniagaan tu dah tentulah mendapat untung yang TERAMAT BANYAK. Kalau untung ciput mana  leh kasi diskaun yop.Mana nak bayar elaun Lembaga Pengarahnya lagik, mana nak kasi bonus kakitangannya lagik. Dat y kena untung tahap mega baru leh kasi diskaun runtuh tu.

Besa yang aku tau, operator tol pun leh dapat 6 bln bonus. X cam Najib yang dekut sangat nak kasi bonus tu. Nyaris la kakitangan kerajaan ni mcm lembu dicucuk hidung. X tau nak membantah langsung. Protes la sket. Kasi turun kat jalan time posa² ni. Biar dia tau bagaiman keringat para pekerja ni digunakan bagai tiada nilai oleh kerajaan Be End nye tu. Ini x, cukup hanya sekadar mengeluh sesama sendiri. Sian sian…

Cumanya aku tengok tatkala pihak kerajaan bersungguh² nak control kes kemalangan sepanjang musim perayaan ni, pihak PLUS lak bertindak sebaliknya. Tengok la diskaun tu dibagi pada waktu mana? Atas kul 12 malam je yop. Kan ke jalan belah malam ni lebih banyak bahayanya dari siang. Kadar penglihatan pun terhad. Mengantuk usah cakap laaaa.

Kalau bebetul IKHLAS, naper x kasi diskaun time off peak belah siang??? Mungkin PLUS dah ada side bisness bukak company tarik keter yang eksiden tu kot? Boleh jadi jugak…

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: