Ihsan Ramadhan…

September 15, 2009

“Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu”- Malaysiakini

Apa lagi yang perlu diperkatakan? Semuanya telah dimuktamadkan semalam oleh SPR (SuruhanUMno Pilihan Raya). Tarikh penamaan calon bagi kerusi N31 DUN Bagan Pinang telahpun diketahui. Kalau x silap aku, inilah satu-satunya PRK selepas PRU-12 yang menjadikan hari cuti sebagai hari keluar mengundi. Walaupun sebelum ini sudah berulang kali parti gabungan Pakatan Rakyat mendesak agar dikaji semula pemilihan tarikh mengundi yang menjadikan hari kerja sebagai hari mengundi, namun ianya dipandang sepi oleh pihak SPR.

Tentulah teramat pelik bilamana SPR begitu berlembut hati pula menjadikan hari mengundi pada hari cuti sempena PRK kali ini. Adakah SPR telah mulai tunduk kepada desakan pihak Pakatan Rakyat, bukanlah sesuatu yang menarik untuk kita bincangkan. Persoalan yang lebih menarik untuk kita bincangkan adalah adakah langkah ini bertujuan menyelamatkan maruah UMno di negeri yang begitu tebal dengan semangat keUMnoannya itu?

Kalah sudah pasti buat parti gerombolan 1 Malaysia andai mengadakan hari mengundi pada hari bekerja. Tidak sepertimana yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kerusi DUN mereka, nampak gayanya pelbagai bantuan mampu diberikan oleh SPR kepada UMno Be End. Apa istimewannya dengan DUN Bagan Pinang ini? Sudah tentulah ianya melibatkan maruah UMno itu sendiri. Sekirannya masih kalah juga walaupun bertanding digelanggang sendiri, ini membuktikan bahawa UMno Be End sudah boleh melupakan terus niat mereka untuk bertanding pada PRU -13 nanti. Kemungkinan juga ianya memberi satu signal kepada parti-parti gabungan mereka yang mana seandainya UMno terus-terusan kecundang pada PRK kali ini, maka pimpinan parti komponen dalam Be End boleh mencongak samada perlu untuk kekal ataupun bertukar menjadikan Pakatan Rakyat sebagai rakan mereka yang baru.

Umum mengetahui UMno berhadapan satu situasi terburuknya semenjak peristiwa 1988 dahulu. Malah lebih teruk dari itu, ianya turut menjangkit pada parti MCA, MIC dan juga Gerakan, antara parti terbesar dalam komponennya. Menambahkan keperitan kepada masalah mereka ini, UMno Pusat masih belum menerima senarai beberapa nama pencalonan dari bahagian Teluk Kemang. Ketika ini, hanya nama Isa Samad, mantan MB N. Sembilan yang merupakan pesalah politik parti yang telah dicalonkan. Seluruh ajk bahagian tersebut berdiri teguh dibelakang pencalonannya. Sehingga kini, Mahyuddin Yasin yang ditugaskan mengetuai PRK zaman Najib ini masih agak gusar dan kecewa kerana permintaannya untuk mendapat lebih banyak nama tidak dipenuhi.

Peringkat awal ini, PAS nampak gayanya telah berjaya  memenangi perang saraf terhadap UMno Be End. PAS dikatakan telah menyenaraipendek 3 tokoh yang dilihat layak untuk menjadi calon bagi parti tersebut di situ. Satu yang pasti, calon PAS nanti tidak pernah terpalit dengan jenayah politk wang sepertimana yang berlaku pada calon utama UMno Be End ketika ini. AlhamduliLLah dan sekalung tahniah buat Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan juga Naib Presiden, Sdr. Salehuddin Ayub yang akan mengetuai jentera kempen PAS di sana nanti.

Andai tiada wujudnya pengacau seperti yang dilaporkan di sini maka sudah pastinya PRK kali ini bakal mewujudkan satu suasana yang paling hebat dalam sejarah PRK selepas PRU-12. Buat para pejuang Islam yang mencintai keadilan dibumi Malaysia ini, ayuh kita turun beramai-ramai di sana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan, insyaALlah.

i

p/s- Simpan sket duit bonus @ duit raya. Nanti bila time mintak sumbangan mula wat muke seposen😛

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: