Bebal lagik Lembab…

September 17, 2009

40,000 Dos Vaksin H1N1 Tiba Akhir Bulan Depan, Kata Liow

BENTONG, 17 Sept (Bernama) — Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin Influenza A(H1N1) yang ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara ini akhir bulan depan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.

Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanyaBernama

Kelmarin aku terbaca laporan Kementerian Kesihatan yang agak sedikit berbangga kerana tiadanya kematian akibat pandemik Influenza AH1N1 di Malaysia. Katanya, dari Jumaat hingga kelmarin tiada sebarang kematian dilaporkan. Wahhh bangga bebeno yop. Cam menang tikam nombor jek. Tup tup semalam dah 2 orang kojol. Kah kah kah, baru nak bangga dah kantoi. Tu pasal ALlah larang dan x suka sikap bangga tuh. Kenapa x bersyukur jek bila xda kematian.  Xyah nak bangga². Bukannya dapat hadiah pun.

Lagipun jgn duk eksyen sangat. Vaksin wabak ni baru nak sampai. Bila nak sampai? Ujung bulan depan. Tu pun kalau flite x delay. Kalau delay ataupun harga vaksin tu naik, mungkin tangguh lagik. Alaaa baru 76 orang kojol. X banyak mana pn. Rakyat Malaysia yang sihat ada lagi 27 juta beb. 1% pun x sampai. Jangan gabra. Jangan la jadik ahli menteri di Taiwan tu. Baru terlambat nak tangani kirsis taufan, dah letak jawatan. Kita dah dapat tahap negara maju. Nak berbanding ngan Taiwan yang xda apa benda tu, apa sangatla kan???

i

Nasib kita…

September 17, 2009

MSD Jakarta ingatkan pelajar Malaysia hindari tempat awam masa hari raya

PETALING JAYA: Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Jakarta telah menasihati para pelajar Malaysia yang tidak pulang ke tanah air untuk berhari raya supaya menghindari tempat tumpuan orang-ramai semasa perayaan Aidil Fitri nanti.

Pengarahnya, Dr Junaidy Abu Bakar berkata, nasihat itu dikeluarkan sebagai satu langkah berjaga-jaga sejak insiden sentimen anti-Malaysia menjadi isu yang dibesar-besarkan oleh kebanyakan media elektronik Indonesia.

Terdapat lebih 5,900 pelajar Malaysia sedang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi Indonesia buat masa ini – MStar

Haha… tu dia punya berita. Hangpa tengok la nasib rakyat kita kat Indon tuh. Sian bebenor aku tengok. Siap kena sound lagik jangan duk lepak kat pusat bandar time raya nih. Takut kena ligan ngan puak Indon yang ngah marah banget kat Kerajaan Malaysia kerana menciplak tarian Pendet (Pundek???) kepunyaan mereka tu.

Berbeza ngan nasib SESETENGAH Indon kat negara kita. Dah la masuk secara haram, dapat tanah, buat banglow, pastu diberikan sepenuhnya kebebasan untuk bersuka ria membeli belah dan bersidai dimana-mana shopping kompleks yang ada. Abis duit berjoli kang g merompak. Isk isk iskkk… tempat korang aku x tau laaa. Tapi tempat aku nih kalau korang g jek town, start dari Jalan Dato’ Onn Jaafar tu sampai ujung, kompom berbagai pesen n ragam Indon yang korang akan jumpa. Bukan Indon jek, pelbagai bangsa ada. Nepal, Myanmar, Vietnam, Kerala dan of coz Bangladeshi. Kekadang aku rasa cam aku ni idup kat negara asing lak. Tu aku yang sebagai rakyat tempatan ni rasa.

Agak-agak korang nah ke dengar rakyat Malaysia kene tahan di Indon sebab masuk secara haram???

Tapi suma persoalan aku nih terjawab bila terbaca jek artikel di sini. Lor lembeknya pemimpin kita nihhhh. Padanlah rakyat Indon ni naik muka, pijak kepala. Malu aku. Padanla bibir Najib tu aku tengok basah semacam jek. Cam pompuan. Lembek rupanya. Huhu 😦

i

p/s-aku bukanlah teringin sangat nak buat posting perkauman nih. tapi kalau rakyat aku sendiri idup sengsara ditempat orang sedangkan orang asing dilayan bagai raja ditempat aku nih, aku pun hangin beb…

i

Punah rakyat camni weh…

September 17, 2009

Ibu pejabat F1 Malaysia di Sepang

PASUKAN Formula Satu (F1) 1Malaysia bakal mempunyai sebuah ibu pejabat di kawasan seluas antara 8,000 dan 12,000 hektar di kawasan berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, ibu pejabat pasukan F1 1Malaysia di litar itu akan menempatkan pelbagai kemudahan.

Ia termasuklah kemudahan paling penting untuk sesebuah pasukan F1 iaitu terowong angin untuk menguji aerodinamik kereta F1 buatan Malaysia yang akan digunakan oleh pasukan itu – KOSMO

Memang punah rakyat Malaysia pasni. Dengan ekonomi yang x menentu, dengan inflasi yang semakin membarah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita Malaysia bakal memiliki pasukan F1 nya sendiri. Cuba bayangkan berapa nilai operasi sebuah pasukan F1 itu nanti. Yang aku pasti, pasukan cikai cam Minardi dulupun terpaksa belanja puluhan juta setahun.

Ketika mana pasukan BMW Sauber yang mana Petronas, sebuah syarikat petroleum nasional adalah salah satu dari penajanya pun dah ngaku kalah dan menarik diri dari kejohanan tersebut tahun hadapan, tiba-tiba Malaysia pula nak masuk bertanding. Cuma aku nak bgtau hangpa, BMW ni bukannya syarikat bilis cam Proton yang mempunyai LOTUS tu. BMW nih dah establish. Bukan wak jual sate yang mampu pakai BMW nih. Tokoh-tokoh korporat jek yang slalunya mampu nak gunakan kenderaan berjenama mewah ni. So kalaula BMW pun dh ngaku kalah dan x mahu terus menanngung kerugian, amat pelik kita lak bersedia untuk melabur kearah itu.

Lagi satu hangpa ingat nak jadi team yg establish cam Scuderia Ferrari atau McLaren Mercedes tu makan masa setahun dua ke? Jangan berangan laaaa. Silap-silap habis duit royalti minyak yang patutnya diberi kepada Kelantan akan digunakan bagi menjayakan misi bahalol ini. Inikah yang dikatakan Rakyat didaHULUkan, pencapaian diuTAMAKan??? Yang pasti, Najib amat teruja dengan projek terbaru ini demi memastikan namanya tersenarai di dalam golongan pemimpin yang berjaya membuat pembaharuan walaupun ianya bakal memberi kesengsaraan kepada ekonomi rakyat.

Ayuh kita kuburkan Be End di Bagan Pinang. Selagi Be End tidak diajar, selagi itulah mereka akan terus melakukan perkara bodoh yang sama sekali tidak menguntungkan rakyatnya.

i

p/s-siap ada terowong angin sendiri tuhhhh. ntahla, yg aku tau ade 2-3 team jek yg ada terowong angin sendiri termasuk BMW Sauber tuh. Mungkin Malaysia leh beli terowong angin 2nd hand BWM Sauber tuh. Kan ke Malaysia nih minat barang² 2nd hand 😀

i